Thursday, 4 August 2011

Jom, Chillax!

     Assalamualaikum..Dari pagi, sesudah "punch card" sampailah tengah hari, tak berhenti kerjanya. Sampai ofis dah kena siapkan "filing", "key in" data, semak "proposal", masuk "meeting", macam-macam kerja. Yang pelajarnya mencari rehat, penat kelas seharian. Yang duduk di rumah pun penat jugak? Ha, kalau semua dah letih puasa ni, apa kata kita rehat sebentar tengah hari ni. Bak kata remaja sekarang, jom chillax! (bahasa budak-budak muda, Chill+relax) Bila rehat, badan makin bertenaga, otak makin bergeliga, barulah boleh teruskan kerja.
     Jom, Warkahsiber akan membawa anda "keluar" seketika dari pejabat dan tugasan anda. Kita cari permandangan luar yang lebih menyegarkan dan memberi tenaga untuk Ramadhan ni. Nak ke mana? Jom ke Bazar Ramadhan. Dah la puasa, bawak pula ke bazar, ada ke patut. Takpe,takpe, sekurang-kurangnya, dapat juga keluar pejabat, kelas, dan jamu mata sikit. Let's go..
     Kali ni, kita singgah di bazar dekat Alor Setar. Apa agaknya yang ada kat sana? Jom tengok.

Sampai kita di bazar Alor Setar..

 Ha, macam-macam jenis kuih ada..Karipap, donut, samosa.

Murah, murtabak Aloq Staq, RM 1 je..

 Tudia, gulai kawah vs gear box..

 Wah, banyaknya lauk pauk, dan banyaknya ayam golek..

 Pelbagai jenis air, juga pelbagai ragam peniaga..Cool la abang spec hitam!

 Dan, pastinya persinggahan wajib, BUNDLE!!

     Ha, da puas "berjalan" tu, masa kembali menyambung tugasan anda. Inilah caranya, jika anda terasa letih, mula hilang tumpuan dan kurang semangat sama ada di pejabat mahupun ketika "study", tips mudah ialah "refresh your visual"! Berada di tempat yang sama serta ruang visual yang statik pada jangka yang agak lama akan menimbulkan kebosanan. Selain itu, tumpuan berterusan ketika pembelajaran, pembacaan atau skrin komputer akan membuatkan mata anda menjadi letih. Ini sekaligus akan mengganggu prestasi semasa serta membantutkan kreativiti anda.
     Oleh itu, "refresh your visual"! Bawa diri anda "melancong" ke konteks yang lain. Ini akan mengalihkan seketika fokus serta minda anda daripada situasi tegang tersebut, kemudiannya memberi ketenangan serta kesegaran kembali. Tatkala visual dan minda anda sudah kembali segar, fokus dan tenaga akan kembali memuncak, tiba masanya menyerlahkan produktiviti anda yang hebat. Bawa visual serta minda anda "melancong". Selamat "Melancong"!

Hustle up and be GREAT!
Salam Transformasi daripada Warkahsiber.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More