Showing posts with label Tips Islam Hebat. Show all posts
Showing posts with label Tips Islam Hebat. Show all posts

Thursday, 18 October 2012

Kisah Bilik Tumpangan

     Assalamualaikum..Aik, macam pelik je bunyi posting kali ni. Dah lama tak post, tiba-tiba macam kontroversi je tajuk WS ni. Nampak je “bilik tumpangan” banyakla gambaran yang dibayangkan. Ops! Kisah bilik tumpangan ini bukan kisah bilik tumpangan yang selalu kita baca dekat akhbar-akhbar tu. Yang ini kisah bilik tumpangan seorang raja yang disinggahi oleh seorang wali Allah. Nak tahu apa yang jadi dalam bilik tersebut? Jom kita ikuti kisah kali ini.

Wednesday, 6 June 2012

BFF Yang "Awesome": Tips Daripada Sairus Salikin

     Assalamualaikum..Siapa kat sini yang ada BFF? Kebanyakan daripada kita mempunyai ramai kawan, tetapi daripada ramai-ramai dalam senarai kawan anda, mesti ada segelintir yang anda gelarkan mereka sebagai BFF (Best Friend Forever). Wah, “forever” tu! WS ada BFF, mesti anda pun ada BFF kan. Mereka yang kita anggap BFF ini lazimnya adalah mereka yang begitu akrab dan memahami peribadi kita. Senang cakap, mereka yang sekepala dengan kita lah.

     Menariknya, asas persahabatan itulah yang akan menentukan sekukuh mana dan seikhlas mana persahabatan yang terjalin di antara anda dan BFF anda. Untuk itu, kita akan menyingkap tips persahabatan yang dipetik daripada sebuah kitab masyhur, Sairus Salikin. Menurut kitab ini, persahabatan terasas di atas empat perkara, dan empat perkara inilah yang akan menentukan keutuhan dan hala tuju sebuah persahabatan.

Bersahabat kerana zatnya:
     Asas yang pertama ialah persahabatan yang terjalin kerana zat atau keadaan fizikal seseorang itu. Keadaan fizikalnya yang menarik membuat kita terdetik untuk menjalinkan persahabatan dengan BFF kita. Contohnya, disebabkan dia “hensem”, cantik, bertubuh sasa, tinggi, kuat, sempurna penampilan, maka kita pun bersahabat baik dengannya. Asas ini adalah yang paling rapuh kerana zat atau fizikal akan berkurang seiring dengan peredaran hidup. Jika dulunya cantik, selepas kemalangan, hilang kaki sebelah, pasti kita akan meninggalkan dia. Jika dulu kuat, boleh tolong pukul orang, setelah berusia tiada kudrat, maka ditinggalkannya.

Bersahabat kerana keadaannya:
     Keadaan di sini merujuk kepada elemen keduniaan yang dipunyai oleh seseorang tersebut. Kerana kayanya, kerana popularitinya, kerana pangkatnya, kerana hartanya, kerana keretanya, kerana pandainya. Dengan keadaannya yang melebihi kita, diharapkan dengan bersahabat dengannya, dapatlah kita merasa tempias segala kelebihannya. Selain itu, dapat jugalah kita menggunakan kelebihannya untuk keuntungan diri sendiri. Berwaspadalah daripada menjadi  BFF yang sebegini kerana jika hilang segala keduniaan dimilikinya, maka seseorang itu akan meninggalkan rakanya.

Bersahabat kerana Akhirat:
     Asas yang ketiga ialah kerana kemenangan Akhirat. Hal ini merujuk kepada persahabatan yang membantu kita mendapat pahala dan kemenangan di Akhirat. Contohnya, kita bersahabat dengan BFF kita kerana dapat membantu kita dalam ibadah dan menambahkan ilmu agama. Kita bersahabat dengan BFF kita kerana sering mengajak kita bersolat dan berbuat kebaikan. Maka beruntunglah mereka yang mempunyai BFF sebegini yang dapat membantu membawa kepada kemenangan Akhirat.

Bersahabat kerana Allah:
     Inilah asas persahabatan yang paling kukuh kerana tiada padanya kelebihan dunia dan tujuan Akhirat. Melihat semua manusia adalah hamba Allah, maka dikasihinya sekalian manusia itu walaupun yang tidak dikenalinya. Tidak kira kenal atau tidak, miskin atau kaya, alim atau jahil, baik atau jahat, semuanya kerana Allah. Inilah tingkatan BFF yang paling tinggi dan sukar dicari, sama seperti kasih Abu Bakar kepada Rasulullah, hingga diberi nyawanya, hartanya dan anaknya kepada baginda kerana Allah. Maka dia pun dimuliakan Allah di dunia dan di langit.

