Showing posts with label lifestyle tips. Show all posts
Showing posts with label lifestyle tips. Show all posts

Friday, 25 November 2011

GREAT Parenting: Ajar Anak Menabung, Jadikan Impian Satu Kenyataan.

     Assalamualaikum.. Kanak-kanak sekarang punyai wang yang banyak. Masakan tidak jika duit poket sekolah sehari RM5. Tambah dengan duit raya, lagi banyak daripada ibubapanya. Yang menjadi masalah ialah wang tersebut tidak tahu ke mana perginya. Yang kita tahu, duit itu habis setiap kali balik sekolah. Maka, seharusnya mulai sekarang ibubapa peka dengan pengurusan wang anak-anak. Pepatah Melayu mengatakan “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya.” Pembentukan nilai positif dalam pengurusan wang seharusnya diterapkan daripada kanak-kanak lagi.
     Antara kaedah mengurus kewangan bijak adalah menabung. Bagaimana nak menggalakkan anak untuk menabung? Prinsip yang bakal menggalakkan lagi kanak-kanak menabung ialah merealisasikan impian. Impian atau matlamat yang terlaksana akan mendorong kanak-kanak lebih galak menabung. Ini kerana mereka dapat melihat bahawa usaha tabungan mereka bukanlah sia-sia, tetapi sesuatu yang mendatangkan hasil. Untuk itu:
  1. Bantu mereka senaraikan impian mereka
  2. Tulis setiap impian mereka berserta corak, warna, gambar dan pamerkan di tempat yang selalu mereka lihat.
  3. Senaraikan anggaran kos untuk setiap satu impian mereka.
  4. Sediakan anggaran masa dan tarikh  bakal tertunainya impian tersebut.
  5. Senaraikan jumlah yang perlu disimpan setiap hari.
  6. Sediakan jadual dan buku log untuk ditanda setiap kali mereka menabung.
  7. Tiba waktunya, raikan usaha mereka dengan menunaikan impian mereka. 

     Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi kehidupan kanak-kanak kini dikelilingi wang. Mereka sudah didedahkan dengan nilai wang semenjak awal lagi. Justeru, mereka harus dibiasakan dengan budaya kewangan yang positif, salah satunya ialah menabung. Kelak, ini akan membentuk tabiat positif dalam pengurusan kewangan bila mereka dewasa. Semoga mereka berjaya menguruskan wang mereka. All the best, guys!

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Tuesday, 22 November 2011

Waktu Tidur Dan Bangun Anda Pengaruhi Berat Badan

     Assalamualaikum..Berat badan berlebihan atau obesiti di kalangan kanak-kanak di Malaysia semakin serius. Tahap seriusnya isu ini boleh dinilai dengan pelbagai kenyataan akhbar dan gesaan oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan mengenai kesedaran dan kawalan gejala ini. Antaranya, mengatur "standard" pemakanan sihat di kantin-kantin sekolah. Tetapi, bukan pengambilan makanan sahaja yang menjadi faktor obes di kalangan kanak-kanak. Percayakah anda yang waktu anda tidur dan waktu anda bangun daripada tidur sebenarnya mempengaruhi berat badan?
     Satu kajian telah dilakukan oleh  University of South Australia yang meneliti waktu tidur, waktu bangun 2,200 kanak-kanak berumur 9 hingga 16 tahun termasuk berat badan dan cara mereka menghabiskan masa mereka selama 4 hari. Sebelum ini, terdapat kajian yang menyatakan bahawa kekurangan jam tidur menyebabkan risiko berat badan berlebihan atau obes. Namun, kajian kali ini mendapati semua kanak-kanak mempunyai jumlah jam tidur yang sama. 

     Bezanya adalah kesan masa tidur dan bangun mereka pada berat badan dan jumlah aktiviti fizikal. Perbezaan masa tidur dan bangun tidaklah terlalu dramatik kerana hanya perbezaan 70 sehingga 90 minit bagi yang tidur lewat, dan bangun 60 hingga 80 minit lewat daripada mereka yang tidur awal.
     Kajian ini mendapati bahawa kanak-kanak Australia adalah lebih kurus dan aktif sekiranya mereka tidur awal dan bangun awal. Sebaliknya, kanak-kanak yang bangun lewat adalah 1.5 kali ganda menjadi obes, iaitu dua kali ganda untuk menjadi kurang aktif, 2.9 kali ganda akan melekat di hadapan skrin, baik computer mahupun televisyen berjam-jam lamanya berbanding mereka yang bangun awal pagi. Kajian ini diterbitkan pada isu “SLEEP” pada 1 Oktober yang lalu.


