Assalamualaikum.. “Posting” kali ni WS nak kongsi satu cerita yang sangat memberi inspirasi. Kesannya, WS terus mula menulis apabila mendengar cerita ini. Jadi, WS nak anda juga merasai impak inspirasi cerita yang WS nak kongsikan ni. Semoga kisah ini memberi kesan yang sama kepada anda. Ceritanya berkisarkan tikus dan kucing. Cerita ni bukannya tentang kartun Tom and Jerry kat tv tu. Yang ni cerita tikus dan kucing versi baru. Jom layan cerita tikus dan kucing ni!
Kisahnya bermula di sebuah negara
yang diberi nama negara Tikus. Kenapa diberi nama negara Tikus? Sebab semua
penduduk negara tersebut adalah tikus. Bermacam-macam jenis tikus ada. Tikus
mondok, tikus putih, tikus hitam, tikus kecik, tikus besar dan macam-macam lagi
la. Ok, negara ini pada mulanya begitu aman di mana tikus-tikus dengan amannya
berkeliaran dan bersosial di antara satu sama lain. Mereka hidup dengan tenang
dan damai.
Namun, suatu hari, secara
tiba-tiba negara Tikus ini telah diserang oleh seekor kucing gergasi. Sejak
menemui negara Tikus, kucing gergasi ini sering saja menyerang negara tersebut
apabila lapar. Asal lapar je, serang. Asal lapar je, serang.
Asal serang je, lapar. Kucing gergasi tersebut menjadikan tikus-tikus di situ
sebagai santapannya. Maka bertempiaranlah tikus-tikus setiap kali diserang oleh
kucing tersebut. Kucing gergasi tersebut dengan rakusnya memakan tikus-tikus di
situ. Anak tikus, bapa tikus, mak tikus, hatta tok wan tikus yang tua pun
dimakannya. Kesian.
Disebabkan begitu risau dan takut
dengan serangan kucing gergasi tersebut, perdana menteri negara Tikus memanggil
semua tikus-tikus berkumpul untuk mebincang masalah tersebut. Mereka berkumpul
di Dataran Tikus. “Semua tikus sekalian, saya memohon pandangan dan idea
daripada anda semua untuk kita bersama-sama mempertahankan negara kita daripada
ancaman kucing gergasi ini,” ucap perdana menteri tikus. Tetapi, perhimpunan
tersebut menjadi sepi kerana masing-masing buntu memikirkan cara yang terbaik
mengatasi masalah ini.
Tiba-tiba, seekor tikus tua
bertaraf professor perlahan-perlahan berjalan di celah-celah ribuan tikus yang
berhimpun untuk mendapatkan mikrofon yang disediakan di hadapan. Apabila
diberikan mikrofon, professor tikus sambil memegang tongkat terus berkata, “Saya
ada idea bagaimana untuk kita mengatasi masalah serangan kucing gergasi ini.
Apa yang berlaku ialah kita tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyelamatkan
diri apabila diserang oleh kucing tersebut. Kita tidak mempunyai sistem amaran
yang memberitahu kita akan kedatangan kucing tersebut. Sebab itu ramai yang
menjadi mangsa, tak sempat melarikan diri atau bersembunyi.”
Selepas batuk seketika, professor
kucing ini menyambung, “Jadi, saya cadangkan kita memasang sistem amaran untuk
membantu kita lebih bersedia untuk menyelamatkan diri. Kita sepatutnya memasang
loceng di leher kucing tersebut. Dengan adanya loceng itu, kita pasti dapat
mendengar kehadiran kucing tersebut lebih awal, jadi sempatlah untuk kita
bersembunyi dan menyelamatkan diri.” Idea ini disambut baik oleh semua yang
hadir di perhimpunan tersebut termasuklah perdana menteri tikus.
Setelah semua bersetuju dengan
idea tersebut, perdana menteri tikus membuka ruang kepada sesiapa yang ingin
menjadi ahli perisik dan ejen bagi melaksanankan misi memasang loceng tersebut.
Sekali lagi pelawaan perdana menteri tikus itu disambut sepi. Masing-masing
kelihatan tidak mahu menawakan diri melaksanakan misi tersebut. Di sebalik
sorakan gempita di awal tadi, kini Dataran Tikus senyap sepi. Semuanya mula
menikus. Maka, dicadangkan untuk ditangguhkan dahulu perhimpunan tersebut dan
kembali semula membincanglkan hal ini kemudiannya.
Setalah berhari-hari, masih lagi
belum ada yang ingin bertindak melaksanakan misi tersebut. Hari-hari berikutnya
juga masih tidak terlaksana idea tersebut. Dan disebabkan itu, misi tersebut terus
tertangguh. Akibatnya, tikus-tikus tersebut terus menjadi mangsa bahaman kucing
gergasi tersebut kerana loceng yang dicadangkan itu tidak dipasang. Ini kerana
masing-masing tidak mahu dan tidak berani mengambil tindakan melaksanakan idea
tersebut. Negara tikus terus dilanda ketakutan dan kekacauan. Akhirnya, habis
semua tikus di situ menjadi mangsa kucing tersebut termasuklah professor tikus
yang memberi idea tersebut. Kesian.
Ha, faham cerita ni? Agak-agak,
apa pengajarannya? Pengajarannya ialah kata-kata tanpa tindakan adalah
merugikan. Sebenarnya, kita terlalu banyak berkata-kata dalam hidup tetapi
kurang bertindak. Kita selalu “plan” hidup kita dengan penuh semangat dan hebat,
tetapi apabila bertindak, HAMPEH. Takut, risau, malas, bertangguh, antara
penyakit yang menghalang kita mengambil kuasa bertindak dalam hidup kita.
Ingat, kelajuan tindakan membuatkan hidup kita lebih hebat. Lebih cepat kita
bertindak, lebih cepat kejayaan datang kepada kita. Jadi jika anda sering
tertanya-tanya siapa yang mula dan bila nak mula, jawapannya mudah, “It’s YOU!
It’s NOW!” Alrite, semoga perkongsian kali ini sangat bermakna untuk anda.
Selamat menjadi orang lebih hebat dalam hidup anda. All the best, guys!
Hustle up and be GREAT!
Salam transformasi daripada,
1 comments:
salam
selalu dgr cerita ni masa keluar tabligh. pendapat saya, org yg bg pendapat kena bersedia utk ambil tanggungjawab jika dia ingin suarakan idea.
Post a Comment