     Begitulah tips persahabatan yang dapat kita buat panduan bersama. Ingat, apa asas dan tujuan kita bersahabat dengan BFF kita akan menentukan arah dan keputusan di akhirnya. Jika kerana dunia, dunialah yang kita perolehi, jika kerana Akhirat, Akhiratlah yang akan kita perolehi, dan jika kerana Allah, Allah lah yang akan kita perolehi. Semoga kita menjadi BFF yang terbaik dan mendapat BFF yang terbaik. Selamat bersahabat..=)..

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada, 

Tuesday, 27 March 2012

Kisah: Doa Pemimpin Terfitnah

     Assalamualaikum.. Relevannya, di tengah-tengah kehangatan ura-ura dekatnya pilihanraya, perkara fitnah terhadap seseorang pemimpin seharusnya dipandang serius. Kali ini, WS ingin membawakan sebuah kisah mengenai pemimpin yang terfitnah. Faktor ideologi, parti politik, ketinggian peribadi dan ilmu menjadi magnet karisma dan kepimpinanan seorang pemimpin. Namun faktor-faktor ini juga menjadi peluru untuk menjatuhkan seseorang pemimpin. Dek kerana iri hati, fitnah dijadikan senjata melampiaskan cemburu dan marah terhadap seseorang pemimpin.
     Sa’ad bin Abi Waqas ialah seorang sahabat yang didoakan oleh Rasulullah S.A.W untuk dikabulkan doanya. Setiap kali dia berdoa, Allah S.W.T selalu mengabulka doanya. Kisah ini dipetik tatkala Sa’ad bin Abi Waqas menjadi gabenor di negeri Iraq. Sa’ad bin Abi Waqas telah difitnah oleh seseorang dengan mengatakan bahawa dia tidak pandai dalam sembahyang, dia tidak berlaku adil dalam melaksanakan hukum.
     Terkesan dengan fitnah tersebut,maka dia pun mendoakan orang tersebut dengan doanya: “Ya Allah, panjangkanlah umurnya, panjangkanlah kemiskinannya dan hadapkanlah ia ke dalam pelbagai fitnah.” Doa Sa’ad bin Abi Waqas dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Akhirnya, beberapa tahun kemudia, orang itu berdiri di jalan-jalan kota Kufah, dia meminta-minta kepada orang ramai dan menyentuh budak-budak perempuan dan mengekori mereka sambil berkata: “Aku orang tua yang mendapat musibah kerana doa Sa’ad.”
     Membaca kisah di atas, seharusnya kita berhati-hati dalam setiap kalam dan tutur kata agar tidak terjebak dengan fitnah terhadap pemimpin kita. Doa orang yang dizalimi dikatakan sangat diterima, maka ditakutkan kerana fitnah yang kita lemparkan, mereka mendoakan keburukan untuk kita. Sejauh mana pun kita tidak menyukai seseorang pemimpin, elakkanlah menjadikan fitnah sebagai senjata kita menjatuhkan kepimpinan mereka. Moga kisah di atas menjadi pedoman dan panduan untuk kita sejagat.

*Dipetik daripada: Buku “Hadith-Hadith Peringatan Buat Umur Insan”

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Tuesday, 28 February 2012

20 Amalan Murah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.
Diantaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.


Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Monday, 6 February 2012

Ustaz Hasrizal: Cinta Kepada ‘Lelaki Ghaib’ Itu

Bagaimana hendak mencintai seorang manusia yang kita tidak pernah jumpa?

Tidak pernah bertentang mata.

Tidak pernah melihat wajah dan susuk tubuhnya.

Soalan itu menerjah fikiran kita hari ini, tatkala diajak mengasihi seorang lelaki Arab bernama ‘Muhammad bin Abdullah’.

Apatah lagi yang diajak itu adalah anak-anak.

Mungkinkah mereka jatuh cinta dengan ‘lelaki itu’?

Lelaki yang tidak pernah ditemui. Tidak pernah dikenali.

Namun mencintai seorang secara ghaib bukan sesuatu yang mustahil. Lihat geng-geng rambut pacak itu. Mereka itu sedang bercinta dengan siapa? Cuba tanya siapa pelopor rambut pacak itu, di mana kampungnya, apa makanan kegemarannya, siapa isterinya, apa nama anak-anaknya dan mengapa nama mereka begitu, dia bermain bola dengan kelab mana, pasti rambut pacak itu mudah disusuli dengan jawapan lengkap pada soalan-soalan itu tadi.

Tetapi pernahkah mereka bertemu dengan David Beckham?

Bertuturkah mereka dengan bahasa Beckham?

Pernah ke Manchester?

Pernah ke Madrid?

Pernah ke Los Angeles?

Majoritinya hanya menggelengkan kepala.

