Assalamualaikum.. Takde idea? Tak pasti buat pilihan? Tak
tahu apa nak buat? “Adoyai, aku blur la!” Itulah rungutan yang akan kita dengar.
Apabila “blur” melanda, stress juga memuncak. Mana taknya, nak kena siapkan
segalanya dengan cepat dan sempurna, masa itu jugalah otak tiba-tiba “hang”.
Jika computer “hang”, boleh nak “restart”, tapi kalau dah otak yang “hang”,
boleh ke nak “restart” otak? Tanda-tanda “blur” mula ketara. Hilang idea,
hilang fokus, hilang arah, tak tahu apa nak buat, semuanya hilang. Bila dah
macam tu, mulalah nak mengamuk. Baling itu, baling ini. Ha, lepas tak payah nak
baling-baling lagi dah sebab WS nak kongsi 4 cara mengatasi saat “blur” anda.
Jom!
Solat
Cara ini diadaptasi daripada kaifiyat Imam Bukhari
meriwayatkan hadith. Setiap kali beliau ingin memilih untuk menerima atau
menolak sesuatu hadith yang disampaikan kepadanya, beliau akan terlebih dulu
menunaikan solat 2 rakaat. Dengan solat 2 rakaat ini, beliau memohon panduan
dan kekuatan daripada Allah untuk membuat pilihan yang tepat. Begitu juga
dengan kita, apabila “blur” dilanda sesuatu masalah,beralihlah kepadaNya,
kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Doa dan Zikir
Doa adalah senjata orang Islam. Terdapat pelbagai doa yang
dapat kita amalkan ketika “blur”. Dan, kebanyakan doa-doa ini dipetik daripada
Al Quran dan Hadith. Antaranya, ayat 286 Surah Al Baqarah, ayat 25-28 Surah
Toha, ayat 87 Surah Al Anbiya’, Surah Al Insyirah, ayat 1-5 Surah A Alaq serta
doa dalam hadith Rasulullah:
اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
Berpeganglah dengan kata-kata Allah bahawa sesungguhynya zikrullah
itu penenang jiwa. Banyakkan berzikir,selawat dan membaca Al Quran. Dengan
mengingati Allah, Allah akan memudahkan segala urusan yang kita hadapi.
Rehat
Setelah sekian ketika anda memerah otak dan badan untuk
menyiapkan tugasan, “blur” adalah antara tanda yang kedua-dua otak dan badan
anda telah keletihan. Seperti kereta yang perlu berhenti seketika di RnR untuk
merehatkan enjin, begitu juga dengan badan anda. Rehat seketika seperti
berbaring, tidur, makan dan minum, main “game”, bersembang ataupun keluar
melakukan aktiviti luar. Semua perlakuan ini dapat menghilangkan seketika
tekanan dan keletihan otak dan badan.
Tonton Cerita dan Dengar Muzik
Muzik ternyata antara terapi yang terbaik merawat tekanan
dan kebuntuan. Irama serta lirik sesuatu lagu dapat menghadirkan pelbagai
kesan. Ada yang mendengar muzik untuk mencari ketenangan, ada yang untuk
menjadi peneman, ada yang ingin mencari keceriaan, ada yang ingin mendapat
idea. Semua ini menunjukkan muzik mampu membantu anda ketika “blur”. Begitu juga
dengan menonton cerita. Kadang-kadang anda boleh mendapat idea ketika menonton
cerita. Dah dapat idea, hilanglah “blur.”
Dah dapatkan? Lepas ni jika dilanda “blur”, amalkan 4 petua
ini. Semoga dengan tips yang dikongsikan ini, anda boleh mengucapkan “bye-bye”
kepada “blur”. Dan dengan itu dapatlah anda menyiapkan segala tugasan dengan
hebat sekali. Jangan “blur” lagi ek. All the best, guys!
Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,
24 comments:
Kadang2 ade masalah ni bile nak brcakap..atau brkomunikasi dgn orang..buat xyakin tp blur..
betul tu blur nie mnjejaskan komunikasi seseorg . 4thun nie saye tetibe mnjadi blur apbila nak sembang dgn org . dan skrg , saye dipndg sprti tidak tahu ape2 . saye tak tahu cara nak atasi masalah saya skrag nie .