     Meneliti kenyataan kajian di atas, seharusnya kita lebih peka dengan waktu tidur dan bangun kita dan juga anak-anak kecil. Mencegah gejala obes adalah antara langkah menjadikan masyarakat Malaysia masyarakat yang sihat. Apabila badan sihat, produktiviti meningkat, KEHEBATAN dapat dihasilkan. Ayuh, corak kembali waktu tidur dan bangun yang lebih HEBAT!


Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Tuesday, 15 November 2011

Bila Hacker Beri Motivasi: Cara "Install" Love Dalam Diri Anda

Hacker: Ye, boleh saya bantu cik?

Pelanggan: Saya nak “install” Love. Boleh tolong saya?

Hacker: Oh, takda masalah. Cik dah bersedia?

Pelanggan: Rasanya. Saya takla pandai sangat tentang perkara teknikal ni. Jadi, langkah pertama?

Hacker: Langkah pertama klik “open” Heart. Cik dah jumpa Heart?

Pelanggan: Dah "open". Tapi,ada beberapa program lain sedang “run”. Ok ke kalau “open” Heart sementara program-program lain tengah “running”?

Hacker: Program apa yang tengah “running” tu cik?

Pelanggan: Ada program Past Hurt, Low Self-Esteem, Grudge dan Resentment yang tengah “running” sekarang.

Hacker: Oh, takda masalah cik. Love akan “delete” Past Hurt daripada  OS cik sekarang. Ia mungkin kekal di memori cik tetapi takkan mengganggu program-program lain. Love akan  “override” Low Self-Esteem dengan modulnya sendiri yang dikenali High Self-Esteem. Tapi,cik kena “turn off”  Grudge dan Resentment. Kedua-dua program ini akan halang untuk "install" Love dengan lancar. Boleh cik “turn off” dua-dua program ni?

Pelanggan: Saya tak tahu cara nak “turn off” kedua-duanya? Macam mana caranya?

Hacker: Cik pergi ke Start Menu dan klik Forgiveness. Ulang langkah ini sehingga Grudge dan Resentment dipadam semuanya.

Pelanggan: Ok, dah! Ada mesej. “Love is installing automatically”. Ini normalkan?

Hacker: Ye,cik. Tapi ini baru program asas. Untuk “upgrade”, cik perlu “connect” dengan Heart orang lain. Love ni adalah “freeware”, cik. Jadi, cik bolehlah selalu “install” Love dalam Heart cik.

Pelanggan: Saya dah rasa semakin bahagia sekarang. Alhamdulillah. Terima kasih.

Hacker: Sama-sama cik.


Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Saturday, 12 November 2011

Lelaki Ucap Maaf Boleh Membuat Jantung Wanita Sihat

Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan dua kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi anda perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah anda bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan ikhlas dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafazkan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.

Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat ‘bekerja’. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Jadi,sayangilah pasangan anda. Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.


Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Wednesday, 9 November 2011

“Top up” Masa Anda

     Assalamualaikum..24 jam satu hari. 7 hari seminggu. 30 hari sebulan. 365 hari setahun. Bermakna dalam setahun kita mempunyai 8760 jam. Betulkan WS kira tu? Hehe. 8760 jam, wah banyak masa tu untuk kita. Banyak ke? Kalau banyak, kenapa ramai yang merungut tak cukup masa. Bila lewat hantar “assignment” sebabnya tak cukup masa. Bila lewat siapkan “filing” sebabnya tak cukup masa. Bila lambat siapkan tugas sebabnya tak cukup masa. “Rasa tak cukup 24 jam sehari.” Betul ke tak cukup?  Jika tak cukup, jom “top up” masa anda.
     Ingat kembali, dalam sehari berapa banyak masa kita digunakan untuk menunggu orang? Tunggu kawan, tunggu bos, tunggu anak keluar sekolah, tunggu bas, tunggu makanan sampai, tunggu "family" bersiap. Banyaknya kita menunggu dalam sehari. Apabila kita menunggu, berlakulah pembaziran masa. Jika setiap kali menunggu adalah 5 minit, sudah berapa banyak masa tu? Sebenarnya, masa yang dibazirkan inilah sepatutnya menjadi masa “top up” anda. Anda boleh melakukan tugas-tugas anda sewaktu menunggu ini.

      Boleh ke siap semua tugas anda dengan waktu yang pendek ini? Boleh! Jika dilihat kembali pada senarai tugasan anda, sebenarnya banyak tugasan anda boleh dibahagikan pada bahagian-bahagian kecil. Dan, bahagian-bahagian kecil inilah yang boleh dibuat ketika waktu menunggu. Biarpun sedikit, sekurang-kurangnya tugasan semakin ringan. Antara contohnya ialah:
  • Semak penulisan (Proofreading)
  • Tanda kertas peperiksaan
  • Panggilan telefon
  • Kemas meja
  • “Quick study”
  • Baca surat, surat khabar
  • Bersihkan inbox hand phone, email
  • Kemas kini baki akaun
  • Semak “to do list”
  • Makan
  • Lipat baju
  • Rehat, dan banyak lagi perkara-perkara yang boleh anda lakukan. 
     Jika diteliti, perkara-perkara di atas adalah antara perkara yang tak sempat kita lakukan dek kekangan tugas dan kesuntukkan masa. Jadi, gunakanlah masa anda dengan bijak. Anda bukan sahaja mempercepat tugas anda bahkan “menambah” masa anda dalam sehari. Gunakan masa menunggu untuk “top up” masa anda. All the best, guys!