Tetapi mereka sangat memuja lelaki itu. Baik lelaki, mahu pun perempuan. Mereka tidak pernah bertemu dengannya, tetapi ‘amat menyintainya’.

Kredit Ilustrasi whateverattack.deviantart.com
Tanyalah budak muda rambut lebat sikat ke depan, kurus kering mendedah tulang rusuk dengan gaya seksi seperti K-Pop yang dipaksa menjadi M-Pop, mereka itu sedang bercinta dengan siapa? Pernahkah mereka ke bumi Sonata? Bertuturkah mereka dengan bahasa Korea? Pasti sahaja genre yang dipaparkan itu lengkap dengan info sirah kehidupan Kim Jaejoong dan Jung Ji-Hoon.

Generasi muda kita memang ramai yang sedang bercinta dengan cinta yang ghaib. Menyintai seorang yang tidak pernah ditemui.

Keupayaan cinta yang sepatutnya membolehkan mereka mencinta lelaki ghaib paling hebat, Muhammad bin Abdullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

SEPERTI AL-QURAN

Ali bin Hussein bin Ali radhiyallahu ‘anhum pernah berkata, “Kami diajari dengan Seerah sebagaimana kami diajari dengan al-Quran”

Seorang cicit juga sudah masuk ke cabaran itu.

Mencintai moyangnya, seorang Rasul yang mulia, lelaki ‘ghaib’ yang tidak pernah ditemuinya. Namun cintanya kepada Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam datang hasil pendidikan. Beliau didedah, diajar, dibentuk dan membesar dengan mempelajari Sirah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, seperti mana dampingannya dengan al-Quran itu sendiri.

Apakah yang menemani anak-anak kita?

Cukupkah beberapa minit di sekolah mereka didedahkan kepada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam?
Sesungguhnya anak-anak kita mampu mengasihi ‘lelaki ghaib yang tidak pernah ditemui itu’.
Asalkan mereka dididik mengenalinya oleh kita yang terlebih dahulu perlu bertanya, “cintakah aku kepada lelaki ghaib itu?”


“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” [Al-Ahzaab 33: 56]

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Wednesday, 1 February 2012

5 Faktor Utama Punca Keruntuhan Muslim

     Assalamualaikum..Melihatkan pelbagai konflik dalam segenap aspek kehidupan Muslim sama ada agama, politik, akhlak dan sosial ternyata melambangkan keruntuhan dunia Islam. Perlu diingat, pengertian dunia Islam bukan hanya berkisarkan negara-negara Arab, bahkan merangkumi sekalian ummah di segenap pelosok dunia, termasuk keruntuhan Muslim di Malaysia. Peperangan dan pertumpahan darah, perebutan dan pertelingkahan kuasa politik, ketamakkan kemewahan dunia, kebejatan moral dan keruntuhan akhlak, penyimpangan akidah, semuanya seakan-akan melambangkan betapa rapuhnya umat Islam di dunia ini. Apakah punca berlakunya keruntuhan Muslim kini?
     Syeikh Hassan an Nadwi di dalam bukunya “Maza Khasiral A’lamu Binhinthaatil Muslim telah menyenaraikan 5 faktor utama yang menyebabkan keruntuhan Muslim. Beliau menggariskan faktor-faktor berikut:
  1. Kepimpinan Muslim yang tidak betanggungjawab. Apabila tanggungjawab dan intergriti pemimpin Muslim dibayangi oleh kepentingan diri dan kronisme, kekuatan Islam mulai menghilang. Fenomena negatif ini boleh dicontohkan semasa pentadbiran Bani Umayyad dan Abasiah kecuali ketika pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.
  2. Pembahagian antara politik dan agama. Ketika zaman Rasulullah dan era Khulafa ar-Rasyidin, politik dan agama tidak langsung dipisahkan kerana Islam adalah cara hidup yang komprehensif yang merangkumi segenap aspek termasuk politik. Tatkala politik tidak lagi disandingkan dengan agama, penyalahgunaan kuasa, penindasan dan ketidakadilan mula menyerlah. Akhirnya, hilanglah kestabilan dalam dunia Muslim.
  3. Tauladan buruk pemimpin Muslim. Apabila pemimpin-pemimpin Muslim mula bertemankan kemewahan dan kemungkaran, mereka mula meningglakan kewajipan mereka iaitu memakmurkan kebenaran dan mencegah kemungkaran. Kerosakan perangai dan gaya hidup mereka menghasilkan tanggapan negatif terhadap masyarakat Muslim.
  4. Kegagalan ilmuwan Islam mengembangkan ilmu. Pada kurun ke 17, kebanyakkan ilmuwan Islam terlalu terikut-ikut dengan falsafah Greek. Mereka juga terlebih teruja membincangkan isu-isu berkaitan roh, wihdatul wujud dan isu-isu minor berkenaan Islam. Mereka tidak memfokuskan kepada memngembangkan ilmu sains dan teknologi yang mana menjadi tumpuan utama ketika itu di dunia Barat. Akhirnya, Barat mengusai dunia Muslim sehingga kini dengan ilmu sains dan teknologi.
  5. Percambahan bidaah dan fahaman sesat. Kejatuhan ummah mula bertitik tolak apabila ajaran Islam mula dicemarkan dengan pandangan dan amalan bidaah yang sesat. Akhirnya, bidaah dan rekaan dalam agama yang menyimpang daripada Al quran dan Sunnah menjadi semakin popular. Kesannya,kesucian ajaran islam makin terjejas.
     Maka, terjelaslah kepada kita akan punca-punca keruntuhan Muslim di dunia ini. Seharusnya kita menghindari dan mencegah faktor-faktor yang disenaraikan Syeikh Hassan an Nadwi. Jika berterusan menafikan kebenaran dan menjunjung kemungkaran, pasti makin runtuh dan tenggelam Muslim di dunia ini. Bersama kita pelihara dan tegakkan Islam di muka bumi ini.

