Thursday, 18 October 2012

Kisah Bilik Tumpangan

     Assalamualaikum..Aik, macam pelik je bunyi posting kali ni. Dah lama tak post, tiba-tiba macam kontroversi je tajuk WS ni. Nampak je “bilik tumpangan” banyakla gambaran yang dibayangkan. Ops! Kisah bilik tumpangan ini bukan kisah bilik tumpangan yang selalu kita baca dekat akhbar-akhbar tu. Yang ini kisah bilik tumpangan seorang raja yang disinggahi oleh seorang wali Allah. Nak tahu apa yang jadi dalam bilik tersebut? Jom kita ikuti kisah kali ini.

 
     Dikisahkan seorang wali Allah telah pergi ke istana. Ketika beliau di dalam istana tersebut, beliau telah masuk ke dalam sebuah bilik. Terlintas di benaknya bilik yang dimasuki beliau adalah bilik tumpangan yang disediakan oleh raja untuk tetamu yang bertandang ke istana baginda. Beranggapan sedemikan, wali Allah tersebut tidur di dalam bilik tersebut untuk berehat.

     Tiba-tiba, beliau dikejutkan oleh pengawal istana. Belaiu yang terpinga-pinga diberitahu oleh pengawal istana bahawa mereka disuruh oleh raja untuk menangkap beliau. Lalu, wali Allah itu dibawa menghadap raja tersebut. Baginda kelihatan sangat marah dengan tindakan wali Allah tersebut dan berkata kepada wali Allah tersebut “Ini bukan bilik tumpangan, ini bilik tidur untuk raja!”

     Mendengar kata-kata raja tersebut, wali Allah tersebut dengan tenang mengajukan satu soalan kepada raja tersebut. “Siapa yang tidur di dalam bilik ini sebelum tuanku?” Raja tersebut membalas pertanyaan wali Allah tersebut “Sebelum aku tidur dalam bilik ini, ayah aku  yang tidur dan sebelum ayah aku ,datuk aku yang tidur di dalam bilik ini.”

     Wali Allah itu bertanya sekali lagi kepada raja tersebut, “Di mana mereka semua sekarang?” Raja tersebut berkata, “Semua sudah tiada, dah meninggal dunia.”Lantas wali Allah tersebut berkata, “Betullah ini bilik tumpangan, penginapnya semua duduk sementara sahaja, lepas dah tiada, orang lain pula akan masuk” Raja tersebut terdiam mendengar jawapan wali Allah tersebut. Selepas kejadian tersebut, baginda terus membebaskan wali Allah tersebut.

     Kesimpulannya, usahlah kita terlalu obses dengan apa yang kita miliki. Kereta besar, rumah besar, pangkat besar, gaji besar, “handphone” besar, semuanya diperlukan untuk hidup tetapi bukannya matlamat utama kita menjalani kehidupan. Berpada-padalah mengejar kemewahan duniadan besederhanalah mencintai kebahagiaan dunia. Ini kerana segala-galanya hanyalah sementara dan dunia yang kita duduki sekarang ini sekadar tumpangan. Ingat, keperluan untuk hidup, bukan hidup untuk keperluan.

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

2 comments:

Lenggang Kangkung said...

kisah yang bagus mesejnya..

Anonymous said...

This school calendar year Miami Colleges Red Bottom Shoes is opening four new colleges and several new facilities to cope with increased pupil enrollment for your 2006-2007 school year. The new colleges will cater to elementary, middle and high school college students. This pair of christian louboutin slingbacks is fresh and bright.Its unquie colour make you a deep imagination to others.If you love it,go to the get it.Here is a reasonable price. [url=http://www.cheapchristianlouboutinshoesuk.com/index.php?main_page=product_reviews_info&products_id=5&reviews_id=31]Reviews: Authentic Christian Louboutin Shoes|Christian Louboutin 120mm Rolando Platform Pumps Gold With Free Shipping[/url]

others-like baseball
followers
, serious
and
appeared

Shop for good value Red Bottom Shoes from certified Christian Louboutin Store now with Speedy Distribution, Safe and sound Payment & Incredible Customer Care at

Please visit it:http://www.cheapchristianlouboutinshoesuk.com/christian-louboutin-bourge-100mm-black-leather-boots-cheap-73.html

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More