Showing posts with label tips mentor. Show all posts
Showing posts with label tips mentor. Show all posts

Tuesday, 26 June 2012

“Power” Giler “Presentation” Dengan 3E

     Assalamualaikum..Kadang-kadang kita melihat ada orang yang apabila dia “present” sangat “power” dan meletup sekali. Rasa macam tak cukup je masa dengar dia bercakap. Macam tak mahu berhenti pun ada. Tapi, ada juga yang bila “present”, baru lima minit kita dah rasa nak ukur lantai. Ukur lantai? Maksudnya mengantuk la tu. Ha, perbezaan antara mereka-mereka ini terletak kepada tahap kemahiran berbicara mereka. Orang yang tinggi kepakarannya tentulah hebat “presentation” mereka. Rasa berbekas dan seronok sekali setiap kali mendegar bicara mereka. Anda pun boleh jadi macam mereka. Jom ikuti tips 3E WS yang akan buatkan “presentation” anda “power” giler  macam mereka.

Energy
      “Energy” atau tenaga lazimnya dikaitkan dengan perasaan akan kewujudan seseorang itu. Dalam erti kata lain, ketika anda berbicara di khalayak umum, “audience” anda dapat merasai kehadiran dan kewujudan anda di hadapan mereka. Justeru, pandangan dan tumpuan mereka hanya terarah kepada “presentation” anda. Anda seolah-olah magnet dan pandangan mereka diibaratkan sebagai besi. Semua besi akan tertarik dan tertumpu pada magnet, iaitu anda.

     Anda sebolehnya menghasilkan “energy” yang “power” dari awal “presentation” dengan nada suara yang jelas, berada di posisi yang jelas dan berbicara penuh semangat. Kekalkan “energy” yang telah dibina di awalnya  dengan rentak percakapan atau “pace” yang normal (tidak terlalu laju atau terlalu perlahan), gaya bahasa yang menarik, melibatkan “audience” anda ketika berbicara seperti bertanya soalan atau menyebut nama mereka ketika memberi contoh, dan elemen humour untuk terus menarik perhatian “audience” anda. Selain itu, gerak tubuh dan penggunaan ruang juga menambahkan “power” anda ketika beraksi.

Emotion
     Kunci utama E yang kedua ini ialah mereka rasa apa yang anda rasa. Jika anda sedang sedih, mereka juga harus sedih. Jika anda sebak, mereka juga merasa sebak. Jika anda gembira, mereka juga menikmati kegembiraan. Mudahkan? Cakap senang, nak buat tu susah. Ada penceramah yang kita lihat hanya dia saja yang menangis atau gelak sendiri sedangkan “audience” terpinga-pinga dek tidak faham kesedihan atau lawak yang dibuatnya. Ini kerana penghayatan emosi dalam “presentation” tidak dapat dirasai oleh “audience”. Perlu diingat, penglibatan emosi “audience” dalam “presentation” anda akan membuatkan “presentation” anda begitu berbekas dan meninggalkan kenangan buat mereka. 
     Usah terlalu drastik mengubah emosi “audience” anda. Maknanya, selitkan dahulu “cue” atau petanda sama ada secara lisan iaitu perkataan, atau elemen fizikal yang lain seperti gerak tubuh, muzik latar, pencahayaan, nada suara supaya mereka tidak terpinga-pinga akan perubahan mood “presentation” anda. Keduanya, pastikan nada suara.  Nada suara juga kunci utama emosi kerana nada yang betul akan menghasilkan emosi yang betul. Selain itu, “pace” yang bersesuaian dengan situasi emosi juga penting. “Pace” yang rancak ketika suasana “happening” dan agak “slow” ketika sedih.

Eye Contact
      Antara cara anda berkomunikasi dengan “audience” anda adalah melalui pandangan mata. Melihatkan “audience” anda yang ramai, menjadi mustahil bahkan membosankan jika anda cuba memanggil nama semua orang setiap masa untuk menandakan yang anda hiraukan mereka. Salah satu cara untuk mengelakkan “audience” anda rasa tidak diendahkan ialah dengan menyebarluaskan pandangan mata anda. Apabila anda melihat mereka ketika berbicara adalah seolah-olah anda hanya berbicara dengan meraeka sahaja. Ini membuatkan “audience” anda rasa begitu “special” dan dirasai kewujudannya.

     Oleh yang demikian, pastikan pandangan anda tidak statik, iaitu tertumpu hanya pada satu hala sahaja. Ibaratkan mata dan kepala anda sebagai kamera. Putarkan kamera anda ke seluruh ruang untuk merakam “presentation” anda dengan sebaiknya. Analoginya, semua orang suka jika kamera merakam gambar kepada mereka, kan? Kalau tak percaya, cubalah tengok “time” rakaman filem, ramai je yang suka melintas kat belakang masa tengah “shooting” tu kan. Ataupun masa ambil gambar, ramai je yang nak menempek “posing” sekali. WS pun suka masuk kamera. Hehe.

     Wah, lepas makin ni “power” la “presentation” anda ek. Sentiasa ingat tips “presentation” 3E WS ini. “Presentation” anda menggambarkan potensi dan kelebihan anda yang miliki, oleh itu sentiasalah beri yang terbaik dan yang ter“power” setiap kali anda beraksi. Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda menghebatkan lagi “presentation” anda. Lepas ni kalau dah hebat tu, jangan lupa WS ek. Hehe. All the best, guys!

