Sunday 2 October 2011

Apa itu MODUL?

     Assalamualaikum..Perkataan modul sering kedengaran, terutamanya bagi mereka yang terlibat secara langsung dalam penghasilan produk latihan dan pembangunan modal serta sahsiah insan. Bagi mereka-mereka seperti organiasi pembekal latihan dan perundingan, di bahagian HR syarikat, guru-guru dan juga pelajar-pelajar yang terlibat dalam pengurusan latihan dan pembangunan di kelab-kelab di kampus serata universiti tak sah kalau tak sebut “modul” dalam sehari. Lazimnya, penghasilan modul lebih terjurus kepada pemantapan 3 indeks utama modal insan iaitu Attitude, Skills dan Knowledge. Berteraskan 3 fokus utama ini, variasi modul dihasilkan. Namun, apa sebenarnya MODUL?
     Biar kita betulkan dahulu tanggapan umum yang modul itu sama erti aktiviti. Bukan salah, tak berapa tepat je. Modul bukanlah aktiviti, bahkan aktiviti merupakan salah satu daripada cabang modul. Jelas? Modul adalah satu set gerak kerja atau “framework” yang sistematik untuk mencapai objektif serta menyampaikan mesej dengan berkesan. 3 kunci utama yang perlu diingat ialah “objektif”, “sistematik” dan “berkesan”. 


     Di sini, ditampilkan untuk anda “Gr8 Module Steps” untuk menghasilkan modul hebat anda sendiri: 
  1. Kenal pasti tema anda.
    • Contonhya, Leadership, Akhlak.
  2. Senaraikan objektif dan “learning outcomes” yang spesifik.
    • Contohnya, untuk melahirkan kanak-kanak dengan kesedaran tinggi terhadap zina.
  3. Analisa “target audience” daripada aspek demografi, pendidikan, sosial, kematangan.
  4. Methodology iaitu kaedah penyampaian untuk menterjemahkan objektif.
    • Contohnya ceramah, aktiviti berkumpulan, simulasi, role playing, aktiviti fizikal, pembentangan kumpulan, coaching, mentoring, hebahan awam dan lain-lain 
  5. Medium, iaitu cara menjalankan methodology untu mencapai objektif. Senang cerita, aktiviti yang boleh dibuat.
    • Jika method yang dipilih ialah aktiviti berkumpulan, permainan berkumpulan seperti Helium Stick, Human Tower boleh dimainkan. Dan jika method hebahan awam dipilih, antara mediumnya pengedaran handbills, penganjuran kempen, penamplan poster dan banner.
  6. Media, iaitu bahan-bahan yang ingin digunakan bagi membantu kelancaran medium menterjemahkan objektif.
  7. Susun 3M anda (Method, Medium dan Media) anda bedasarkan analisis “audience” untuk melancarkan pemahaman.
  8. Nilai modul anda. 
    • Adakan “pilot test” untuk modul anda.
    • Penilaian meliputi pencapaian objektif, perlaksanaan dan keberkesanan 3M.
     Apa yang sering berlaku, ramai yang terus melompat ke “step” 5, iaitu memikirkan terus aktiviti tanpa memahami dengan jelas objektif serta kaedah yang sepatutnya. Ingat, perkara utama dalam penghasilan modul ialah kefahaman objektif yang jitu. Dari objektif lah baru dapat dikembangkan modul dengan lebih efisyen and efektif. Jadi, ingat modul, ingat "Gr8 Module Steps". Semoga modul anda lebih hebat dan berkesan. All the best, guys!

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

4 comments:

nef_ss8@yahoo.com said...

salam. jutaan t.kasih sy ucapkn krn mengajar bagaimana membina sebuah modul yg baik dan komprehensif di laman web saudara. selama ini sy tercari2 kerangka bgmna hendak mbuat modul yg lengkap, dalam bahasa malaysia. doa sy segala ilmu yg saudara muatkn secara percuma di sini akan diberkati dan diberi ganjaran yg membahagiakn hidup sdra. amin.

It's Me said...

ASSALAMUALAIKUM....
terima kasih atas info yg diberikan..

Bolehkah saudara berikan sumber rujukan bagi cara pembuatan modul??

Anonymous said...

Clicking Here buy valium united kingdom - types of generic valium

Anonymous said...

Boleh saya tahu apa beza antara modul dan silibus?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More