Assalamualaikum..“Tensionnya hidup! Ada saja masalah yang timbul!” “Poket kering ni.” “Aduh, duit tak cukup ni.” “Menyusahkan betul ada kawan macam ni!” “Fail lagi!” Keluhan yang sering kedengaran di kalangan kita. Masalah kewangan, tempat kerja, persahabatan dan perhubungan membuatkan kita murung dan tertekan. Maka, terlintaslah di benak, tidakkah hidup ini punyai nikmat kesenangan?
Dalam mendepani segala cabaran hidup dan tekanan yang memuncak, Rasulullah telah berpesan kepada umatnya dengan sabda Baginda: “Bukan daripada golongan kami orang yang menampar-nampar pipi, mencarik-carik pakaian dan mengeluarkan kata-kata jahiliah (apabila ditimpa musibah)”.
Ini adalah antara tindakan biasa kita tatkala berlaku kesulitan. Sangatlah lazim ucapan “F***!”, “B*** S***”, dan sebagainya terpacul dari mulut kita pabila kenyataan meleset daripada yang dirancangkan. Itu baru yang English, belum lagi disenaraikan yang Bahasa Melayu punya. Tetttttt!! Berlambak-lambaklah perkataan yang kita dengar. Tak kurang juga yang menendang-nendang, menumbuk dan pelbagai kelakuan lain sebagai manefestasi kemarahan kita.Akhirannya, ada yang sampai membunuh diri dek tak tertahan tekanan yang memuncak.
Perit dan tertekan, itu diakui. Namun, haruslah kita menerima segala kepayahan dengan cara yang lebih Islamik tatkala tercatat di I.C sebagai Muslim. Mulai hari ini, ingatlah pesan “de-stress” Rasulullah ini. Baik apa jua cabaran serta kemarahan kita, jangan sesekali mengabaikan pesan Rasulullah, agar kita tergolong dalam kalangan umat yang dikasihi Baginda.
Yakinlah dengan janji Allah di dalam Surah al Insyirah ayat 5-6: “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” . Sesungguhnya hidup ini tidak sunyi daripada ujian dan dugaan. Terpulang kepada kita untuk mencorak hidup kita. Live a GREAT life, guys!
Buat pengunjung-pengunjung Laman Motivasi Anda, sekiranya anda mempunyai persoalan untuk diajukan kepada WS, klik Tanya@Warkah. Insyaallah, persoalan anda akan mendapat respon daripada WS.
Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,
0 comments:
Post a Comment