Saturday, 18 July 2009

Formula kejayaan Rasullallah



Assalamualaikum, moga kalian semua berada di dalam kedaan sihat sejahtera dan diberkati Illahi selalu insyaallah.

Telah sekian lama Islam bertapak di atas muka bumi ini. Bermula dari zaman Nabi Adam hingga lah ke saat ini. Islam merupakan agama yang pesat berkembang dan penganutnya bertambah dari hari-ke hari. Namun begitu, dewasa ini Islam di pandang enteng dan di perkotak-katikkan. Kenapakah masalah ini berlaku? Itulah persoalan yang perlu kita fikirkan dan renungkan bersama dan berusaha mencari penyelesaian.

Dalam satu hadith, Baginda Junjungan Besar Rasullallah telah memberikan satu formula dalam usaha membangunkan Islam dan mencapai kecermelangan. Andai umat Islam merenung dengan mata hati akan maksud tersirat hadith ini, pastinya mereka akan berasa terharu.


لا الغلبة إلا بالقوة ولا قوة إلا بإتحاد ولا إتحاد إلا بالفضيلة ولا الفضيلة إلا بهذا الدين

Hadith ini menjelaskan bahawa untuk kita mengecapi kejayaan atau kemenangan, kita hendaklah mempunyai kekuatan, dan kekuatan hanya dapat dibentuk melalui perpaduan, dan perpaduan hanya boleh di lahirkan melalui akhlak mulia dan moral baik dan ini hanya dapat dipelajari dan diteladani melalui agama. Islam menggariskan panduan yang lengkap dan sempurna dalam usaha memandu ummah ke arah kejayaan. Segalanya terletak pada kehendak naluri masing-masing. Hanya kita sahaja yang mampu mengubah arah tujuan hidup dan hanya diri kita sahaja mampu melakukan perubahan.

Persoalan sekarang, bagaimanakah kita hendak memulakannya? Adalah lebih baik kita mulai dengan langkah kecil dahulu. Mantapkan diri kita dengan ilmu-ilmu agama dan konsisten atau istiqamah dalam amal kebaikan. Perkara yang mudah yang boleh kita praktikkan adalah dengan selalu mendekatkan diri dengan Al Quran. Al Quran boleh memandu kita ke arah yang lurus. Selain itu, kita juga boleh membaca Al Ma'thurat yang mengadungi himpunan doa-doa Rasullallah. Ini secara tidak langsung akan melatih dan mendidik jiwa untuk sentisa dekat pada Illahi. Insyaallah dengan perudahan yang dilakukan oleh seorang individu boleh membawa perubahan yang besar dalam masyarakat dan ummah secara umumnya.

Bersama mengorak langkah membangun ummah

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More