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Get Up, Not Give Up, Guys!

     In life, it is not about how hard you can get hit. It is about how hard you can get hit and keep moving forward. It is about how many times you fall and still get up. Tons and tons of people are giving up their dreams and their goals everyday. Do not let this happen to you. So stop pointing fingers blaming other people or giving lousy excuse when you fail. Cowards do that and that is not you. You know you are better than that. So now you know how much you are worth, go out and get what you are worth!
     In fact, if you read the success story of Sylvester Stallone, you will notice that he is actually adopting this principle in his own life. He is someone who just refuses to give up. He gets hit so many times but still he get up and keep moving forward. He is the true winner.
Click the picture to watch the video

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Tuesday, 8 November 2011

Tanya@Warkahsiber: "Ada Tips Untuk Jadi Pekerja Yang Bersistematik"

     Assalamualaikum..Wah, lama juga WS tidak mengemaskini Laman Motivasi #1 Anda ini. Seribu kemaafan daripada WS buat semua pengunjung WS. Biasalah, nak raya, sibuk skit. Hehe. Jadi, hari ini, WS ingin menjawab satu pertanyaan di Tanya@Warkahsiber berkenaan kerja yang sistematik. Seorang pengunjung hebat WS telah bertanyakan “Keje tengah melambak2 ni...ada tips untuk jadi pekerja yang bersistematik...”. Ha, buat semua pekerja di luar sana dan pengunjung yang bertanya, ini khas untuk anda.
     Untuk lebih sistematik, amalkan 5S dalam pengurusan kerja seharian anda. Baik kerja di sekolah, di pejabat mahupun di rumah, ini tips hebat untuk anda:
  1. Set minda: Jika anda ingin lebh bersistematik, set minda anda untuk itu. Ini adalah langkah pertama yang paling penting. Anda tidak akan melakukan perkara yang anda tidak fikirkan. Jadi, mulai hari ini, sentiasa set minda anda untuk bekerja lebih sistematik dan sentiasa ingatkan diri anda dengan nota-nota di sekeliling anda. Lama kelamaan, anda akan terbiasa untuk bekerja dengan sistematik dan menjadi tabiat anda. Ingat, tabiat boleh dibentuk,dan permulaannya bermula dengan pembentukan minda.
  2. Senaraikan hasil: Jangkakan apa keputusan yang akan anda dapat sekiranya sesuatu tugas selesai dilaksananakan. Memikirkan keputusan ataupun hasil nyata membuat kita lebih bersemangat untuk menyelesaikan sesuatu tugas berbanding memikirkan tugas yang perlu dilakukan. Contohnya, “20 buah buku latihan habis diperiksa” ataupun “Kereta aku bersih” berbanding “20 buah buku perlu diperiksa” atau “Perlu membersihkan kereta”. Yang mana lebih melegakan?
  3. Senaraikan tugas: Setelah menyenaraikan hasil anda, barulah senaraikan apa yang perlu dilakukan untuk mencapai hasil-hasil tersebut. Bermula dengan penamat akan membantu anda lebih teliti menyenaraikan tugas-tugas yang perlu dilakukan kerana sudah jelas matlamat anda. Jika tidak jelas matlamatnya,anda mungkin terlepas pandang perkara penting dan menfokuskan kepada perkara yang tak sepatutnya kerana tidak tahu yang mana akan menyumbang kepada matlamat anda. Akhirnya? STRESS!
  4. Susun ruang anda: Pastikan ruang kerja anda selalu teratur. Ini bukan sahaja memudahkan perlaksanaan tugas, bahkan “meringankan” mata memandang. Bayangkan anda baru sahaja diberi tugasan baru oleh bos, dan sekembalinya anda ke meja anda, barang-barang anda tidak tersusun elok, memuncaklah “tension”. Sudahlah tension kena siapkan tugas yang baru, lagi semak perut tengok tempat berserabut. Maka, berserabutlah hidup. Untuk ini, cuba “google” “5S Technique”, anda akan menjumpai teknik pengurusan ruang hebat oleh seorang professor Jepun.
  5. Selalu “KISS”: Bukan cium kerja anda, tapi “Keep it short and simple”. Jika ada pilihan di antara yang “simple” dengan yang kompleks, pilihlah cara yang “simple”. Ingat, cara yang kompleks akan diikuti oleh proses yang kompleks yang memakan masa dan memerlukan kerja yang lebih. Jika dapat diselesaikan dengan KISS, usah bebankan diri anda lagi.
     Ha, macam mana? Dengan panduan ini, WS berharap segala kerja yang dilakukan anda akan lebih sistematik dan efisyen. Anda pekerja yang HEBAT, bertambah HEBAT dengan sistem kerja yang HEBAT. All the best, guys!

