Bila kita masuk pusat membeli belah, berbagai-bagai psikologi perniagaan digunakan untuk menarik pembeli. Dari harga, muzik yang dimainkan, lokasi produk telah dirancang dengan rapi untuk menarik emosi pembeli untuk membuat belian. Perasan tak anda antara psikologi perniagaan termasuk:
- Produk-produk yang kecil seperti gula-gula, majalah, diletakkan disebelah kanan kaunter bayaran- hanya kerana kebanyakan antara kita cenderung menggunakan tangan kanan. Lokasi produk2 kecil ini di kaunter memudahkan kita membelinya dengan tidak fikir panjang dan terus mencapainya- penambahan belian kecil RM2 dari seorang pelanggan boleh menjadi RM2juta untuk setiap pelanggan di semua cawangan pasaraya!
- Muzik-muzik yang dimainkan seringkali muzik berunsur gembira dan popular untuk menaikkan mood pelawat supaya turut bergembira. Bila pelawat gembira, maka lebih mudah dan banyak belian dilakukan! Begitu juga dengan gambar-gambar orang/keluarga gembira digunakan di sekeliling pasaraya- menarik psikologi orang untuk turut gembira.
- Harga produk sering kali tidak dibulatkan ke jumlah puluh terdekat supaya nampak murah seperti - RM29.90 dan bukan RM30.00. Ini menggalakkan belian.
* Dipetik daripada:http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/psikologi-perniagaan-pusat-membeli-belah/
Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,
0 comments:
Post a Comment