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Thursday, 2 February 2012

Buat Idea Cara Walt Disney

     Assalamualaikum..Sebut sahaja Walt Disney, pastinya kita terus teringatkan trio kartun yang sangat sinonim dengan kita iaitu si tikus Mickey Mouse, si itik Donald Duck dan si anjing Goofy. Hampir setiap kehidupan zaman kecil semua daripada kita diwarnai dengan telatah karektor diilhamkan Walt Disney ini. Bertahun-tahun selepas itu, Walt Disney muncul dengan variasi watak yang lain yang kebanyakannya menarik perhatian kita. Munculnya karektor Phineas, Ferb, Cinderalela, Alladin, Snow White, Lightning McQueen, Winnie The Pooh, Stich, Mulan, Peter Pan dan pelbagai lagi memperlihatkan seolah-olah tidak kering idea mereka ini. Selain itu,kehadiran mereka begitu dekat dengan jiwa kanak-kanak. Bagaimana mereka terus mencipta dan mendapat idea untuk menghasilkan idea-idea kreatif ini?
     Walt Disney mempunyai metod dan kaedah mereka tersendiri untuk mencetus idea-idea kreatif. Sistem idea mereka begitu tersusun yang mempengaruhi kualiti setiap yang dihasilkan. Dalam mencari idea, mereka lazimnya dibahagikan kepada tiga kumpulan utama yang mempunyai peranan masing-masing untuk menghasilkan idea kreatif yang sangat berkualiti.
  1. Dreamer: Tugasnya adalah untuk melihat sesuatu perkara secara gambaran besar (big picture), berimaginasi dan berkreativiti tinggi. Tiada sempadan dan batasan harus diletakkan bagi peranan ini bagi mengilhamkan idea. Mereka lebih banyak bertindak menggunakan gerak hati, berfikiran bebas, tidak terbatas logik dan idealistik. 
  2. Realist: Mereka ini bertindak sebagai penyusun kepada idea dan imaginasi Dreamer. Melihat dari kaca mata logik dan realiti,mereka akan memperinicikan setiap satu idea yang dilontarkan Dreamer agar tampak praktikal dan realistik. Mereka juga akan menyediakan perincian dan aturan untuk perlaksanaan idea terbabit. 
  3. Critic: Mereka ini cuba memberi sudut pandangan berbeza kepada setiap idea yang diberikan terutamanya daripada sudut negatif. Mereka bertanggungjawab bertanya soalan-soalan dan membuat provokasi untuk memperkukuh idea yang telah diberi dan disusun oleh dua pihak terdahulu. Segala penilaian seharusnya berasaskan idea tersebut, dan bukannya faktor peribadi.
     Inilah antara cara Walt Disney Berjaya mencipta fenomena kartun di seluruh dunia. Mereka mempunyai sistem percambahan idea dan kreativiti yang tersusun. Pengaliran idea berjalan dengan sangat sistematik akhirnya membuahkan hasil karya yang sangat hebat. Maka, haruslah dicuba teknik percambahan idea Walt Disney ini dalam organisasi dan kehidupan kita. Moga dengan cara ini,lebih banyak idea kreatif dapat dihasilkan untuk memuncakkan kehebatan dalam hidup kita. Selamat mencuba.

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Sunday, 25 December 2011

Perlukan Banyak Idea? Jadilah K.R.E.A.T.I.F

      Assalamualaikum..”Datanglah, datanglah, idea yang mencurah-mencurah.” Itulah yang kita sering inginkan ketika kebuntuan jalan dan ikhtiar untuk menyelesaikan sesuatu kerja. Namun, makin kita memikirkannya, makin kabur jadinya. Idea ibarat tersekat, tak mahu keluar. Aaaahh, mula la nak bengang. Di saat idea yang diinginkan, “tension” pula yang datang mengundang.
     Dalam menjalani segala tugasan anda, kepelbagaian idea dan cetusan minda menjadikan anda lebih efektif dan efisyen. Ia membantu anda mempercepat proses perbincangan dan membuat keputusan. Siapa kata anda tak kreatif? Dengan sistem K.R.E.A.T.I.F, semua orang boleh menjadi kreatif. Inilah sistem penghasilan idea yang boleh anda pelajari. Yok kita jadi K.R.E.A.T.I.F!
  • Keterbukaan – Terima apa jua idea yang terlintas di fikiran biarpun ada yang agak mustahil dilakukan. Prinsip pertama dalam menjana kreativiti ialah tidak menghalang segala idea yang datang. Jika anda kerap menutup pintu idea, sukar bagi anda untuk menjana idea-idea berikutnya. Senaraikan semuanya dahulu, kemudian barulah diteliti satu demi satu, yang mana yang terbaik.
  • Rujuk pakar – Dengan ilmu dan pengalaman mereka, anda boleh mempelbagai perspektif anda melihat sesuatu perkara. Mereka juga boleh memberi idea dan panduan tambahan yang berguna untuk anda. Selain itu, anda juga boleh mempelajari perkara baru lantas memberi pemahaman yang lebih dinamik.
  • Emosi stabil – Di sebalik ketegangan ketika kebuntuan, emosi harus dipastikan stabil dan dalam kawalan. Emosi kurang stabil seperti marah, geram, tertekan, bakal menyempitkan kreativiti dan hilangnya pertimbangan. Bila tak tenang, idea takkan datang.
  • Apa bukan siapa – Usah banyak bertanya siapa,tetapi tanyalah apa yang perlu dibuat. Menyenaraikan apa terlebih dahulu dapat meluaskan sempadan pandangan dan idea anda. Ini kerana jika anda bermula dengan bertanya siapa, ruang pemikiran anda akan terbatas dengan fungsi orang-orang di sekeliling anda sahaja, maka idea anda hanya tertumpu tentang keupayaan mereka sahaja.
  • Tambah ilmu – Menambah pengetahuan dan skil dapat menjadikan anda seorang yang “resourceful”. Anda sarat dengan ilmu dan sumber untuk dilandaskan ketika anda ingin mencambah idea. Apabila banyaknya sumber anda, banyaklah idea dapat dihasilkan.
  • Ilahi – Sering kali berdoa kepada Allah untuk melapangkan hati dan dan fikiran agar anda lebih kreatif. Sesungguhnya Allah itu dekat dan mendengar segala doa dan permohonan hambaNya. Mintalah agar dipermudahkan segala urusan anda dan diterangkan hati dan fikiran.
  • Fikir positif – Anda akan jumpa apa yang anda cari. Jika anda mencari positif, maka anda akan mendapat idea-idea yang positif. Jika anda menumpukan pada yang negatif, setiap perkara anda akan nampak negatif. Jadi, hendaklah anda sentiasa berfikiran positif untuk menjana lebih banyak idea-idea positif.
     Apabila anda kebuntuan, serlahkan K.R.E.A.T.I.F anda, pasti idea anda mencurah-curah. Kreativiti ialah seni pemikiran, maka belajarlah teknik-teknik berfikir secara kreatif. Ini kerana kreativiti bakal membantu anda mendepani segala masalah dengan lebih HEBAT. Selain itu, anda juga mungkin melahirkan idea HEBAT yang belum pernah terlintas di benak orang lain. Ingat, kreativiti ialah satu seni, dan ia boleh dipelajari. All the best guys!