Sumber: Buku “7 Formula Individu Cemerlang” tulisan Dr Danial Zainal Abidin

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Thursday, 26 January 2012

Menteri Mana Pilihan Anda?

Diceritakan oleh SYEIKH ALI SOLEH MUHAMMAD ALI JABER Guru Tahfiz Masjid al-Nabawi, tentang kisah tiga menteri dan seorang Raja. Pada suatu hari Raja memanggil tiga orang menteri tersebut, maka baginda memberi tiga karung guni. Berkata Raja, “Pergi panjat pokok dan memetik buah di pokok tersebut sehingga penuh guni masing-masing". Maka terpinga-pingalah ketiga-tiga menteri tersebut, kenapa seorang menteri diberi arahan sebegitu? Disebabkan arahan khilafah maka mereka pun melakukan apa yang disuruh.

Menteri A merupakan menteri yang jujur dan amanah, maka beliau pun bersungguh-sungguh panjat pokok buah tersebut dan mencari buah yang paling baik dan berkualiti dan memenuhi karung guni yang di beri oleh raja.

Menteri B merupakan menteri yang kadang-kadang amanah, kadang-kadang tidak, beliau beramanah mengikut situasi yang dihadapi, Imamnya tidak sekukuh menteri A. Maka dia panjat dan sampai separuh pokok , terfikir dia, “buat apa aku berusaha ambil yang elok-elok, cukup la sekadar mengutip buah yang jatuh di bawah, cukup sekadar penuh buah dengan karung guni sudah cukup’. Lalu menteri tu pun turun dan mengutip buah yang bercampur ada yang baik dan ada yang busuk.

Menteri C seorang yang sungguh tidak amanah, beliau hanya mementingkan diri sendiri. Beliau berfikir “ Buat apa aku susah-susah, akukan menteri ini bukan kerja aku, baik aku kutip batu je cukup, janji penuh karung guni nie, Lagi pun raja masa ada masa untuk melihat isi dalam karung ini’. Lalu beliau pun mengutip batu dan memenuhi karung guninya.

Sampai masanya, mereka bertiga menghadap raja. Benar-benar telahan Menteri C, raja tidak melihat karung guni tersebut. Namun Raja yang bijak mempunyai cara yang lebih bijak. Baginda mengarah pengawal memasukkan ketiga-tiga menteri ke dalam penjara. Dan mengarahkan makanan yang hanya boleh di makan, apa yang ada dalam karung mereka. Maka mereka menghadapi situasi berbeza:

Menteri A, sudah tertentu mempunyai bekalan mencukupi dan dapat menikmati buat yang lazat dan berkualiti.

Menteri B, terpaksa memilih buat yang baik, kadang terpaksa mengikat perut untuk mencukupi bekalan makanan.

Menteri C. Inna lillahi itu jawapan yang mampu diberi

Mari kita ambil pengajaran cerita ini dalam kehidupan kita, bayangkan Allah SWT telah mengarah kita supaya mengutip amalan dengan amanah dan bertujuan untuk mencari redhaNya, Watak menteri mana yang kita pilih, Menteri A, Menteri B atau Menteri C. Dan penjara itu seumpama Kubur. Di situlah tempat perhentian kita, tempat yang semua kena melalui. Di dalam suasana yang sempit dan gelap itu adakah amalan kita mampu membantu kita. Atau kita ini hanya menteri C sahaja. Mari kita renung dan ambil Pengajaran dari cerita ini.