Blur sbab makn semut ke?blur kerap terjadi kpd sye..sye kerja guna byk lojik Dan komunikasi dgn orang..mslh nie krap berlaku.aku sedih.
aku blur gila. sampai org cop aku minah blur. dhla blur. gelabah pulak. adeii...
aq rasa aq ade masaalah afasia. selalu blurr, masaalah dlm komunikasi, x pandai beri ekspresi wajah.. sampai benda ni menjejaskan hidup aq..tpi aq cuba slow2 ubah diri aq..insyinsyaa aq akan amalkan tips ni
insyaallah aq*
hm. aku pn selalu je ada masalah blur.. bila sorg2 kdg2 slalu je rse x yakin sbb blur ni la. aq hrp suatu hari nnti dpt hilangkan blur aq ni..
Samalah sy pun blur. Kawan2 selalu ejek sy. Ckp sy tk paham la. Dalam kelas pun kdg2 sy tk dpt tngkap apa yg lect mngajar. Lgi2 klau bercakap ng kwn, kwn sy snggup bercakap ng org lain sbb ckp ng sy pun bukan la paham pun. Sedih rasa
Hurm sy sedih sgt sy otak blur bila berkomunikasi gn org sy jdi blur sy xreti nk tunjuk cara mcm mna nk ekspresi wajah nti bila blur mata sy jdi brpinar..sy sedih sgt kenapa diri sy x mcm org lain bgi sy blur ni menjejas kn diri sy dn mudah klu org nk bodoh2 kn😢..mintak pendapat siapa yg boleh tolong
Sebulan lebih ni aq blurr .. mmg xpndai nk bkomunikasi dgn org lain.. nk bina ayat permulaan bkomunikasi pon teragak2.. riso slh ckp.. mcmne nk atasi ? Kdg terasa down n kecewa dgn diri sndiri..
😟blur ni memang menyusahkan hdup org lain. Kecik haty kadang ii dikatakan blur.tapi xboleh nak marah sbb mmg salah diri sendiri.cumanya boleh pendam ja..Ya Allah..💔😭
kadang nak cakap apa pun tak tau sebab blur sangat dengan muka pun blur.sedih yaa amat
Serius hidup aku bler gila, hari 2 aku kena hina dan kena kata , bodoh la lembap la slow la, depan umum kat tempat kerja , abis malu aku, bila orang tahu hari2 orang kutuk, member sendiri pulak, sampai orang tua pon dok kata kat aku, hidup aku kecewa sedih tak pernah rasa gembira , ada member semua suka pakai aku, kadang terpikir jugak , aku tak penting tak apa la kalau Saya mati
kuatkn semangat
Adakah semua penyakit blur dikaitkan dengan afasia
Terkadang biler blurr ni ..cuba check kat telinga dulu ..22 tu ok x ?? Terkadang effect jugak kat situ ...good luck
Aku rasa laa masalah blurr ni ..1 banyak memikir ..2 cuba korang check telinga korang tu ..22 tu ok x ?? Pendengaran stabil x ?? Kalau rasa kurang2 tu ..mungkin tu satu daripada sebab kenapa korang boleh jadi blurr ..sebab dulu aku cepat jer tangkap ..sekarang aku dah jadi separuh blurr ..rasa macam zero jer dalam life ..bila aku cari sendiri sebab aku macamni ..aku try buat tutup 22 telinga aku ni ..mana satu yg kurang dengar dan mana 1 yg ok ..if ada kekurangan antara 2 tu ..pergilaa ke klinik .tanya apa masalah telinga tersebut ..bila dah boleh clear telinga 22 ni ..insyaAllah ..semoga baik2 sahaja
Be strong okey..
Jgn mengalah dgn sesuatu okeyy..
Aku dh la LA keje 7e,Kene jumpe ramai customer ..then customer tye...aku blur...aku xtawla masalah ape ni..susah nk wt keje ..kadang2 rse hidup aku ni memalukan....
Maksud kau kau blur bila buat kerja ke atau mcm mana
Org yang masalah blur nii dia ada kena mengena Anxiety ke
Org yang bermasalah blur nii dia ada kena mengenadl dengan Anxiety ke
Dunia ni sangat perit sangat.. Besok layan org besok kawin besok org kutuk besok org pekena kita besok mati..kadang2x nak sangat memilih untuk meninggal kan dunia saja itu lebih baik bagi aku.. Aku nk sempurna aku nk jdi seorng malaikat
Aku takleh la dengan komen ni, haih
Post a Comment