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Formula ABC Hidup SIHAT dan HEBAT

     Assalamualaikum..Kemorosotan gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia semakin ketara. Saban hari, penyakit berkaitan gaya hidup tidak sihat kian menjangkiti ramai orang. Sebagai contoh, statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan jumlah penghidap penyakit Diabetes, salah satu penyakit berkaitan gaya hidup tidak sihat, meningkat kepada 3 juta orang pada tahun ini berbanding 1.5 juta lima tahun lalu. (Sumber statistik)
     Faktor pemakanan sering dikaitkan dengan gaya hidup tidak sihat. Memang tak dinafikan, kulinari Malaysia terkenal dengan penggunaan kolestrol, lemak, minyak dan manis berlebihan. Lihat sahaja masakan di kedai-kedai,bukan main banyak minyaknya. Tapi bagi orang Malaysia, itulah penyedapnya. Limpa, hati, tulang dan segala macam organ dalaman menjadi santapan masyarakat kita. Sup "gear box" sampai kering disedutnya, punyalah nikmat! Tanpa diketahui, yang dikatakan nikmat itulah sebenarnya masalah.

     Untuk mempunyai gaya hidup yang sihat tidaklah susah. Kuncinya, kawal ABC anda, kesihatan anda lebih terkawal.
  • A1: iaitu symbol untuk “blood sugar” atau kandungan gula dalam darah. Minuman manis sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Selain itu, penggunaan gula berlebihan juga didapati dalam masakan seperti kek dan biskut Kadar gula dalam darah hendaklah diperiksa 2-4 kali setahun. Paras A1 yang ideal ialah <6.5%.
  • Blood Pressure: Tekanan darah dikaitkan dengan tahap pemakanan dan tekanan hidup. Tekanan darah yang tinggi atau rendah adalah kesan amalan gaya hidup tidak sihat. Paras BP hendaklah selalu diperiksa, dan paras BP yang ideal ialah <130/80mm Hg.
  • Cholesterol: Kolestrol selalunya dikaitkan dengan pengambilan minyak dan lemak berlebihan dalam makanan. Pastikan kadar kolestrol anda sentiasa di tahap ideal iaitu kurang daripada paras 200. Pemeriksaan kesihatan, pengambilan makanan rendah kolestrol dan makanan kesihatan seperti Quaker membantu mengawal kolestrol anda.
     Kehidupan yang HEBAT bermula dengan kesihatan yang HEBAT. Dengan tubuh yang sihat dan bebas penyakit, pelbagai kekangan dalam hidup dapat diminimakan. Ini sekaligus membantu memudahkan perjalanan mengecap KEHEBATAN dalam hidup. Kawal ABC anda, terkawal kesihatan anda. Semoga anda semakin SIHAT dan HEBAT!

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Sunday, 18 December 2011

A-Z Mencipta Kebahagiaan

A-Accept
Accept others for who they are and for the choices they've made even if you have difficulty understanding their beliefs, motives, or actions.

B-Break Away

Break away from everything that stands in the way of what you hope to accomplish with your life.

C-Create

Create a family of friends whom you can share your hopes, dreams, sorrows, and happiness with.

D-Decide
Decide that you'll be successful and happy come what may, and good things will find you. The roadblocks are only minor obstacles along the way.

E-Explore

Explore and experiment. The world has much to offer, and you have much to give. And every time you try something new, you'll learn more about yourself.

F-Forgive

Forgive and forget. Grudges only pull you down and inspire unhappiness and grief. Soar above it, and remember that everyone makes mistakes.

G-Grow
Leave the childhood monsters behind. They can no longer hurt you or stand in your way.

H-Hope
Hope for the best and never forget that anything is possible as long as you remain dedicated to the task.

l-ignore
Ignore the negative voice inside your head. Focus instead on your goals and remember your accomplishments. Your past success is only a small inkling of what the future holds.

J-Journey
Journey to new worlds, new possibilities, by remaining open-minded. Try to learn something new every day, and you'll grow. Know that no matter how bad things seem, they'll always get better. The warmth of spring always follows the harshest winter.

L-Love
Let love fill your heart instead of hate. When hate is in your heart, there's room for nothing else, but when love is in your heart, there's room for endless happiness.

M-Manage
Manage your time and your expenses wisely, and you'll suffer less stress and worry. Then you'll be able to focus on the important things in life.

N-Notice
Never ignore the poor, infirm, helpless, weak, or suffering. Offer your assistance when possible, and always your kindness and understanding.

O-Open
Open your eyes and take in all the beauty around you. Even during the worst of times, there's still much to be thankful for.

P-Play
Never forget to have fun along the way. Success means nothing without happiness.

Q-Question
Ask many questions, because you're here to learn.

R-Relax
Refuse to let worry and stress rule your life, and remember that things always have a way of working out in the end.

S-Share
Share your talent, skills, knowledge, and time with others. Everything that you invest in others will return to you many times over.

T-Try

Even when your dreams seem impossible to reach, try anyway. You'll be amazed by what you can accomplish.

U-Use
Use your gifts to your best ability. Talent that's wasted has no value. Talent that's used will bring unexpected rewards.

V-Value
Value the friends and family members who've supported and encouraged you, and be there for them as well.

