Thursday, 24 November 2011

Urus Masa: Urus Dengan SMART

     Assalamualaikum..Setiap hari lambakan tugas membuatkan hari kita terasa sangat padat. Tugasan pejabat disusuli pula dengan tugasan keluarga nyata membuat kita terkejar-kejar. Mana taknya, dengan nak hadir “meeting”, anak pula keluar sekolah nak kena ambil. “Due date” tugasan makin menghimpit. Di sinilah teruji kecekapan individu mengurus masa mereka seefisyen dan seefektif mungkin. Kena caranya, hidup anda tampak tersusun hebat. Andai gagal mengatur masa anda, sangat serabut hidup dan tertekan.
     Untuk itu, hari ini, WS ingin berkongsi tips pengurusan masa hebat. Ia dikenali sebagai gaya pengurusan masa SMART. Bukan setakat fesyen je kena “smart”, urus masa pun kena SMART. Apa itu SMART? Yok kita tengok:
  1. Set keputusan: Jangkakan apa keputusan yang akan anda dapat sekiranya sesuatu tugas selesai dilaksananakan. Ini membuatkan anda lebih jelas apa yang bakal berlaku di akhir hari anda. Selain itu, memikirkan keputusan ataupun hasil nyata membuat kita lebih bersemangat untuk menyelesaikan sesuatu tugas berbanding memikirkan tugas yang perlu dilakukan. Contohnya, “20 buah buku latihan habis diperiksa” ataupun “Kereta aku bersih” berbanding “20 buah buku perlu diperiksa” atau “Perlu membersihkan kereta”. Yang mana lebih melegakan?
  2. Mempunyai To Do List: Selalu berfikir di atas kertas. Senaraikan apa yang perlu dilakukan untuk mencapai hasil-hasil yang diinginkan. Bermula dengan penamat akan membantu anda lebih teliti menyenaraikan tugas-tugas yang perlu dilakukan kerana sudah jelas apa yang hendak dicapai di akhir hari anda. Jika tidak jelas matlamatnya,anda mungkin terlepas pandang perkara penting dan menfokuskan kepada perkara yang tak sepatutnya kerana tidak tahu yang mana akan menyumbang kepada matlamat anda. Akhirnya? STRESS!
  3. Amalkan SEKARANG!: Usah bertangguh. Semakin anda bertangguh bukannya semakin selesai, tetapi semakin merumitkan. Setiap hari ada urusan baru yang perlu disiapkan, dan jika anda kerap bertangguh, akan berganda-ganda jadinya urusan yang perlu anda selesaikan, bertangguh hanya menyembunyikan seketika masalah anda, bukan menyelesaikannya. Apa jua perancangan anda, buat SEKARANG! Jangan bertangguh,nanti tak tertanggung.
  4. Rehat: Stigma ramai mengatakan rehat mencuri masa anda. Anda setuju? Tak juga, kerana rehat sebenarnya membantu anda menggandakan kelajuan anda bekerja. Setelah berjam-jam bekerja, sedikit rehat dapat mengembalikan tenaga yang hilang serta menyegarkan minda. Rehat ialah waktu “recharge” anda. Apabila badan kembali bertenaga, kerja dapat dijalankan dengan mantap. Apabila minda segar, fokus akan berganda, begitu juga dengan kreativiti dan idea datang mencurah-curah. Kan semua ini membantu menyelesaikan tugas? Jadi, rehatlah.
  5. Top up masa anda: Tak cukup masa? “Top up” masa anda supaya lebih banyak masa tambahan yang dapat dihasilkan untuk membantu anda menyelesaikan tugasan anda. Tak percaya anda mampu “top up” masa anda? Ikuti tips Top up masa WS ni.http://warkahsiber.blogspot.com/2011/11/top-up-masa-anda.html
     Tenyata pengurusan masa gaya SMART membantu anda mengurus masa anda dengan hebat. Anda dapat menggunakan segala masa anda dengan efektif dan efisyen sekali. Sentiasalah urus masa anda dengan SMART agar hari anda lebih HEBAT. Selamat Berjaya!

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

3 comments:

tunz said...

nice info...mama ada list cuma x tahu yg mana patot didahulukan.kdg2 baru nk wat yg ni..pntdbir dtg suh wat yg lain lak...kononnya dpt call dri pejbt pndidikan daerah or jbtn pelajarn negeri...situasi ni mmg selalu berlaku kpd para guru sejak dri sulu lagi..itulah antara sbb tugas menjr dh x jdik core bisnes kami..terllau byk keje perkeranian....ni pndgn mama jer....mama ni serba kekurangan

Warkahsiber said...

Setuju2..Cikgu dah banyak "mengkerani" dariapda mendidik..Bebanan guru makin bertambah beralaskan alasan menambah kualiti pendidkan..tapi kebanyakannya membebankan dan tidak praktikal..hmmm..

TecerWidad said...

Saya jenis orang yang tak suka terikat dengan jadual to do list bagai sebab rasa macam stress sangat bila tau lepas dah buat itu, kena buat ini. Maka the best option is buat sahaja yang mana dulu. Kalau malas berhenti, tak payah buat. Tapi biasanya saya ni rajin. Bahahahaha.


P.s. Saya memang ada tabiat puji diri sendiri kerana percaya it is a way to heighten self-esteem. Ecehhh.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More