Buat pengunjung-pengunjung Laman Motivasi #1 Anda, sekiranya anda mempunyai persoalan untuk diajukan kepada WS, klik Tanya@Warkah. Insyaallah, persoalan anda akan mendapat respon daripada WS. 

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Wednesday, 2 November 2011

Tidur Orang HEBAT

     Assalamualaikum..Orang kata “Hari yang indah, bermula dengan tidur yang indah”. Betul ke? Yup, sangat-sangat betul. Selalu kita dengar, untuk tidur dan rehat yang cukup, hendaklah kita tidur 6-8 jam mengikut umur. Bagi mereka yang dewasa, dinasihatkan tidur 6 jam. Tapi, ramai je yang lebih masa, tambah-tambah bila cuti “weekend”. Mau tengah hari baru bangun. Opps, yang itu WS takde komen.hehe. Untuk kali ini, kita akan berbincang mengenai kualiti tidur yang mempengaruhi kualiti hidup. Yang bakal menjadi pangkal perbincangan bukanlah jumlah jam yang kita tidur, tetapi posisi kita tidur.
     Kebiasaannya, ada 4 posisi tidur yang digemari manusia. Tidur meniarap, tidur menelentang, tidur mengiring sebelah kiri dan tidur mengiring sebelah kanan. Ada posisi lain lagi? Yang itu WS tak tahu pulak. (Teringat filem Seniman Bujang Lapok, Ajis tidur menonggeng. Hehe.) Setiap posisi ini mempunyai kesan terhadap kualiti tidur kita.
  1. Tidur Meniarap: Tulang belakang kita akan menghalang otot dada berkembang semasa menarik dan menghembus nafas. Kesannya, bakal mengakibatkan paru-paru dan otak kekurangan oksigen.
  2. Tidur Menelentang: Posisi yang paling popular, namun ramai tidak menyedari posisi ini menyebabakan otot rahang merenggang dan mulut akan sentiasa terbuka. Kesannya, oksigen akan disedut melalui mulut bukannya hidung menyebabkan penyedutan udara tanpa bertapis. Memungkinkan penyakit serta jangkitan kuman pada paru-paru. 
  3. Tidur Mengiring Sebelah Kiri: Posisi ini akan membuatakan jantung yang berada di sebelah kiri tertindih oleh paru-paru yang lebi besar. Ini akan melemahkan denyutan jantung serta berbahaya bagi mereka yang mempunyai sakit jantung. 
  4. Tidur Mengiring Sebelah Kanan: Posisi ini adalah posisi yang terbaik untuk memastikan kualiti tidur yang maksimum. Bahkan, Rasulullah juga berpesan, “Apabila kamu hendak tidur, ambillah wuduk sepertimana kamu hendak menunaikan solat, kemudian berbaringlah dengan mengiring ke sebelah kanan.” 
      Tidur yang berkualiti bakal menjadikan permulaan hari yang hebat. Ingat, anda tidak akan memenangi hari anda dengan kehebatan andai permulaan anda tidak hebat. Jadi, hebatkan kualiti tidur anda, hebatkan prestasi anda. A GREAT day starts with a GREAT sleep. All the best, guys!

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Monday, 31 October 2011

De-stress? Tips Nabi

     Assalamualaikum..“Tensionnya hidup! Ada saja masalah yang  timbul!” “Poket kering ni.” “Aduh, duit tak cukup ni.” “Menyusahkan betul ada kawan macam ni!” “Fail lagi!” Keluhan yang sering kedengaran di kalangan kita. Masalah kewangan, tempat kerja, persahabatan dan perhubungan membuatkan kita murung dan tertekan. Maka, terlintaslah di benak, tidakkah hidup ini punyai nikmat kesenangan?
     Dalam mendepani segala cabaran hidup dan tekanan yang memuncak, Rasulullah telah berpesan kepada umatnya dengan sabda Baginda: “Bukan daripada golongan kami orang yang menampar-nampar pipi, mencarik-carik pakaian dan mengeluarkan kata-kata jahiliah (apabila ditimpa musibah)”. 

