Saturday, 25 October 2008

Harga sebuah cinta.....


Assalamualaikum, ku doakan semoga kalian semua sentiasa di bawah rahmat dan maghfirah Illahi insyaallah...


Lahirnya insan di dunia ini merupakan satu anugerah dari Ilahi. Anugerah yang tidak terhitung nilainnya. Hidupnya insan berpaksikan agama yang sejati. Sebagai panduan melayari lautan kehidupan ini. Lahirnya insan sebagai khalifah Ilahi. Memakmurkan bumi menyebarkan agama hakiki menegakkan kalimah suci Illahi. Diciptakan hawa untuk mendampingi adam. Saling melengkapi sesama sendiri. Begitulah lumrah kehidupan ini. Namun disebalik penciptaan agung ini, terselit seribu satu makna yang tersembunyi.

Hadirnya hawa mengisi kekosongan jiwa adam. Begitulah uniknya ciptaan Illahi. Jiwa yang kosong mudah dipengaruhi dan di kaburi oleh nafsu sendiri. Hadirnya hawa memutikkan cinta sejati. Mewarnai alam dunia ini. Cinta indah cinta suci. Dengannya menguntum rahmat Illahi. Itulah tanda cinta hakiki. Cinta berlandaskan sunnha Illahi.

Dikala ini ramai yang alpa dan lupa diri. Tidak mengenal erti batas tututan agama suci. Hidupnya hanya pentingkan hiburan hingga lalai dan leka. Bergaul bebas tanpa mengira batas agama Illahi. Apakah itu cinta hakiki? Ramai bertanya bagaimanakah yang dikatakan cinta hakiki, cinta yang lahir berdasarkan cinta kepada Illahi, cinta yang terjalin berpandukan batas-batas syarak Islami, cinta yang matlamatnya untuk mendapat hidayah dan maghfirah Illahi.

Wahai teman, wahai sahabat, cubalah kita renung kembali, sejauh manakah kita dalam mencapai cinta hakiki. Sungguh pun jalanya banyak onak dan duri, akan tetapi itulah jalan yang sebenarnya ditujui. Dalam bercinta ramai yang terleka, dibuai dek mimpi manis indah berseri, tanpa mengenal hukum syare’. Bergaul bebas tanpa rasa terbatas, beramah mesra tanpa mengenal had sempadan, berbual bicara tanpa mengawal kata-kata, adakah ini gambaran sebuah cinta berlandaskan syarae’? Janganlah kerana cinta tergadai segala maruah harga diri, kelak merana di kemudian hari.

Wahai saudara, wahai saudari, kuseru kepada kalian semua, bersama kita menghisab diri, sejauh manakah cinta kita mendekatkan kita kepada Illahi. Dialah Maha Agung lagi Perkasa. Dialah cinta yang hakiki bagi setiap muslim di dunia ini. Biar seribu onak di rempuhi, biar berjuta halangan ditemuhi, andai cinta hakiki dambaan di hati, itu harga sebuah cinta hakiki.

Wassalam,

Mohd Ikhwan Mohd Jamil,

25 oktober 2008

Monday, 6 October 2008

Kemenangan yang dirai..........


Assalamualaikum,
Alhamdullillah bersyukur kehadrat Illahi atas limpah dan inayahNya kita masih diberikan kesempatan untuk terus memakmurkan bumi Allah ini.

Hadirnya membawa sinar kejayaan,
Menempuh dugaan penuh ketabahan,
Hanya yang ikhlas merasai kenikmatan,
Erti sebuah kemenangan,

Umat islam seluruh dunia meraikan kedatangan Syawal tanda kemenangan mengekang nafsu amarah. Sebulan menahan lapar dan dahaga, membendung nafsu melatih jiwa, tiba masanya meraikan kejayaan penuh bahagia. Walupun beberapa hari telah berlalu, namun bahangnya masih terasa.

Dalam keasyikan meraikan kemenangan di Aidilfitri, jangalah kita lupa satu perkara. Meskipun Ramadahan telah berlalu meninggalkan kita, tetapi didikannya hendaklah teruskan. Jangan diabaikan jangan dilupakan. Manfaatkan lah segala didikan Ramadhan moga tergolong dalam golongan yang di kasihi dan di rahmati Illahi. Sebagai seorang hamba Illahi, kita hendaklah terus beristiqamah dalam beribadat tanpa mengira masa dan ketika. Janganlah menjadi "hamba Ramadhan". Hanya beribadat pabila Ramadhan menjelma. Tatkala Ramadhan berlalu pergi, begitulah juga semangat untuk beribadatnya. Sebaliknya kita hendaklah beritiqamah. Biarlah sekecil mana pun amalan itu, akan tetapi sekiranya dilakukan secara berterusan itu yang paling disukai sepertimana sabda Nabi junjungan mulia:

"Nabi di tanya, apakah amalan yang disukai Allah, Baginda lalu bersabda: Amalan yang
disukai
Allah ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit"

Justeru, ku menyeru kepada teman-teman, teruskanlah dan teruskanlah amalan ibadah moga kita menjadi insan yang berjaya dan tidak tergolong dalam golongan yang rugi di akhirat kelak.

Sekian,

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More