Assalamualaikum.. “Jangan tunggu hujung-hujung baru nak belajar!”. “Jangan sudy last minute!”. “Study last minute tak paham apa aih!”. “Buat penat ja study last minute, baca nak kena baca der”. “Nak study, kena mula dari awal, and kena selalu ulangkaji, baru senang faham dan ingat.” BETUL! Memang betul pun semua kata-kata dan nasihat kat atas tu. Jika ditanya mana-mana pelajar cemerlang ataupun pakar motivasi, inilah nasihat-nasihat yang patut diamalkan dan dipraktikkan oleh semua pelajar, tak kiralah sekolah rendah, menengah ataupun yang dekat universiti.
Inilah nasihat-nasihat baik yang
tak diikuti pun oleh kebanyakan pelajar, termasuklah WS sendiri. Hahaha. Bukannya
tak tahu, tapi tak mahu. Jadi, semua disimpan hingga ke saat terakhir, barulah
kalut nak baca. Dan, baru-baru ini pun
ada pelajar WS tanya “Sir, macam mana nak baca dekat-dekat nak exam ni? Macam tak
ingat-ingat ja pun baca.” Jadi, kali ni WS nak share rahsia macam mana nak
study kalau dah last minute. Jom layan!!
Output Learning
Apa benda tu? Nak sebut pun
susah. Ha, output learning senangnya kita belajar dan dapat maklumat dengan
membuat latihan. Banyakkan buat latihan daripada membaca kalau dah last minute.
Buat latihan soalan-soalan past year, soalan-soalan topikal dan soalan-soalan
latihan. Sebabnya, soalan-soalan akan bertanyakan tentang isi-isi penting dalam
sesuatu tajuk atau subjek. Jadi, bila kerap buat latihan, kita dapat mengetahui
apa isi-isi penting dalam bab tersebut tanpa perlu menghadap setebal-tebal buku
teks. Dan, soalan-soalan jarang bertanyakan isi-isi kurang penting yang mana
selalunya pelajar tak dapat bezakan bila membaca buku teks. Habis dikhatamkan
semua ayat dan perkataan, buat penat je. Selain itu, dengan membuat latihan,
kita dapat menguji kefahaman dan ingatan berkenaan tajuk yang dipelajari.
Baca Kerap, Bukan Baca Lama
Apabila kita membaca dalam tempoh
yang lama, ini akan memberi kesan kepada emosi kita. Stress. Boring. Lepas tu,
terus tutup buku, main game, online FB. Salah cara tu. Sepatutnya, baca kerap. Adakan
sesi membaca yang diselangi dengan waktu rehat/break. Contohnya, baca buku
sejam, rehat setengah ja. Sambung pulak sejam, rehat 45 minit. Pecahkan jam
membaca anda kepada sesi-sesi kecil supaya otak tidak letih dan lebih segar. Bila
otak relaks dan segar, baru senang faham. Waktu rehat bolehlah nak layan anime
atau Running Man sat. Barulah tak boring dan stress. Yang penting, disiplin. Kalau
behenti setengah jam, jangan lebih, cukup masa sambung balik study! Satu
lagi, mula awal. Anda akan dapat banyak sesi membaca jika anda mula lebih awal.
Lagi lewat anda mula, lagi kurang waktu anda untuk membaca.
Baca dan Kongsi
Apabila anda selesai membaca,
kongsikan dengan kawan-kawan anda apa yang anda dah belajar sebentar tadi. Relevannya?
“Repetition is mother of learning”. Hukum semulajadi manusia ialah pengulangan
membuatkan seseorang itu lebih ingat dan faham. Jadi, kongsi apa yang dah
belajar dengan kawan sebilik ke, housemate ke, atau siapa-siapa sahaja di
sekeliling anda. Kalau dah semua tak mahu diganggu, share je kt Facebook atau
Twitter, ada la yang akan “like” atau komen nanti. Ataupun, kalau ada bela
kucing, bolehlah share dengan kucing kesayangan anda tu. Ajar dia formula
Matematik, Sejarah, BI. INI SERIUS! Lagi banyak anda berkongsi, lagi cepat anda
faham dan ingat.