Disesuaikan sebahagian Kuliah Maghrib SYEIKH ALI SOLEH MUHAMMAD ALI JABER (Guru Tahfiz Masjid al-Nabaw) pada 10 Rejab 1432H (11 Jun 2011) di Masjid Al-Hasanah


Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Wednesday, 25 January 2012

Pesan: Mutiara Kata Imam Al-Ghazali


Yang singkat itu "waktu".

Yang menipu itu "dunia".

Yang dekat itu "kematian".

Yang besar itu "hawa nafsu".

Yang berat itu "amanah".

Yang sulit itu "ikhlas".

Yang mudah itu "berbuat dosa".

Yang susah itu "sabar".

Yang sering lupa itu "bersyukur".

Yang membakar amal itu "mengumpat".

Yang mendorong ke neraka itu "lidah"

Yang berharga itu "iman".

Yang mententeramkan hati itu "teman sejati".

Yang ditunggu ALLAH SWT itu "TAUBAT".


Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Thursday, 19 January 2012

Video: Celoteh Comel Cik Beah Osem Tentang Tudung

 
Klik Gambar Di Atas Untuk Menonton Video
 Jom kita dengar celoteh comel Cik Beah Osem. Kali ini, Cik Beah Osem berceloteh mengenai tajuk "Tudung". Osem punya..hehe..

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Tuesday, 10 January 2012

Perkara Menakjubkan Mengenai Air Wudhu

Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan. Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki. Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar.

Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhuk bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan. Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.

Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bahagian muka. Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?

Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa. Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat Al-Maidah :Ayat 6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.

Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa. Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhuk dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma'a akhir qathr al-ma').

Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.

Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih' dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran. Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.


Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Saturday, 31 December 2011

Ustaz Zaharuddin: Hukum Sambutan Tahun Baru Masihi

Soalan
Saya pernah terbaca bahawa haram bagi kita umat Islam menyambut perayaan Tahun Baru pada malam 31 Disember? Apa pandangan ustaz dalam perkara ini?

Jawapan
Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri. Islam juga telah meletakkan dua hari raya yang patut disambut dan dirayakan oleh Umat Islam iaitu Eidil Fitri dan Eid Adha.
 
Oleh itu, sebarang sambutan majlis lain mestilah tidak menyerupai sambutan perayaan dua hari raya Islam tadi. Islam juga terbuka dalam menilai sambutan keraian yang tidak bersifat keagamaan, diterima adat dan tiada unsur yang bercanggah dengan hukum dalam sambutannya.
 
Tidak dinafikan bahawa terdapat para ulama yang mengharamkan sama sekali sambutan tahun baru dalam apa jua bentuk. Namun, menyambut tahun baru Masehi (yang mengikut kiraan Gregorian calendar ciptaan Pope Gregory), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat.
 
Walaupun kalendar masehi adalah ciptaan bukan Islam, namun melihat kepada penerimaan kalendar moden ini, ia tidak lagi kelihatan bersangkut paut dengan agama malah amat ramai yang tidak lagi mengetahui dan ambil endah tentang asal usulnya, apatah lagi kaitannya dengan mana-mana agama. Ia sudah dikira sebagai sebuah kalendar moden yang diterima di atas asas adat dan kebiasaan. Namun begitu, syarat-syarat seperti berikut mestilah diambil perhatian dalam sambutannya:-

* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka saya masih berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.
Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-‘Adat Muhakkamah"
Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).
Terdapat satu keadah lain berbunyi : " Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat"
Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)
 
* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Tatkala itu,  sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga. Namun ia tidak semestinya menjadikan seluruh sambutan menjadi haram jika percampuran itu tidak menjadi satu agenda penganjur, tatkala itu, mereka yang bercampur atas kehendak sendiri melakukan dosa secara individu dan ia dari jenis 'haram lighairihi' atau haram yang datang akibat dari sebab-sebab luaran.
 
* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).
 
* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.
 