W-Work
Work hard every day to be the best person you can be, but never feel guilty if you fall short of your goals. Every sunrise offers a second chance.

X-X-Ray

Look deep inside the hearts of those around you and you'll see the goodness and beauty within.

Y-Yield
Yield to commitment. If you stay on track and remain dedicated, you'll find success at the end of the road.

Z-Zoom
Zoom to a happy place when bad memories or sorrow rears its ugly head.



Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Stress: Anda Tertekan Atau Anda Menekan?

     Assalamualaikum..Anda stress? Buat kerja stress, belajar stress, pandu kereta stress, balik rumah pun stress. Wah, dunia seharian anda  ternyata di kelilingi stress. Sebut sahaja di dalam dunia ini, siapa yang tidak tertekan? Daripada sebesar-besar jawatan seperti Presiden sehinggalah sekecil-kecil tugas seperti “cleaner” dan pelajar, semua dirundung tekanan. Tekanan tidak mengenal siapa, semuanya pasti merasa. Di sebalik tekanan yang saban hari kian memuncak, terhidang buat anda satu persoalan, sebenarnya anda tertekan atau anda yang menekan?
     Realitinya, sebahagian besar elemen yang menjadikan kita tertekan adalah elemen yang dalam kawalan kita. Tidak dinafikan terdapat elemen yang menjangkaui kawalan kita yang menyumbang kepada tekanan. Antaranya, lampu isyarat rosak, hujan lebat, orang yang ditunggu datang lewat, bekalan elektrik terputus, jalan rosak. Semua ini sememangnya sebab kukuh yang menjadikan seseorang itu tertekan. Namun, jumlah elemen luar kawal ini sebenarnya tidak besar. Lebihan besar faktor yang menyumbang kepada stress berada di bawah kawalan anda.

     Ketepikan dahulu elemen luar kawal. Cuba kita senaraikan elemen-elemen boleh kawal yang menyebabkan kita tertekan.
  • Bangun lewat?
  • “Handphone” mati?
  • Tertinggal pen?
  • Kurang ilmu dan skil?
  • “Assignment” bertangguh?
  • Minyak kereta habis?
  • “Top up” kering?
  • Ruang kerja berserabut?
  • Lapar?
  • Tak suka rakan yang banyak songeh?
  • Dan,banyak lagi..
     Semuanya biasa dijadikan keldai hitam untuk kita tertekan. Sebenarnya, kita tertekan disebabkan kita yang menekan. Segala permasalahan dalam kawalan sepatutnya diselesaikan dengan efektif dan efisyen.  Ini bagi mengurangkan beban tekanan yang ditanggung. Set jam untuk bangun awal, hadiri kelas untuk tambah ilmu, cas “handphone setiap kali sebelum tidur, periksa minyak kereta setiap kali menggunakan, selalu sediakan kad “top up” extra dalam dompet. Nampak? Usah jadikan elemen-elemen dalam kawalan sebagai sumber utama tekanan anda. 

     Mudah benarkan? Tidakkah anda terasa rugi dengan membazir tenaga dan emosi melayani perkara-perkara yang sepatutnya tidak menjadi punca anda tertekan? Selesaikan segala permasalahan, bukannya mencari alasan.  Anda sebenarya mampu mengawal sebahagian besar perkara yang berlaku dalam hidup anda. Jadi usah menekan diri anda sendiri, kelak anda semakin tertekan.Have fun, guys!

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Wednesday, 7 December 2011

5 Punca Mata Anda Cepat Letih

     Mungkin sebelum ini anda sendiri tidak sedar apakah punca-punca yang menyebabkan mata anda cepat berasa letih dan penat.
Antaranya ialah:-
  1. Terlalu fokus
    •  Apabila anda melakukan sesuatu terlalu fokus seperti membaca, memandu atau melihat paparan skrin komputer, otot mata anda sebenarnya akan bekerja lebih keras. Ini akan menyebabkan mata anda akan cepat berasa letih dan mengantuk. Rehatkan mata anda sebentar seperti melihat tumbuhan hijau sebelum kembali menyambung tugasan.
  2.  Masalah mata  
    •  Mata anda cepat berasa letih berkemungkinan juga disebabkan oleh mata anda sendiri yang mempunyai masalah. Mata yang mempunyai masalah kebiasaannya perlu bekerja lebih kuat daripada kebiasaan. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar.
  3. Sistem pencahayaan yang tidak baik 
    •  Sistem pencahayaan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit akan menyebabkan otot 'sphincter' dan 'dilatory' untuk bekerja secara berlebihan. Ini akan menyebabkan mata anda akan berasa cepat letih.
  4. Bekerja lebih masa
    • Ramai yang beranggapan bahawa cara terbaik untuk merehatkan mata adalah dengan menonton tv, membuka laman-laman sosial, melayari internet, bermain telefon bimbit atau sebagainya. Tetapi ia sebenarnya hanya akan menyebabkan mata anda untuk bekerja lebih masa.
  5. Jarang berkelip 
    • Tahukah anda bahawa seseorang yang kurang kadar kelipan matanya akan meyebabkan mata mereka kekeringan. Disebabkan faktor ini anda dinasihatkan untuk tidak terlalu fokus melakukan sesuatu tugasan secara berterusan. Rehatkan mata anda sebentar pada setiap jam ketika anda melakukan tugas. 
     Jagalah mata, anugerah Allah yang tiada terhingga ini. Dengan kurniaanNya ini dapat kita mellihat dunia, melihat yang tersayang dan menjalankan tanggungjawab. Semoga kita semakin mensyukuri nikmat pemberianNya..Insyaallah..=).. 