Baca tips
Bila dah dekat-dekat hujung ni,
untuk baca semua memang tak sempat. Jadi, dapatkan tips dan “hints” apa yang
perlu dibaca. Tips-tips ini lazimnya boleh diperolehi daripada cikgu-cikgu dan
pensyarah-pensyarah yang mengajar anda subjek tersebut. Mereka dapat menbantu anda memilih apa yang penting. Mereka selalunya dapat
memberitahu apa yang perlu, apa yang tak perlu dibaca, apa yang perlu
diingat, apa yang perlu ditinggalkan. Selain, mereka itu boleh berkongsi
cara-cara mudah dan selamat untuk senang dapat markah. Mungkin tips-tips ini
tak diberitahu dalam kelas, tetapi disimpan untuk mereka-mereka yang “special”
yang bersungguh untuk mengetahui apa yang terbaik untuk menghadapi peperiksaan.
Jadi, keraplah berjumpa dengan cikgu dan pensyarah anda untuk mengorek banyak
rahsia daripada mereka.
Renggangkan Hubungan
Ha, nak kena clash ke? Bukannya putus
hubungan silaturrahim (betul kan ejaan tu, susah sangat aih, haha), tapi
renggangkan hubungan dengan dunia Internet, game dan tv seketika. Bukannya apa,
Facebook, Twitter, games dan tv sememangnya diakui adalah gangguan terbesar
para pelajar untuk belajar. Habis tu, tak boleh langsung la? Boleh tu boleh,
tetapi jauhkan laptop, handphone, computer dan tv anda ketika sesi
pembelajaran. Bila dah depan mata, pengaruhnya lagi kuat, takut tak tertahan. Bila
dah sesekali berhenti rehat belajar, bolehlah jenguk-jenguk sat status FB
ke, layan cerita sekejap, lepas itu sambung semula study anda. Ingat, di waktu sesuntuk ini anda memerlukan kepantasan membaca dan belajar, dan perkara-perkara inilah yang akan melambatkan lagi anda belajar. Anda yang perlu
mengawal alat, bukan alat yang mengawal anda. Jika tidak, terimalah hakikat
yang anda telah diperalatkan oleh alat-alat tersebut.
Habis sudah perkongsian 5 cara “top”
untuk belajar last minute. Semoga perkongsian ini mampu memberi manfaat dan
panduan kepada semua yang membacanya. Juga, diharapkan lepas ini, sistem
pembelajaran anda lebih teratur dan berkesan. Nak tahu cara anda belajar betul atau
tidak, tengok saja situasi anda semasa sedang peperiksaan. Jika banyak yang
anda tak ingat dan lupa ketika menjawab peperiksaan, ini bermakna cara belajar
anda mungkin tak berkesan. So, UBAH!! All the best guys, and good luck in your
exam!! =)
Hustle up and Be GREAT!!
Salam transformasi dripada,
10 comments:
ok ke kalau time study.. sambil tu dengar lagu instrumental?
Ada seorang senior saya cakap kalau kita study sambil dengar lagu or something like you said, instrumental, that's mean that we're study with syaitan. However jangan buat la. It's not a good thing tho. Kalau boleh sebelum nak study tu, ambil air sembahyang and baca doa untuk menghafal atau mengingat, InsyaAllah it's works. Banyakkan solat sunat. Berdoa jangan lupa. Good luck.
Kalau esuk periksa, Baru belajar. Macam mane?
Nw jm9am. Jm3pm sy ad exam. Cmna ye..hahahahaha
Tips yang sangat berguna dan amat berkesan kipidap
Tq Warkah siber
Boleh ke cara pemakanan pengaruhi minda kita? Macam kita makan fastfood ni
Tips ni mmg berguna sngt.... Thanks
Post a Comment