Sunday, 2 October 2011

Bongkar Motivasi: Apa Zikir Anda?

     Assalamualaikum..Sejak kebelakangan ini, begitu meriah seantero negara dengan program-program motivasi. Ada yang pasal marketing, transformasi diri, skil belajar dan macam-macam lagi bentuk program motivasi. Alhamdulillah, ini sangatlah bagus. Semuanya bertujuan menjadikan kita lebih hebat dalam hidup, selari dengan ajaran Islam yang hendakkan umatnya menjadi golongan manusia yang terbaik. 

     Di dalam kebanyakan program-progam seumpama ini, modul “mental script” sangatlah lazim ditampilkan. “Mental script” tu apa? Ala, senang cerita yang slogan-slogan tu, macam “I am the best!”, “I will attract more money”, “I am a genius” dan macam-macam lagi. Selalunya, bagi yang terlibat dalam marketing, mereka telah terbiasa dengan kata-kata seperti “I will attract more money”, “I will attract the right people”, “I will bring more customer” dan pelbagai lagi. Syaratnya, mesti mulakan hari anda dengan slogan terbaik, dan sentiasa melaungkannya. Tujuan? Mendatangkan fokus kita dan untuk memberi semangat.Malah, mengikut Law of Attraction, kita akan menarik segala yang positif dengan pemikiran positif. Maka, bersoraklah kita dengan slogan-slogan tersebut seiap hari, setiap ketika.
     Namun, sedarkah kita sebenarnya kaedah ini berasal daripada Islam dan telah lama diamalkan sejak zaman Rasulullah lagi? Yeke? Bukan pakar motivasi Barat ke yang menjumpai “mental script” yang diadaptasi daripada Law of Attraction? Tidak, dan sebenarnya sudah lama diamalkan umat Islam. Ia dikenali sebagai “zikir”. Rasulullah menganjurkan zikir, dan setiap ketika baginda berzikir. Begitu juga dengan para sahabat. Kemudiannya dipelbagaikan zikir dengan irama yang pelbagai oleh para ulama dan ilmuwan Islam, dan diseru sekalian umat Islam untuk sentiasa mengalunkan zikir-zikir ini setiap ketika, siang dan malam. Tujuannya? Sentiasa mengingatkan fokus kita bahawa hidup ini adalah untuk Allah.

     Sama bukan? Untuk sentiasa menyedarkan apa fokus kita. Jika kita sering “berzikir” “I love money”, berapa banyakkah dalam sehari kita berzikir “la ilaha illallah”? Jika sering membaca ikrar “I am the best” di skrin computer, berapa banyakkah kita membaca selawat ke atas Rasulullah? Jika kita sering menatap buku-buku motivasi Barat, berapa helaian Al Quran yang kita tatapi dalam sehari?
     Tidak salah kita mengamalkan “mental script” seperti itu, bahkan ia memberi kita lebih penumpuan terhadap kerja kita, tetapi jangan dilupa zikir kita yang sebenar.  Duit perlu untuk hidup, hidup perlu untuk Allah. Semoga anda akan terus dilimpahi rahmat-Nya, kaya dan bahagia.

Hustle up and Be GREAT!
Salam Transformasi daripada,

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More