 
     Ini adalah antara tindakan biasa kita tatkala berlaku kesulitan. Sangatlah lazim ucapan “F***!”, “B*** S***”, dan sebagainya terpacul dari mulut kita pabila kenyataan meleset daripada yang dirancangkan. Itu baru yang English, belum lagi disenaraikan yang Bahasa Melayu punya. Tetttttt!! Berlambak-lambaklah perkataan yang kita dengar. Tak kurang juga yang menendang-nendang, menumbuk dan pelbagai kelakuan lain sebagai manefestasi kemarahan kita.Akhirannya, ada yang sampai membunuh diri dek tak tertahan tekanan yang memuncak. 
     Perit dan tertekan, itu diakui. Namun, haruslah kita menerima segala kepayahan dengan cara yang lebih Islamik tatkala tercatat di I.C  sebagai Muslim. Mulai hari ini, ingatlah pesan “de-stress” Rasulullah ini. Baik apa jua cabaran serta kemarahan kita, jangan sesekali mengabaikan pesan Rasulullah, agar kita tergolong dalam kalangan umat yang dikasihi Baginda. 


     Yakinlah dengan janji Allah di dalam Surah al Insyirah ayat 5-6: “Kerana sesungguhnya sesudah  kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” . Sesungguhnya hidup ini tidak sunyi daripada ujian dan dugaan. Terpulang kepada kita untuk mencorak hidup kita. Live a GREAT life, guys!

Buat pengunjung-pengunjung Laman Motivasi Anda, sekiranya anda mempunyai persoalan untuk diajukan kepada WS, klik Tanya@Warkah. Insyaallah, persoalan anda akan mendapat respon daripada WS.

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,
 

Saturday, 29 October 2011

Tanya@Warkahsiber: "Dia Lebih Minat Memancing Dan Basikal"

     Assalamualaikum..Kali ini, WS berbesar hati untuk menyiarkan satu respon hebat yang diemailkan oleh seorang penulis tamu kepada WS. Respon beliau berkenaan persoalan "Macam mana nak dorong anak lelaki umur 12 tahun untuk fokus pada pelajaran..Dia lebih minat memancing dan basikal..." yang dikemukakan oleh seorang pengunjung di Tanya@Warkahsiber. Jom kita baca pendapat beliau.

     "Bismillahhirrahmanirrahim..Pertamanya saya mengucapkan tahniah kepada puan kerana begitu prihatin dengan pembelajaran anak- anak. Sudah pasti tiada ibu bapa yang rela melihat kemunduran dan kegagalan anak mereka. Izinkan saya berkongsi idea dan pandangan terhadap persoalan puan.

     Umumnya murid- murid seusia ini masih berada pada zon bermain di mana mereka lebih gemar untuk bermain daripada melakukan ulangkaji. Ada juga di antara murid- murid yang mengimpikan hiburan dalam belajar dalam erti kata lain, mereka mahukan pembelajaran yang menyeronokkan melalui permainan dan sebagainya. Montessori, seorang tokoh pendidikan menekankan bahawa ketika anak bermain, ia akan mempelajari dan menyerap segala sesuatu yang terjadi dalam lingkungan persekitarannya. Oleh itu, permainan juga merupakan suatu pembelajaran bagi kanak- kanak.

     Pertamanya, saya mencadangkan agar puan mendalami minat anak puan dan menerapkan unsur pembelajaran ketika anak puan melakukan aktiviti- aktiviti tersebut. Bak kata Milo, “Play More, Learn More”. Saya menyarankan agar puan melakukan aktiviti tersebut bersama- sama dengan anak puan sebagai langkah pertama menyemai minat belajar beliau. Apabila melakukan aktiviti tersebut bersama- sama, saya cadangkan untuk puan mengaitkan aktiviti tersebut dengan pelajaran yang dipejarinya. Secara tidak langsung, aktiviti tersebut menjadi sesuatu yang bermanfaat dan memberikan pengetahuan dan aplikasi secara tidak langsung.

     Saya beri satu contoh melalui aktiviti memancing. Melalui aktiviti sebegini, puan boleh mengaitkan aktiviti tersebut dengan pelajaran sains sebagai contoh hidupan akuatik. Puan boleh mengemukan soalan dalam bentuk perbualan tanpa disedari oleh si anak bahawa dia sedang mengulangkaji pelajaran. Sebagai contoh, Bagaimana ikan bernafas? Apabila si anak menjawab “insang”, maka secara tidak sedar, puan telah membantunya mengulangkaji pelajaran sains. Begitu juga dengan matapelajaran yang lain.

     Selain itu, wujudkan suasana dan mood yang ideal terlebih dahulu. Jangan jadikan aktiviti tersebut sebagai aktiviti yang formal sehingga menyebabkan si anak menjadi tertekan dan mood untuk menjalankan aktiviti yang digemarinya akan hilang. Dengan ini pemikiran anak akan dilaraskan kepada faktor positif yang sekaligus akan menimbulkan dasar yang menyenangkan. Apabila kanak- kanak mula positif dengan pembelajaran, maka kanak- kanak tersebut akan mengalirkan rasa gembira terhadap pembelajaran.

Semoga perkongsian ini mampu memberikan puan idea bagi mengatasi masalah yang dihadapi.