*Dipetik daripada: http://www.iluvislam.com/gaya-hidup/kesihatan/4005-5-punca-mata-anda-cepat-letih.html  

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Friday, 2 December 2011

Tips Sihat: 4 Masa Yang HEBAT Untuk Minum Air

     Assalamualaikum..Baru-baru ini, WS telah berkunjung ke sebuah klinik. Eh, bukan WS yang sakit, tapi pergi teman parent ambik MC..hehe.. Alhamdulillah, tak ramai hari tersebut, jadi, taklah kena tunggu lama sangat. Selesai pendaftaran di kaunter, WS dan parent pun menunggu giliran untuk di panggil. Lama la pulak nak panggil, padahal takda orang pun. Huh. Dah tak larat nak duduk dah ni. Dek kebosanan menunggu, WS pun meronda di sekeliling klinik tersebut.  Sambil-sambil meronda tu, WS terbaca satu poster yang dilekatkan di dinding klinik. Posternya menarik, kandungannya pun menarik. Jadi,WS pun nak berkongsilah sedikit tips kesihatan yang WS petik daripada poster tersebut.
     Poster tersebut memaparkan nasihat seorang "cardiac specialist" berkenaan dengan tabiat meminum air. Umum tahu bahawa air adalah sangat penting pengambilannya dalam seharian. Namun, waktu bilakah seeloknya air diminum? Pakar itu mengatakan pengambilan air di waktu yang betul akan memaksimumkan fungsi badan. Bila waktunya? Yok tengok tips pakar tersebut.
  1. Minum 2 gelas air selepas bangun tidur dapat membantu mengaktifkan organ-organ di permulaan hari.
  2. Minum 1 gelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu proses penghadaman makanan.
  3. Minum 1 gelas air sebelum mandi dapat membantu merendahkan tekanan darah
  4. Minum 1 gelas air sebelum tidur dapat menghindakan penyakit “stroke” dan serangan jantung.
     Ha, lepas ni bolehlah kita amalkan tips sihat ini. Pengambilan air di waktu yang tepat akan membantu kita untuk memperolehi gaya hidup yang lebih sihat. Banyakkan pengambilan air dalam seharian dan minum di waktu yang dicadangkan. Hidup lebih HEBAT jika kita lebih SIHAT. Semoga kita lebih SIHAT dan HEBAT

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Wednesday, 30 November 2011

Motivasi Kerja: Anda Masih Ada Berpuluh Tahun Lagi Untuk Kerja, Tapi Cukupkah Tenaga Anda?

     Assalamualaikum..Baru-baru ini, Kerajaan telah membentangkan Bajet 2012 di Parlimen. Macam biasalah, bahagian bonus adalah yang paling ditunggu oleh pekerja sektor awam. Alhamdulillah, dapat juga bonus. Selain bonus, apa menarik perhatian umum ialah peningkatan umur persaraan kepada 60 tahun. Ha, apa lagi berdentum-dentumlah kedai kopi, blog, laman sembang dek isu ini. Ada yang menyokong, ada juga yang membantah. Masing-masing ada hujah tersendiri. Tapi yang menjadi topik kali ini bukan siapa yang betul tetapi laratkah anda di usia 60?
     Hakikatnya, semakin umur anda meningkat, tenaga dan kudrat anda semakin menurun, tetapi permintaan tetap meningkat. Sedang anda di usia 56, masa kerja tetap sama seperti anda di usia 30. Beban kerja tetap sama seperti anda di usia 30. Apa yang kurang? Tenaga anda.

     Jika sekarang anda menghabiskan 8 jam di tempat kerja kemudiannya menguruskan pula hal rumah tangga, bagaimana di usia 56? Masih punya tenaga lagikah setelah pulang dari ofis? Kini, WS ingin berkongsi tips hebat daripada Dr Jim Loehr dalam bukunya “The Power of Full Engagement”. Beliau mengatakan “the key to high performance is through managing the energy, not time.”
     Sumber tenaga asasnya terbahagi kepada 4 sumber utama iaitu fizikal, mental, emosi dan spiritual. Sumber-sumber inilah harus dikuatkan sejak muda lagi bagi melestarikan tenaga dan kekuatan di usia emas. Tingkatkan tenaga fizikal anda dengan rutin senaman yang kerap serta pemakanan yang sihat. Persiapan mental merangkumi persediaan ilmu yang komprehensif berdasarkan ruang lingkup kerja anda. Emosi yang stabil juga memandu kekuatan. Seharusnya, selalulah berfikiran positif dan senyum. Akhir sekali, persiapan spiritual yang berkaitan hubungan kita dengan Allah amat penting untuk menjaga segala perbuatan kita agar berlandaskan syariah Islam sepanjang jangka masa kita bekerja.

     Biarpun usia terus meningkat, namun kualiti tenaga kita juga tidak merosot teruk. Masih dapat mengekalkan momentum dan efisyen dalam kerja sebagaimana di usia muda. Hasilkan tenaga sekarang untuk kegunaan masa depan. Semoga KEHEBATAN sentiasa menjadi milik anda!

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Friday, 25 November 2011

GREAT Parenting: Ajar Anak Menabung, Jadikan Impian Satu Kenyataan.

     Assalamualaikum.. Kanak-kanak sekarang punyai wang yang banyak. Masakan tidak jika duit poket sekolah sehari RM5. Tambah dengan duit raya, lagi banyak daripada ibubapanya. Yang menjadi masalah ialah wang tersebut tidak tahu ke mana perginya. Yang kita tahu, duit itu habis setiap kali balik sekolah. Maka, seharusnya mulai sekarang ibubapa peka dengan pengurusan wang anak-anak. Pepatah Melayu mengatakan “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya.” Pembentukan nilai positif dalam pengurusan wang seharusnya diterapkan daripada kanak-kanak lagi.
     Antara kaedah mengurus kewangan bijak adalah menabung. Bagaimana nak menggalakkan anak untuk menabung? Prinsip yang bakal menggalakkan lagi kanak-kanak menabung ialah merealisasikan impian. Impian atau matlamat yang terlaksana akan mendorong kanak-kanak lebih galak menabung. Ini kerana mereka dapat melihat bahawa usaha tabungan mereka bukanlah sia-sia, tetapi sesuatu yang mendatangkan hasil. Untuk itu:
  1. Bantu mereka senaraikan impian mereka
  2. Tulis setiap impian mereka berserta corak, warna, gambar dan pamerkan di tempat yang selalu mereka lihat.
  3. Senaraikan anggaran kos untuk setiap satu impian mereka.
  4. Sediakan anggaran masa dan tarikh  bakal tertunainya impian tersebut.
  5. Senaraikan jumlah yang perlu disimpan setiap hari.
  6. Sediakan jadual dan buku log untuk ditanda setiap kali mereka menabung.
  7. Tiba waktunya, raikan usaha mereka dengan menunaikan impian mereka. 

     Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi kehidupan kanak-kanak kini dikelilingi wang. Mereka sudah didedahkan dengan nilai wang semenjak awal lagi. Justeru, mereka harus dibiasakan dengan budaya kewangan yang positif, salah satunya ialah menabung. Kelak, ini akan membentuk tabiat positif dalam pengurusan kewangan bila mereka dewasa. Semoga mereka berjaya menguruskan wang mereka. All the best, guys!

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Thursday, 24 November 2011

Urus Masa: Urus Dengan SMART

     Assalamualaikum..Setiap hari lambakan tugas membuatkan hari kita terasa sangat padat. Tugasan pejabat disusuli pula dengan tugasan keluarga nyata membuat kita terkejar-kejar. Mana taknya, dengan nak hadir “meeting”, anak pula keluar sekolah nak kena ambil. “Due date” tugasan makin menghimpit. Di sinilah teruji kecekapan individu mengurus masa mereka seefisyen dan seefektif mungkin. Kena caranya, hidup anda tampak tersusun hebat. Andai gagal mengatur masa anda, sangat serabut hidup dan tertekan.
     Untuk itu, hari ini, WS ingin berkongsi tips pengurusan masa hebat. Ia dikenali sebagai gaya pengurusan masa SMART. Bukan setakat fesyen je kena “smart”, urus masa pun kena SMART. Apa itu SMART? Yok kita tengok:
  1. Set keputusan: Jangkakan apa keputusan yang akan anda dapat sekiranya sesuatu tugas selesai dilaksananakan. Ini membuatkan anda lebih jelas apa yang bakal berlaku di akhir hari anda. Selain itu, memikirkan keputusan ataupun hasil nyata membuat kita lebih bersemangat untuk menyelesaikan sesuatu tugas berbanding memikirkan tugas yang perlu dilakukan. Contohnya, “20 buah buku latihan habis diperiksa” ataupun “Kereta aku bersih” berbanding “20 buah buku perlu diperiksa” atau “Perlu membersihkan kereta”. Yang mana lebih melegakan?
  2. Mempunyai To Do List: Selalu berfikir di atas kertas. Senaraikan apa yang perlu dilakukan untuk mencapai hasil-hasil yang diinginkan. Bermula dengan penamat akan membantu anda lebih teliti menyenaraikan tugas-tugas yang perlu dilakukan kerana sudah jelas apa yang hendak dicapai di akhir hari anda. Jika tidak jelas matlamatnya,anda mungkin terlepas pandang perkara penting dan menfokuskan kepada perkara yang tak sepatutnya kerana tidak tahu yang mana akan menyumbang kepada matlamat anda. Akhirnya? STRESS!
  3. Amalkan SEKARANG!: Usah bertangguh. Semakin anda bertangguh bukannya semakin selesai, tetapi semakin merumitkan. Setiap hari ada urusan baru yang perlu disiapkan, dan jika anda kerap bertangguh, akan berganda-ganda jadinya urusan yang perlu anda selesaikan, bertangguh hanya menyembunyikan seketika masalah anda, bukan menyelesaikannya. Apa jua perancangan anda, buat SEKARANG! Jangan bertangguh,nanti tak tertanggung.
  4. Rehat: Stigma ramai mengatakan rehat mencuri masa anda. Anda setuju? Tak juga, kerana rehat sebenarnya membantu anda menggandakan kelajuan anda bekerja. Setelah berjam-jam bekerja, sedikit rehat dapat mengembalikan tenaga yang hilang serta menyegarkan minda. Rehat ialah waktu “recharge” anda. Apabila badan kembali bertenaga, kerja dapat dijalankan dengan mantap. Apabila minda segar, fokus akan berganda, begitu juga dengan kreativiti dan idea datang mencurah-curah. Kan semua ini membantu menyelesaikan tugas? Jadi, rehatlah.
  5. Top up masa anda: Tak cukup masa? “Top up” masa anda supaya lebih banyak masa tambahan yang dapat dihasilkan untuk membantu anda menyelesaikan tugasan anda. Tak percaya anda mampu “top up” masa anda? Ikuti tips Top up masa WS ni.http://warkahsiber.blogspot.com/2011/11/top-up-masa-anda.html
     Tenyata pengurusan masa gaya SMART membantu anda mengurus masa anda dengan hebat. Anda dapat menggunakan segala masa anda dengan efektif dan efisyen sekali. Sentiasalah urus masa anda dengan SMART agar hari anda lebih HEBAT. Selamat Berjaya!

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Tuesday, 22 November 2011

GREAT Leadership: Leaders COMMUNICATE The Vision, Not TALK

     Assalamualaikum..Some teams made it seem easy to achive GREATness. Apple, Microsoft, AirAsia and other GREAT organizations. Amidst the tough and rough competition all over the globe, they emerge infamous.  As others fall short, they constantly leap strides forward. Their significant success in the world has put us pondering, what are their secrets? Do they have superhero talent in their team? Or they are only lucky to escape failures?
     The answer is the communicated vision. A GREAT leader carries the responsibility of communicating clearly the vision of the organization. It is the utmost initial and toughest task as you step into leadership. The CEO of General Electric stated that, “Without question, communicating the vision, and the atmosphere around the vision, has been, and is continuing to be, by far, the toughest job we face.”