Sekian

Ust Zaharuddin
www.zaharuddin.net
8 Feb 2007 


Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Thursday, 29 December 2011

Kalau Kena Maki, Anda Nak Jawab Apa – Bahagian 2

     Assalamualaikum..Wah, agak lama WS tak mengemaskini penulisan di Laman Motivasi #1 Anda ini. Seribu kemaafan daripada WS disebabkan kekangan masa dan kesempatan, tak sempat WS mengemaskini artikel-artikel tebaru. Kali ini, WS ingin menyambung artikel yang lalu yang bertajuk “Kalau Kena Maki, Anda Nak Jawab Apa” (Klik untuk ke bahagian yang lalu). Ini adalah sambungan bahagian kedua yang mengupas topik yang sama tetapi berlainan perihalnya.
     Ayuh kita imbas seketika pada bahagian yang lalu, kita diajar oleh Rasulullah untuk membalas setiap kata-kata kurang enak yang dilempar kepada kita sama ada dengan sengaja ataupun tidak dengan berkata “Semoga Allah mengampunimu”. Pada bahagian kali ini, sekali lagi kita akan melihat perihal Abu Bakar yang dicaci maki pula. Apa pula reaksi beliau? Dan yang paling penting, apa pula tips daripada Rasulullah kali ini?
     Dikisah oleh Abu Hurairah, pada suatu hari terdapat seorang lelaki yang sedang mencaci-caci Saidina Abu Bakar. Kebetula, Rasulullah juga sedang duduk bersama Saidina Abu Bakar ketika berlangsungnya keadaan tersebut. Pada awalnya, Rasulullah berasa begitu kagum dengan Saidina Abu Bakar. Masakan tidak, beliau hanya berdiam diri ketika dilemparkan dengan cacian dan makian bertali arus daripada lelaki tersebut.
     Namun, beberapa ketika, Saidina Abu Bakar mula mengatur bicara membalas cacian lelaki tersebut. Bahkan, beliau membalas lebih banyak daripada perkataan lelaki yang memakinya tadi. Mendengar reaksi Saidina Abu Bakar akan kejadia tersebut, Rasulullah yang pada awalnya tersenyum dan duduk, lantas kelihatan marah dan bangun. Melihatkan keadaan Rasulullah itu, Saidina Abu Bakar bingkas mengikuti Baginda, seraya bertanya “Rasulullah, ketika lelaki itu mencaci-caciku, engkau duduk sahaja. Namun, ketika aku membalas beberapa ucapannya, engkau marah dan bangkit.”
     Agaknya apa jawapan Rasulullah kali ini? Mendengar pertanyaan Saidina Abu Bakar, Rasulullah menjelaskan, “Awalnya, ada malaikat sedang bersamamu yang membalas cacian lelaki tersebut. Namun, ketika engkau balas menjawab beberapa caciannya, giliran syaitan pula yang datang, sedangkan aku tidak mahu duduk bersama syaitan.”

     Begitulah panduan daripada Rasulullah. Biarpun kita dilemparkan dengan cacian dan makian, eloklah untuk kita sekadar berdiam sahaja. Ini kerana, dikhuatiri jika dibalas, syaitan akan makin mengapi-apikan pertengkaran antara dua makhluk Allah. Bertambahlah saham dosa kita. Namun, jika kita hanya berdiam diri dan bersabar, malaikat akan mendoakan kita bahkan, memungkinkan diberi ganjaran pahala sabar atas keupayaan kita menahan marah. Jadi, kalau kena maki, anda nak buat apa?..=)..

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Friday, 23 December 2011

4 Golongan Yang Didebat Allah

     Assalamualaikum..Siapa sini pakar debat? Johan debat ke, naib johan pun oklah, kira hebat berdebat juga la tu. Antara ciri-ciri seorang pendebat yang hebat ialah keteguhan fakta, keyakinan yang tinggi, gaya bahasa serta kelantangan intonasi. Otaknya penuh dengan fakta dan idea untuk meneguh segala hujahnya dan mematahkan setiap kata-kata pihak lawan. Keyakinnya terlihat dengan ketenangan serta keberanian mendepani siapa jua di hadapannya. Gaya bahasanya menampakkan tahap intelektualnya yang tinggi dan kemahiran berbahasa yang mantap. Serta, kelantangannya menyuarakan hujahnya membuatkan pihak lawan berpeluh dan ketakutan.
     Siapa contoh pendebat hebat? Lazimnya, para pemimpin terutamanya pemimpin politik terkenal dengan kelantangan debatnya. Hari ini, WS ingin mengutarakan cabaran debat, bukan daripada WS, tetapi daripada Allah. Debat dengan Allah. Jadi, sesiapa ingin? Atau bahasa budak-budak muda sekarang, ada bran?
     Perkara ini dipetik daripada sebuah hadith daripada salah satu kuliyyah hadith yang WS hadiri baru-baru ini. Diringkaskan, hadith tersebut berbicara tentang hal 4 golongan manusia yang akan didebat oleh Allah. Mereka ialah:
  1. Golongan Pemerintah: Allah berdebat bahawa Nabi Sulaiman, pemerintah terbesar dunia dengan kerajaan manusia, jin dan haiwan, namun tak pernah meninggalkan solat. Apa jawapan kalian, wahai para pemimpin besar?
  2. Golongan Sibuk: Allah berdebat bahawa Nabi Yusuf yang menjadi Menteri Kewangan negara begitu sibuk menurus hal kewangan negara, namun tak pernah meninggalkan solat, bahkan berpuasa sunat setiap hari. Apa jawapan kalian, wahai orang-orang yang sibuk?
  3. Golongan Sakit: Allah berdebat bahawa Nabi Ayub yang menderita sakit yang amat teruk namun tak pernah meninggalkan solat sekalipun. Apa jawapan kalian, wahai orang-orang sakit?
  4. Golongan Miskin: Allah berdebat bahawa Nabi Isa, orang paling miskin di dunia namun tak pernah meninggalkan solat di sebalik kesusahannya? Apa jawapan anda, wahai orang-orang miskin?
     WS tinggalkan anda untuk menilai sendiri kepentingan solat yang diperintahkan. Apa jua alasan anda, anda WAJIB bersolat! Jika tidak, berdebatlah anda dengan Allah kelak. Ada bran? Yok, kita sama-sama tunaikan solat..=)..

