Tuesday, 4 October 2011

3 Langkah Kaya dan Berjaya Dalam Hidup


     Assalamualaikum.. Semua orang hendak kaya dan berjaya dalam hidup. Tak dinafikan, kepesatan pendidikan serta peningkatan kos hidup membuatkan perlumbaan mencapai kelapangan kewangan dan kerjaya saban hari membuatkan persaingan menjadi semakin sengit. Dibebani persaingan yang makin memuncak, ramai yang beralih kea rah bidang keusahawan sebagai mata pencarian utama mahupun sampingan, baik usahawan realiti mahupun ataupun di alam maya. Namun, adakah dengan mengikuti “trend” ini bakal menjanjikan kejayaan untuk anda?
     Tanpa cara yang betul, jongkong emas hanyalah sekadar perhiasan di dalam almari. Jadi, untuk berjaya dalam hidup, ketahuilah “3 Langkah Kaya dan Berjaya” yang diamalkan oleh mereka-mereka yang telah berjaya:
  1. Tetapkan fokus dan impian anda. 
    • Apa yang anda ingin capai, misalnya menjana keuntungan 10x ganda.
  2. Temui mereka yang telah berjaya mencapai apa yang anda ingin capai, dan gunakan sistem yang mereka telah gunakan.
    • Contohnya, gunakan sistem mereka yang menjana keuntungan 10x ganda sebulan gunakan untuk anda mencapai angka yang sama.
  3. Tawakkal kepada Allah. 
    • Langkah yang sering kita lupakan kerana kita sering disogokkan bahawa “We are master to our life”. Ingat, di tangan Allah terletak segala rahmat dan rezeki. Semakin hampir kita dengan-Nya, semakin melimpah rahmat dikurniakan-Nya.

     Inilah jalannya buat mereka yang ingin berterusan berjaya di dalam hidup. Tak susah untuk susah, tak senang untuk senang. Utamanya, selalulah bertwakkal kepada Allah, moga segala kejayaan dan kekayaan kita adalah rezeki yang diberkati.

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More