Tuesday, 22 November 2011

Waktu Tidur Dan Bangun Anda Pengaruhi Berat Badan

     Assalamualaikum..Berat badan berlebihan atau obesiti di kalangan kanak-kanak di Malaysia semakin serius. Tahap seriusnya isu ini boleh dinilai dengan pelbagai kenyataan akhbar dan gesaan oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan mengenai kesedaran dan kawalan gejala ini. Antaranya, mengatur "standard" pemakanan sihat di kantin-kantin sekolah. Tetapi, bukan pengambilan makanan sahaja yang menjadi faktor obes di kalangan kanak-kanak. Percayakah anda yang waktu anda tidur dan waktu anda bangun daripada tidur sebenarnya mempengaruhi berat badan?
     Satu kajian telah dilakukan oleh  University of South Australia yang meneliti waktu tidur, waktu bangun 2,200 kanak-kanak berumur 9 hingga 16 tahun termasuk berat badan dan cara mereka menghabiskan masa mereka selama 4 hari. Sebelum ini, terdapat kajian yang menyatakan bahawa kekurangan jam tidur menyebabkan risiko berat badan berlebihan atau obes. Namun, kajian kali ini mendapati semua kanak-kanak mempunyai jumlah jam tidur yang sama. 

     Bezanya adalah kesan masa tidur dan bangun mereka pada berat badan dan jumlah aktiviti fizikal. Perbezaan masa tidur dan bangun tidaklah terlalu dramatik kerana hanya perbezaan 70 sehingga 90 minit bagi yang tidur lewat, dan bangun 60 hingga 80 minit lewat daripada mereka yang tidur awal.
     Kajian ini mendapati bahawa kanak-kanak Australia adalah lebih kurus dan aktif sekiranya mereka tidur awal dan bangun awal. Sebaliknya, kanak-kanak yang bangun lewat adalah 1.5 kali ganda menjadi obes, iaitu dua kali ganda untuk menjadi kurang aktif, 2.9 kali ganda akan melekat di hadapan skrin, baik computer mahupun televisyen berjam-jam lamanya berbanding mereka yang bangun awal pagi. Kajian ini diterbitkan pada isu “SLEEP” pada 1 Oktober yang lalu.


     Meneliti kenyataan kajian di atas, seharusnya kita lebih peka dengan waktu tidur dan bangun kita dan juga anak-anak kecil. Mencegah gejala obes adalah antara langkah menjadikan masyarakat Malaysia masyarakat yang sihat. Apabila badan sihat, produktiviti meningkat, KEHEBATAN dapat dihasilkan. Ayuh, corak kembali waktu tidur dan bangun yang lebih HEBAT!


Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

2 comments:

TecerWidad said...

Patutlah time belajar dulu kecik molek sekarang dah kerja kurang sikit tang kecik tapi masih moleh. Eh.

Warkahsiber said...

Hehe..Molek tetap ada lagi tu..=p..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More