Hustle up and Be GEAT!
Salam transformasi daripada,

Wednesday, 21 December 2011

Ikhlas! Satu Motivasi dari Ilahi

Segala Puja dan puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Sayyidul Mukminin, junjungan Nabi Muhammad (saw) dan kepada keluarga dan sahabat baginda sekaliannya.
Telah menjadi satu kebiasaan, kita akan melakukan sesuatu benda dengan bersungguh-sungguh sekiranya mendapat ganjaran yang setimpal. Pekerja akan bekerja bersungguh-sungguh sekiranya mendapat insentif dari majikan. Kanak-kanak akan buat apa yang disuruh sekiranya diberi hadiah gula-gula. Pelajar akan belajar dengan tekun untuk mendapat gelaran pelajar cemerlang. Ahli politik akan memenuhi janji pilihan raya untuk mendapat kembali sokongan pengundi. Malah Nabi (saw) juga memberi motivasi syurga agar kita rajin beribadah.
Tidak keterlaluan jika saya katakan kita akan berasa kecewa, ‘frust’, ‘disapointed’ dan stress jika kerja yang dilakukan tak mendapat habuan yang dihajatkan. Lalu amanah dikhianati, kerja ditinggalkan dan porak perandalah organisasi.
Ikhlas boleh diumpamakan sebagai semut hitam yang berjalan di atas batu hitam pada malam yang gelap. Tiada siapa akan nampak semut itu walhal ia wujud di situ. Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui kewujudan ikhlas di hati. Ikhlas tidak boleh ditemui pada lidah yang manis berkata-kata. Ia tidak dapat dilihat pada senyuman yang dibuat-buat.
Orang yang ikhlas tidak akan berputus asa sekiranya objektif yang cuba dicapai tidak tergapai. Orang yang ikhlas tidak akan kecewa sekiranya ia dicerca manusia, tidak akan marah sekiranya tak naik pangkat, tak akan stress sekiranya ada yang iri hati, tak akan dengki sekiranya orang lain berjaya, tak akan sedih kalau dipandang hina dan akan terus bekerja sehingga hujung usia.
Sebab? Objektif orang ikhlas adalah untuk mendapat tempat di sisi Allah. Pujian manusia bukan satu keutamaan, maka cercaan manusia bukan satu halangan. Pangkat tak penting, yang penting adalah darjat mulia di sisi Allah. Mereka mengharapkan kebaikan pada orang yang iri hati dan gembira melihat orang lain berjaya. Mereka berasa tenang gembira kerana mulia pada pandangan Allah walaupun hina pada mata manusia. Mereka tak akan berhenti bekerja kerana tuntutan ikhlas ialah melakukan kerja sehabis baik. Allah itu Maha Baik dan hanya menerima yang terbaik!
Ah! hebatnya orang ikhlas! Rasa tenang dan gembira itu sentiasa ada. Tiada buruk sangka apatah lagi sengketa. Hasil kerja mereka hebat dan professional. Jika terpaksa menempuh pelbagai cabaran, ia akan dihadapi dengan tenang. Setenang air di laut. Sesekali laut bergelora ia akan tenang kembali. Orang yang beriman akan bersyukur dengan nikmat dan bersabar dengan ujian. Kedua-duanya baik buat mereka.
“Perumpamaan orang beriman yang ikhlas sangat unik. Mereka bagaikan pohon yang lembut batangnya. Sesekali ia bongkok tertunduk dipukul angin dugaan, namun ia kembali tegak keesokan harinya kerana kuatnya tulang keyakinan kepada Allah. Tempat dan objektif orang yang ikhlas.”
Ikhlaskan diri anda, InsyaAllah Allah sayang, manusia pun sayang. Simpan keikhlasan itu untuk Allah. Kerana ia tak dapat dilihat walaupun diri kita sendiri.
Kalam dari Salafussoleh:
“Sesiapa yang nampak keikhlasan dalam keikhlasan mereka, maka keikhlasan itu memerlukan lebih keikhlasan.”