-Trainer Maya-"

Ha, macam mana? Buat pengunjung-pengunjung Laman Motivasi Anda, jika anda mempunyai persoalan, kunjungi Tanya@Warkahsiber. Insyaallah, WS akan menjawabnya.


Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,
 

Thursday, 27 October 2011

Irfan Khairi: Informasi & Teknologi Mengubah Perniagaan- AWAS!

     Assalamualaikum..Sememangnya informasi dan teknologi banyak membantu perniagaan secara positif. Tetapi, ada juga kalanya di mana informasi dan teknologi memberi kesan negatif kepada sesuatu perniagaan. Contohnya:
  • Ketika awal 2000, antara perniagaan Internet saya yang pertama adalah menjual “Peta Malaysia”. Mungkin anda ada terbaca di buku, majalah atau akhbar tentang kisah saya ni. Tetapi, dengan bertambahnya teknologi maklumat, sekitar 2006-2007, dengan adanya peta-peta online termasuk Google Maps, perniagaan “Peta Malaysia” pun turut berkurang. Tak mengapa, rezeki ada di tempat lain =)
  • Baru-baru ni, sebuah syarikat di US “Netflix” yang menjalankan konsep sewa DVD melalui pos mengalami kesukaran. “Netflix” telah menyebabkan syarikat sewa VHS/DVD yang top di US bernama “Blockbuster” gulung tikar. Tetapi, kini, “Netflix” pula bersemuka dengan keadaan gulung tikar apabila teknologi membolehkan pelanggan download/streaming movies yang mereka ingin tonton. Awas… bila-bila masa perniagaan kita juga boleh dalam keadaan ini.
  • Kita semua kenal syarikat “Kodak” bukan? Dulu-dulu zaman sebelum digital kamera, kita mencari kodak. Kalau tak cukup kodak, kena pergi kedai kodak. Kalau kodak habis, dah tak boleh ambik gambar =) Hari ini, Kodak pula berhadapan dengan keadaan muflis. Nama yang GAH satu hari dulu dalam bidang fotografi, kini tinggal kenangan (macam kenangan dalam gambar kodak) =) Teknologi membolehkan gambar disimpan dalam SD disk sahaja… tak perlu lagi kodak. Kalau dulu paling banyak pun 36 keping gambar boleh ambil dengan satu filem kodak. sekarang, 3,600 gambar digital pun boleh lagi!
     Dalam perniagaan kita perlu ada plan B. Perniagaan boleh bertukar pada bila-bila masa sahaja. Sememangnya kita perlu fikir positif sahaja untuk perniagaan kita, tetapi, fikir juga, implikasi teknologi dan maklumat yang negatif seperti di atas.
     Alhamdulillah, saya sendiri menjalankan banyak perniagaan dan mempunyai beberapa Plan B dalam perniagaan. Bila satu perniagaan kurang permintaan, insyaalah ada perniagaan lain yang dapat membantu. Renung-renungkan ya! 


Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Video: Caring Doesnt Depends On Age, It Depends On The Heart

Click on the picture to watch the video.

Start you GREAT day with LOVE, and you will LOVE your day..Have a GREAT day, guys!..=)..

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Tuesday, 18 October 2011

7 PowerPoint Deadly Don’ts

     Assalamualaikum..In past, when we talk about presentation, it is always about business presentation. Nowadays, presentations are not only for business means, also in education. Current syllabus of education be it in schools, colleges and universities envelope presentation as part of the marking scheme. There are some portions of marks allotted for presentation. Therefore, teachers and lecturers are deemed to have presentation by students throughout the semester.
     The most popular presentation media is Microsoft PowerPoint. To work out your presentation with PowerPoint, mind these 7 PowerPoint Deadly  Don’ts:
  1. Don’t use illegible/unreadable font and colour combination. (Red on Black, you are so gothics!)
  2. Don’t just write up what you are saying. Put just your main points.  (It’s you who do the talking, not the slides)
  3. Don’t put too much text on the page. 
  4.  Don’t use distracting effects such as fancy animations and transitions. (It’s not about your PowerPoint skills, it’s about your presentation skill!) 
  5.  Don’t talk to the screen. (They can’t hear you, though!) 
  6.  Don’t be totally reliant on your PowerPoint. Have back up plans if technology fails. Eg: Play a game and summarize your points based on that game. 
  7. Don’t forget to bring your pendrive. (I’m serious!)
Mind these Don’ts, and you will have a GREAT presentation. And also, be confident! Wishing you all the best in your GREAT presentation.

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Wednesday, 5 October 2011

Jom, Chillax! - Part 3

     Assalamualaikum.. Bagi mereka yang baru mengikuti, kunjung dulu ke Jom, Chillax! 1 dan Jom Chillax 2. Kali ini, Jom Chillax akan membawa anda relaks seketika daripada tugasan anda dengan sedikit humor. Kita jelajah dunia untuk lihat "sign board" yang "pelik". Nak tahu? Hehe..Jom kita chillax!

