Assalamualaikum.. “Banyaknya..Nak baca yang mana satu ni?”. Itulah ayat yang sering kali terdetik apabila kita selak
buku nak baca, Kan? Mula-mula dah
semangat nak belajar, tapi melihatkan tebalnya buku yang perlu dibaca, terus
lemah jadinya. Tambahan pula dengan deretan perkataan-perkataan, langsung patah
semangat. Silap-silap, tutup terus buku yang nak baca awalnya tadi.
Yang menjadi masalahnya kalau tak baca, tak boleh jawab
“exam” nanti. Tapi, kalau nak baca, terlalu banyak, akan ingat semua ke?
Masalah ni semakin bertambah runcing apabila pelajar semakin menghampir tarikh
peperiksaan. Nak habiskan semua bacaan dalam waktu yang singkat. Untuk itu, jom
ikuti tips belajar daripada WS berkenaan isu “Banyaknya..Nak Baca Yang
Mana Satu Ni?”
Baca Idea, Bukan Perkataan
Kebanyakan pelajar terkeliru bagaimana hendak ingat sesuatu
yang dibaca. Mereka sering menghafal terus ayat yang dipetik daripada teks
bacaan. Bukan tak boleh, tapi banyak yang nak diingat kalau macam tu.
Sebenarnya Yang banyak itu hanyalah perkataan tambahan, seperti “yang”, “dan”,
“dia”, “mulanya” dan banyak lagi perkataan lain. Yang merupakan isi penting
mungkin hanya beberapa perkataan sahaja.. Jadi, jika ayat seperti ini “Mat
Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah
menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. “, isi
sebenarnya hanyalah Mat Kilau matang dan disegani.. Jadi, baca idea, bukan
perkataan. Hafal idea, bukan perkataan atau ayat.
Baca Awal
Jika semua pembacaan nak disumbat sekaligus, memang terasa
banyak jadinya. Oleh yang demikian, amalkan bacaan berperingkat. Pepatah “sikit-sikit
lama-lama jadi bukit” amatlah sesuai menggambarkan idea ini. Pembacaan
sekaligus akan menyebabkan otak anda tidak mempunya masa yang cukup untuk
menyusun, memahami dan menyimpan apa yang anda baca. Bila terkejar dengan masa,
mulalah kalut dan stress. Faktor tekanan menjadi punca utama otak menghadapi
masalah menyusun, memahami dan menyimpan data anda. Maka, bacalah berperingkat,
dari awal tahun sehinggalah waktu peperiksaan, nescaya anda akan lebih mudah
faham, mudah ingat dan tidak tertekan.
Papan Cerita
Teknik ini menjadikan pembacaan anda lebih menarik dan
efektif. Melihatkan deretan perkataan-perkataan dalam buku teks Sejarah
umpamanya, membuatkan pelajar terasa bosan dan mengantuk. Apa yang boleh
dilakukan ialah menukarkan teks tersebut ke dalam bentuk papan cerita. Kan lagi
best? Contohnya, teks berkenaan pertarungan antara Rentap dan British di
Sarawak boleh diubah ke dalam bentuk kartun dan story board. Dengan cara ini, anda
tidak membaca dan menghafal perkataan tetapi mengingati cerita. Kan lagi senang
nak ingat cerita. Cubalah, best sangat jika belajar Sejarah dengan cara ini.
Subjek-subjek lain pun boleh juga. Serlahkan kreativiti anda!
Baca Peta Minda/Konsep
Salah satu cara untuk mengelakkan anda daripada membaca
banyak ialah memahami peta minda/konsep yang disediakan di setiap bab. Anda
mungkin tidak perlu membaca semua dalam bab tersebut kerana anda mampu
menjangkakan isi-isi yang akan ditemui apabila membaca kelak jika anda memahami
peta minda/konsep tersebut. Selain itu, tatkala anda membaca, anda menjadi
semakin faham dan mudah untuk belajar . Ini kerana anda hanya perlu menyambungkan
isi-isi daripada peta minda/konsep tadi sahaja. Ianya seperti anda telah siap
60% “jigsaw puzzle” anda, cuma nak masukkan kepingan-kepingan “puzzle” yang tertinggal
sahaja. Dengan ini, anda telah menjimatkan masa dan tenaga daripada membaca
deretan perkataan dalam bab tersebut.
Kesimpulannya, untuk berjaya dalam pembelajaran para pelajar
perlu belajar dan perlu belajar cara nak belajar. Mengetahui cara belajar yang
betul dan efektif dapat membantu menjadikan pembelajaran anda lebih berkesan.
Bila belajar dah berkesan, Insyaallah “result” pun gempak la jadinya.Jika para
pelajar mempunyai persoalan dan permasalahan tentang skil belajar, sudilah
berkongsi dengan WS di Jadi, WS ucapkan
All the best and Have fun studying!
Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,
3 comments:
Assalamu'alaikum. nk copy/paste blh x?
#pengetahuan.yg.sngat.jempol :)
thanks to WS for your this note.By the way,I like this blogger...
Post a Comment