     Don’t be proud with the number of people you have in your organization. They mean nothing unless they see the vision as you see; they feel the passion of the vision as you feel. Even with thousands of employers and members, you can’t drive your team to GREATness if they cannot see where are you taking them to and why are you taking them with. Make an inter organization survey, and you’ll be surprise by the result that only few out of thousands of your people see the same vision as you see. A simple conclusion you can make, your people are lost!
     That’s their key of success. Every people from every department including minor staffs share the same wisdom their leaders see. The leaders communicate clearly the vision and make sure all his subordinate embrace the same mutual understanding of the vision. Eventually, they know where to head, and what to do to realize the vision. The result? GREATness! Plentiful of talents, resources and opportunities are squanders with no vision intact. They will not go anywhere, and achieve nothing despite their efforts and sacrifices.

     So, leaders, do your job. Don’t just TALK about your vision but COMMUNICATE it. Communicate your vision and wisdom clearly so that your people will always give their best and have them meaningful. Most importantly, with shared vision, GREATness is not impossible for your team. All the best being a GREAT leader,guys!

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Tuesday, 15 November 2011

Motivasi Kerja: Berhati-hati dengan “The Piranha”

     Assalamualaikum..Dalam kita mengejar kejayaan dalam karier, banyak ranjau dan cabaran yang datang melintang. Baik cabaran fizikal, mental, emosi, teknikal dan juga sosial. Ternyata cabaran-cabaran ini menjadi ujian sebenar tahap kecintaan kita kepada karier kita. Bahakan, cabaran-cabaran ini juga memberi pengalaman dan pengajaran sekaligus mematangkan diri dalam menempuhi ranjau kerjaya.
     Antara mereka yang perlu anda berhati-hati ialah golongan yang digelar sebagai “The Piranha”. Melihat kembali sifat Piranha yang rakus menggigit dan memakan mangsanya, begitulah juga mereka ini. Mereka yang berjenis “The Piranha” rakus melakukan apa sahaja untuk mengejar pangkat. Antara ciri-ciri “The Piranha” ialah:
  • Agresif
  • Suka mencelup idea orang lain dan menjadikannya idea mereka
  • Pentingkan diri sendiri dan tak menghiruakan keperitan orang lain
  • Kadang-kadang tidak popular tetapi disayangi bos
  • Ditakuti oleh orang lain
     Menariknya, di sebalik kepayahan melepasi ujian kenaikan pangkat, cabaran sosial adalah yang paling mencabar buat kita. Sesusah mana pun soalan ujian kenaikan pangkat, kita pasti berasa lagi susah mendepani karenah pelbagai jenis orang di tempat kerja.  

     Jadi, berhati-hatilah dengan golongan “The Piranha” ini. Dek kerakusan mereka, anda mungkin terkesan secara emosi dan juga kerjaya. Dan, jika anda adalah salah seorang daripada golongan “The Piranha”, berubahlah. Anda mungkin dibenci oleh sekalian rakan sekerja kerana perlakuan anda. Bekerja dengan ikhlas, keberkatan rezeki itu yang dicari. Semoga anda terus HEBAT dalam kerjaya anda!

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Wednesday, 9 November 2011

“Top up” Masa Anda

     Assalamualaikum..24 jam satu hari. 7 hari seminggu. 30 hari sebulan. 365 hari setahun. Bermakna dalam setahun kita mempunyai 8760 jam. Betulkan WS kira tu? Hehe. 8760 jam, wah banyak masa tu untuk kita. Banyak ke? Kalau banyak, kenapa ramai yang merungut tak cukup masa. Bila lewat hantar “assignment” sebabnya tak cukup masa. Bila lewat siapkan “filing” sebabnya tak cukup masa. Bila lambat siapkan tugas sebabnya tak cukup masa. “Rasa tak cukup 24 jam sehari.” Betul ke tak cukup?  Jika tak cukup, jom “top up” masa anda.
     Ingat kembali, dalam sehari berapa banyak masa kita digunakan untuk menunggu orang? Tunggu kawan, tunggu bos, tunggu anak keluar sekolah, tunggu bas, tunggu makanan sampai, tunggu "family" bersiap. Banyaknya kita menunggu dalam sehari. Apabila kita menunggu, berlakulah pembaziran masa. Jika setiap kali menunggu adalah 5 minit, sudah berapa banyak masa tu? Sebenarnya, masa yang dibazirkan inilah sepatutnya menjadi masa “top up” anda. Anda boleh melakukan tugas-tugas anda sewaktu menunggu ini.

      Boleh ke siap semua tugas anda dengan waktu yang pendek ini? Boleh! Jika dilihat kembali pada senarai tugasan anda, sebenarnya banyak tugasan anda boleh dibahagikan pada bahagian-bahagian kecil. Dan, bahagian-bahagian kecil inilah yang boleh dibuat ketika waktu menunggu. Biarpun sedikit, sekurang-kurangnya tugasan semakin ringan. Antara contohnya ialah:
  • Semak penulisan (Proofreading)
  • Tanda kertas peperiksaan
  • Panggilan telefon
  • Kemas meja
  • “Quick study”
  • Baca surat, surat khabar
  • Bersihkan inbox hand phone, email
  • Kemas kini baki akaun
  • Semak “to do list”
  • Makan
  • Lipat baju
  • Rehat, dan banyak lagi perkara-perkara yang boleh anda lakukan. 
     Jika diteliti, perkara-perkara di atas adalah antara perkara yang tak sempat kita lakukan dek kekangan tugas dan kesuntukkan masa. Jadi, gunakanlah masa anda dengan bijak. Anda bukan sahaja mempercepat tugas anda bahkan “menambah” masa anda dalam sehari. Gunakan masa menunggu untuk “top up” masa anda. All the best, guys!