Sedikit ketawa bakal meredakan segala tekanan anda. Ingat, ketawa penawar duka. Bahkan, ketawa juga memberi semula tenaga anda untuk mendepani tugasan harian anda. How to de-stress? Laugh out loud! Jumpa lagi di Jom Chillax berkutnya. Chillax, guys!

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Tuesday, 4 October 2011

Irfan Khairi: Psikologi Perniagaan Pusat Membeli Belah

     Bila kita masuk pusat membeli belah, berbagai-bagai psikologi perniagaan digunakan untuk menarik pembeli. Dari harga, muzik yang dimainkan, lokasi produk telah dirancang dengan rapi untuk menarik emosi pembeli untuk membuat belian. Perasan tak anda antara psikologi perniagaan termasuk:
  1. Produk-produk yang kecil seperti gula-gula, majalah, diletakkan disebelah kanan kaunter bayaran- hanya kerana kebanyakan antara kita cenderung menggunakan tangan kanan. Lokasi produk2 kecil ini di kaunter memudahkan kita membelinya dengan tidak fikir panjang dan terus mencapainya- penambahan belian kecil RM2 dari seorang pelanggan boleh menjadi RM2juta untuk setiap pelanggan di semua cawangan pasaraya!
  2. Muzik-muzik yang dimainkan seringkali muzik berunsur gembira dan popular untuk menaikkan mood pelawat supaya turut bergembira. Bila pelawat gembira, maka lebih mudah dan banyak belian dilakukan! Begitu juga dengan gambar-gambar orang/keluarga gembira digunakan di sekeliling pasaraya- menarik psikologi orang untuk turut gembira.
  3. Harga produk sering kali tidak dibulatkan ke jumlah puluh terdekat supaya nampak murah seperti - RM29.90 dan bukan RM30.00. Ini menggalakkan belian.
     Apa lagi psikologi perniagaan/pasaraya yang anda perasan? Kongsikan di sini…
* Dipetik daripada:http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/psikologi-perniagaan-pusat-membeli-belah/

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

Tuesday, 8 February 2011

Upcomming Programme: Anaku Hebat! Anakku Soleh!

Assalamualaikum,

Hope you guys are doing great as always.

Just to share with you guys latest upcoming programme organized Telaga Biru Training & Consultancy which focusing on the values of parenthood and family development. A sustainable family institution is the key to the developmental growth of the nation. For further details do contact our office at 03-6275 4459.



Best Regards,
MOHD IKHWAN MOHD JAMIL
08 Feb 2011,
9.26 pm

Tuesday, 25 January 2011

PRESEVERANCE


Assalamualaikum and peace be upon you all.

We all have experience facing though challenges and difficulties. It what makes us into what we are today. The only thing that different is the mean and way of how we manage to overcome those challenges. Success can only be truly appreciated if one has experience failure. Failure teach us to push ourselves forward. Failure teach us to to understand the big concept of things. Failure make you see thing from different angle. So, don't feel down when you are in the dump, it is part of the learning process that will become the milestone for your success. Stepping stone for your great legacy.

Everyone has an equal change of being success. Only those who put some extra effort, struggle extra hard, and learn extra careful will stand out from the crowd. Be the one who manage to grab this opportunity and shine above all others. But remember, the road to success and victory is never smooth and easy rather thorny and dangerous. Perseverance in your endeavor guide you to the path of victory.

CHAMPIONS ARE NOT THOSE WHO NEVER LOSE....
THEY ARE THOSE WHO NEVER QUIT...

Best Regards,
MOHD IKHWAN B MOHD JAMIL
07.35pm
25 JAN 2011

Tuesday, 11 January 2011

Pick of the week

Assalamualikum,

This week my pick of the week book is Mukmin Professional wrote by Ust. Pahrol Mohamad Juoi, published by Telaga Biru Sdn. Bhd. The best resource for personality development shaped through Quranic teaching. The must have book for those who wanted to experience the Islamic way of life.

Best Regards,
MOHD IKHWAN B MOHD JAMIL
11-JAN-2011
10.31 PM

Sunday, 9 January 2011

Cerita Anak Gajah

Assalamualaikum,

Moga kalian semua sentiasa sihat dan bermotivasi selalu. 

Untuk post kali ini, saya ingin berkongsi satu cerita dengan para pembaca semua tentang ketabahan itu rahsia utama kejayaan.

Anda pasti pernah melawati taman haiwan atau lebih dikenali sebagai Zoo. Semangnya di sana terdapat pelbagai spesis haiwan dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya dan di antara haiwan yang sering menjadi tarikan utama adalah Gajah. Apa yang dapat anda perhatikan pada kaki gajah tersebut? Ya! dirantai dengan rantai besi. Pastinya ramai yang merasakan kasihan namun mengapa gajah itu terbelenggu walaupun pada hakikatnya ia mampu memutuskan rantai tersebut?