*Artikel kiriman Muhammad Nur Fadzly

Bagi anda yang ingin berkongsi idea dan cetusan minda anda di Laman Motivasi #1 Anda, emailkan penulisan anda ke ukhwah86@hotmail.com. Segala kiriman anda amatlah dalu-alukan dan dihargai..=).

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Saturday, 17 December 2011

Imam Muda Asyraf: Cinta Bukan Tiket Gadai Maruah

Remaja mesti bijak jaga penampilan elak digoda lelaki

PENGUMUMAN di akhbar tempatan berkenaan isu pembuangan bayi, keterlanjuran gadis dan masalah sosial di kalangan remaja agak merunsingkan. Statistik menggambarkan betapa seriusnya krisis itu. Fokus kita bukan sekadar menyalahkan remaja perempuan. Ia juga membabitkan lelaki yang tidak bertanggungjawab meragut kesucian wanita. Namun, kita cuba mengatasi detik bagaimana wanita begitu mudah terpedaya pujuk rayu lelaki.

Mereka akhirnya terpaksa menanggung beban hamil anak luar nikah, ditinggalkan lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab, maka anak tidak bersalah itu dibuang begitu saja. Pengharaman pembuangan bayi jelas bagi kita.

Firman Allah bermaksud: “Jangan kamu membunuh anakmu lantaran takut kelaparan, Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka mahupun kepadamu; sesungguhnya membunuh mereka suatu dosa besar.” (Surah al-Israk, ayat 31).

Menariknya, ayat berkenaan pengharaman membunuh ataupun membuang anak itu diiringi ayat yang menghalang zina.

Ayat berikut dalam surah yang sama bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (Surah al-Israk, ayat 32)

Kesinambungan ayat ini menggambarkan cara Islam yang menitikberatkan mencegah lebih baik daripada merawat. Namun, jika ditanya kepada si pelaku, adakah mereka tidak mengetahui pengharaman zina? Jawapan yang pasti ialah mereka mengetahui hukumnya. Namun, nafsu sudah menguasai diri dan lebih kuat dalam menolak wahyu.

Sebelum menuding jari ke pihak lain, remaja perempuan perlu mengetahui sifat mereka dari segi fizikal dan jiwa yang berbeza. Antara sifat wanita yang banyak dipergunakan lelaki adalah kelemahan dan kelembutan fizikal mereka.

Begitu juga naluri cinta dan setia serta kepercayaan tidak berbelah bahagi terhadap pasangan membuatkan wanita mudah terpedaya. Oleh itu, berhati-hatilah sebelum bersahabat dengan lelaki walau apa saja latar belakang mereka.

Islam tidak membezakan lelaki baik atau tidak, tetapi menjelaskan bagaimana wanita dapat menghindari gangguan lelaki dengan menjaga penampilan diri.

Firman Allah bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).

Ayat ini memberi panduan kepada wanita menjaga penampilan supaya menutup aurat yang secara tidak langsung memberi gambaran kepada lelaki mereka wanita baik dan sukar digoda. Ayat ini juga antara janji Allah SWT bahkan syarat pertama bagi wanita mengawal daripada diganggu.

Islam menitikberatkan tanggungjawab bapa mengawal anak gadis. Kaedah mendidik anak lelaki dan perempuan berbeza. Anak perempuan hadiah syurga kepada ibu bapanya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa memiliki tiga puteri atau tiga saudari atau dua puteri atau dua saudari dan mendidiknya dengan baik serta menjadikannya bertakwa kepada Allah, maka baginya syurga.” (Hadis riwayat Tirmizi)

Syeikh Jamal Abdurrahman dalam kitabnya Athfal Muslimin Kaifa Rabbahum an-Nabiyyu al-Amin, menyatakan Nabi SAW melarang anak berusia 10 tahun tidur bersama dalam satu selimut dan dipisahkan tempat tidur mereka.

Ayah juga perlu menjadi tempat bermanja bagi anak perempuan untuk mengelak mereka menagih kasih lelaki bukan mahram. Contohi saja kemesraan Nabi SAW dengan puteri kesayangannya, Fatimah.
Walaupun Rasulullah SAW mesra dan cinta kepada anaknya, kecintaan itu tidak menjadikan Baginda mengambil mudah terhadap tanggungjawab anak. Baginda mendidik Fatimah mengikat tali hubungan yang utuh dengan Allah SWT bersesuaian manfaat agamanya.

Sejarah Islam juga menunjukkan tanggungjawab menjaga anak perempuan terletak di bahu abang atau saudara lelaki. Malangnya, hari ini, abang atau saudara lelaki yang membuka ruang untuk adik mereka diganggu. Selain menjaga diri, ibu dan ayah, lelaki bertanggungjawab menjaga anak atau adik perempuan. Setiap manusia akan ditanya Allah sejauh mana mereka memenuhi amanah itu.


Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More