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Tuesday, 8 November 2011

Tanya@Warkahsiber: "Ada Tips Untuk Jadi Pekerja Yang Bersistematik"

     Assalamualaikum..Wah, lama juga WS tidak mengemaskini Laman Motivasi #1 Anda ini. Seribu kemaafan daripada WS buat semua pengunjung WS. Biasalah, nak raya, sibuk skit. Hehe. Jadi, hari ini, WS ingin menjawab satu pertanyaan di Tanya@Warkahsiber berkenaan kerja yang sistematik. Seorang pengunjung hebat WS telah bertanyakan “Keje tengah melambak2 ni...ada tips untuk jadi pekerja yang bersistematik...”. Ha, buat semua pekerja di luar sana dan pengunjung yang bertanya, ini khas untuk anda.
     Untuk lebih sistematik, amalkan 5S dalam pengurusan kerja seharian anda. Baik kerja di sekolah, di pejabat mahupun di rumah, ini tips hebat untuk anda:
  1. Set minda: Jika anda ingin lebh bersistematik, set minda anda untuk itu. Ini adalah langkah pertama yang paling penting. Anda tidak akan melakukan perkara yang anda tidak fikirkan. Jadi, mulai hari ini, sentiasa set minda anda untuk bekerja lebih sistematik dan sentiasa ingatkan diri anda dengan nota-nota di sekeliling anda. Lama kelamaan, anda akan terbiasa untuk bekerja dengan sistematik dan menjadi tabiat anda. Ingat, tabiat boleh dibentuk,dan permulaannya bermula dengan pembentukan minda.
  2. Senaraikan hasil: Jangkakan apa keputusan yang akan anda dapat sekiranya sesuatu tugas selesai dilaksananakan. Memikirkan keputusan ataupun hasil nyata membuat kita lebih bersemangat untuk menyelesaikan sesuatu tugas berbanding memikirkan tugas yang perlu dilakukan. Contohnya, “20 buah buku latihan habis diperiksa” ataupun “Kereta aku bersih” berbanding “20 buah buku perlu diperiksa” atau “Perlu membersihkan kereta”. Yang mana lebih melegakan?
  3. Senaraikan tugas: Setelah menyenaraikan hasil anda, barulah senaraikan apa yang perlu dilakukan untuk mencapai hasil-hasil tersebut. Bermula dengan penamat akan membantu anda lebih teliti menyenaraikan tugas-tugas yang perlu dilakukan kerana sudah jelas matlamat anda. Jika tidak jelas matlamatnya,anda mungkin terlepas pandang perkara penting dan menfokuskan kepada perkara yang tak sepatutnya kerana tidak tahu yang mana akan menyumbang kepada matlamat anda. Akhirnya? STRESS!
  4. Susun ruang anda: Pastikan ruang kerja anda selalu teratur. Ini bukan sahaja memudahkan perlaksanaan tugas, bahkan “meringankan” mata memandang. Bayangkan anda baru sahaja diberi tugasan baru oleh bos, dan sekembalinya anda ke meja anda, barang-barang anda tidak tersusun elok, memuncaklah “tension”. Sudahlah tension kena siapkan tugas yang baru, lagi semak perut tengok tempat berserabut. Maka, berserabutlah hidup. Untuk ini, cuba “google” “5S Technique”, anda akan menjumpai teknik pengurusan ruang hebat oleh seorang professor Jepun.
  5. Selalu “KISS”: Bukan cium kerja anda, tapi “Keep it short and simple”. Jika ada pilihan di antara yang “simple” dengan yang kompleks, pilihlah cara yang “simple”. Ingat, cara yang kompleks akan diikuti oleh proses yang kompleks yang memakan masa dan memerlukan kerja yang lebih. Jika dapat diselesaikan dengan KISS, usah bebankan diri anda lagi.
     Ha, macam mana? Dengan panduan ini, WS berharap segala kerja yang dilakukan anda akan lebih sistematik dan efisyen. Anda pekerja yang HEBAT, bertambah HEBAT dengan sistem kerja yang HEBAT. All the best, guys!

Buat pengunjung-pengunjung Laman Motivasi #1 Anda, sekiranya anda mempunyai persoalan untuk diajukan kepada WS, klik Tanya@Warkah. Insyaallah, persoalan anda akan mendapat respon daripada WS. 

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Tuesday, 1 November 2011

Irfan Khairi: Perniagaan Internet Boleh Bermula Sebagai Kerja Sambilan

     Tahun 2000, saya mulakan perniagaan Internet ketika saya bekerja fulltime. Bila pendapatan perniagaan Internet melebihi pendapatan perniagaan sepenuh masa, baru saya berhenti kerja sepenuh masa.
Asas untuk berjaya dalam perniagaan Internet secara sambilan adalah:
  1. Kongsikan banyak informasi mengenai industri anda. Tak kira apa sahaja yang anda ingin niagakan, pengguna Internet sering mencari informasi mengenai industri anda. Dengan memperbanyakkan perkongsian Informasi yang releven dan menarik, anda akan dapat menarik lebih ramai pelawat ke laman web anda.
  1. Perbanyakkan platform perniagaan Internet sambilan anda. Seringkali saya di tanya, “IK, yang mana lagi efektif, menjual di blog, di facebook atau di laman web?”. Jawapannya - kesmuanya sekali! Lagi banyak platform kita gunakan, lebih mudah orang ramai untuk menjumpai salah satu platform perniagaan Internet kita- dan pastikan kesemuanya mempunyai informasi yang baik (lihat 1 di atas)
  1. Eratkan hubungan bersama pengikut platform-platform perniagaan sambilan anda. Zaman pertanian pertanian, perindustrian, informasi sudah berlalu. Kini kita di zaman komunikasi. Eratkan hubungan bersama bakal pembeli, pengikut, prospek dan juga pelanggan anda dengan platform-platform komunikasi di Internet seperti blog, email, Facebook, twitter dan lain-lain!
     Oleh kerana Internet boleh didapati di mana sahaja, dari rumah dan secara mobile ianya merupakan pilihan yang baik untuk anda menjalankan kerja sambilan - perniagaan Internet!


Buat pengunjung-pengunjung Laman Motivasi #1 Anda, sekiranya anda mempunyai persoalan untuk diajukan kepada WS, klik Tanya@Warkah. Insyaallah, persoalan anda akan mendapat respon daripada WS.

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More