Wednesday, 3 August 2011

Geletek Motivasi: Kenapa Anda Di sini?

Suatu pagi di dalam sebuah lecture hall di sebuah universiti di ibu kota.
"Hei, kamu yang berdiri di belakang," tegur pensyarah "Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Pangkor!" "Maaf, saya tidak tahu.. encik" "Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa perjanjian itu ditandatangani?" "Maaf, saya tidak tahu juga, encik.." "Tidak tahu jugak? Kan semua tu sudah saya berikan untuk dibaca minggu lepas. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak tahu?" marah pensyarah terbabit. "Mahu memeriksa kabel lampu ini encik... Saya petugas TNB"
     Sedikit senyuman sudah cukup untuk melunturkan seribu keresahan. Senyum sikit..=)..
    
     Ketika kita tersenyum manis dek humour di atas, terselit juga persoalan buat kita. Adakah kita peka akan rakan sekeliling di tempat kerja kita? Ataupun, pekakah kita terhadap mereka yang di bawah pimpinan kita? Apa minatnya? Apa warna kegemarannya? Apa makanan kesukaannya? Dan paling penting, tahukah kita apa kehebatannya? Kunci segala persoalan ini berpunca daripada, adakah kita berasa untuk mengambil tahu semua itu selama ini?
     Kita lebih suka diraikan berbanding meraikan orang lain. Sememangnya lumrah manusia sukakan perhatian, inginkan pujian. Selepas bertahun, baru anda tahu bahawa committee anda rupanya left handed! Selepas sekian masa baru anda sedar rakan sekerja anda rupanya memakai jam baru, itu pun bila dia yang bercerita! Jika kita rasa seronok apabila ada yang menegur “Cantik jam baru!”, begitu juga dengan mereka di sekeliling serta di bawah kita, rasa dihargai apabila mendapat perhatian anda.

    
     Jadi, mulakan operasi anda ‘menggali’  mereka! Cungkil minat, warna kegemaran dan makanan kegemaran mereka. Berbual mengenai mereka. Ketahui tarikh lahir mereka, ucapkan selamat hari lahir. Hamburkan pujian dan sapa jika ternampak pembaharuan mereka. Ucap atau Tinggalkan nota "Good Job!" di mejanya sebelum balik kerja atau setiap kali tugasannya selesai, akan membuatkan dia rasa dihargai dan meningkatkan lagi produktiviti kerjanya. Pasti hubungan anda lebih harmoni, dan paling penting akan menjadikan anda lebih hebat di pandangan mereka.
     Akhir kata, use your ears, eyes and mouth to touch their hearts. Jadilah peka, jadilah yang terhebat!

Hustle up and be GREAT!
Salam Transformasi daripada Warkahsiber.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More