Kisahnya bermula ketika gajah itu masih kecil lagi. Ketika masih kecil, ia telah dirantai kakiknya. Rantai itu menghadkan pergerakkan anak gajah itu. Anak gajah itu cuba menarik rantai besi tersebut, namun setiap kali dicuba pastinya mendatangkan kesakitan. Ditarik tentu sakit. Itulah pemikiran yang terbentuk di minda anak gajah tersebut sepanjang proses tumbesarannya. Hinggalah mencapai usia dewasa, pemikiran tersebut masih bertungjang di fikirannya. Akhirnya, anak gajah tersebut itu terus dibelenggu oleh rantai tersebut sepanjang hayatnya. 
Hakikatnya, hidup ini sememangnya penuh dengan cabaran dan dugaan. Setiap individu di antara kita mempunyai jalan cerita masing-masing yang tersendiri, segalanya terpulang kepada diri kita sendiri bagaimana untuk menempuh rintangan dan cabaran tersebut. Jangan mudah menyerah kepada cabaran mendatang, pastinya ia adalah sukar, susah dan penuh dengan kesakitan, namun segalanya hanyalah sementara. Hanya ketabahan dan kegigihan sahaja mampu menjadi pemacu utama ke arah kejayaan. Lance Amstrong seorang jaguh lumba basikal dunia, beliau sebenarnya disahkan mengidap Kanser Testis, namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berlumba. Bayangkan mengayuh basikal dengan Kanser Testis! Beliau pernah mengatakan, "Kesakitan itu hanyalah sementara.." Cara mudah untuk menghadapi segala cabaran mendatang, adalah menjadi proaktif dalam pemikiran dan perbuatan. 

Kita selalu menyangka dugaan hidup kita amatlah teruk, namun tanpa kita sedari diluar sana masih lagi ada mereka yang lebih bersusah payah. Namun mereka mampu untuk terus berdiri malah melakar kejayaan yang amat bermakna dalam hidup. Segalanya terpulang kepada kehendak dan ketabahan seseorang itu. Justeru, jangan mudah mengalah walau apa jua datang menghalang, tabahkan hati dan tekadkan azam untuk terus cemerlang. Hidup anda adalah ketentuan anda sendiri.

Hustle up and be GREAT!

Best Regards,
MOHD IKHWAN B MOHD JAMIL
10.36 PM
09-JAN-2011

Monday, 27 December 2010

As I stood by the window

Assalamualaikum,

hey guys, how are you doing? hope you all are feeling great today. Me? I'm just fantastic.

When I come across this picture, it some how distract my attention. There is something about this picture that really spark my interest. One of the reasons I guest because, it some how reflect my inner feeling. 



Be as it may, what I can actually describe from this picture is that it is about a child who is standing behind a window, looking outside. Waiting and wondering, when will the time come. Will I'm be ready for it? Will I do it as what others expected it? The child could just stay in the comfort of his/her house yet that does not satisfy him/her enough. There are things that he/she really wanted to explore and discover, things that are beyond the sanctuary of his/her house. Something....just something that he/she really dreams about.

Whether we realize it or not, most of us are waiting for the right time to actually so called proof our self. Yes, it is good to actually show what you can really do, but the question, can you tell when the time will come? Will it be tomorrow? Will it be the day after? Will it be 3 days from now? or would it even be yesterday?  No you can't. That is the mistake most employees made. They just wait for the right time. Than, what about the current time? shouldn't they do something about it?. 

My advice to all people out there is this, whenever an opportunity present itself in front of you, grab it while you can. Don't just wait for the right time. Take immediate action. But, yes after rational consideration. Don't get to ambitious, think through and make a wise decision. Don't take too long. These kind of stuffs do not hold on for long. Opportunity is of two kinds:
  1. Natural opportunity - things that happen out of your control such as lucky draw, 
  2. Created opportunity- things that happen within your control such as a promotion, a raise.
Most people do not clearly understand this, sometimes, we can actually created our own opportunity. It is just a matter of how committed and passionate we are in what we a re doing. Don't just wait, put your utmost effort in what ever you are doing. Get things on the way as you move along. This is what is called being proactive as captured in the 7 Habits of Highly Effective People:
  • 1st Habit - Be Proactive
Therefore, don't just wait for the opportunity to actually present present it self in front of you, take charge of your life or in order words, BE PROACTIVE. What ever it is always remember as I always said, YOUR LIFE IS YOUR CHOICE, MAKE THE BEST OF IT.

Best Regards,
MOHD IKHWAN B MOHD JAMIL
27-DEC-2010
10.40 PM

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More