Thursday, 27 October 2011

Irfan Khairi: Informasi & Teknologi Mengubah Perniagaan- AWAS!

     Assalamualaikum..Sememangnya informasi dan teknologi banyak membantu perniagaan secara positif. Tetapi, ada juga kalanya di mana informasi dan teknologi memberi kesan negatif kepada sesuatu perniagaan. Contohnya:
  • Ketika awal 2000, antara perniagaan Internet saya yang pertama adalah menjual “Peta Malaysia”. Mungkin anda ada terbaca di buku, majalah atau akhbar tentang kisah saya ni. Tetapi, dengan bertambahnya teknologi maklumat, sekitar 2006-2007, dengan adanya peta-peta online termasuk Google Maps, perniagaan “Peta Malaysia” pun turut berkurang. Tak mengapa, rezeki ada di tempat lain =)
  • Baru-baru ni, sebuah syarikat di US “Netflix” yang menjalankan konsep sewa DVD melalui pos mengalami kesukaran. “Netflix” telah menyebabkan syarikat sewa VHS/DVD yang top di US bernama “Blockbuster” gulung tikar. Tetapi, kini, “Netflix” pula bersemuka dengan keadaan gulung tikar apabila teknologi membolehkan pelanggan download/streaming movies yang mereka ingin tonton. Awas… bila-bila masa perniagaan kita juga boleh dalam keadaan ini.
  • Kita semua kenal syarikat “Kodak” bukan? Dulu-dulu zaman sebelum digital kamera, kita mencari kodak. Kalau tak cukup kodak, kena pergi kedai kodak. Kalau kodak habis, dah tak boleh ambik gambar =) Hari ini, Kodak pula berhadapan dengan keadaan muflis. Nama yang GAH satu hari dulu dalam bidang fotografi, kini tinggal kenangan (macam kenangan dalam gambar kodak) =) Teknologi membolehkan gambar disimpan dalam SD disk sahaja… tak perlu lagi kodak. Kalau dulu paling banyak pun 36 keping gambar boleh ambil dengan satu filem kodak. sekarang, 3,600 gambar digital pun boleh lagi!
     Dalam perniagaan kita perlu ada plan B. Perniagaan boleh bertukar pada bila-bila masa sahaja. Sememangnya kita perlu fikir positif sahaja untuk perniagaan kita, tetapi, fikir juga, implikasi teknologi dan maklumat yang negatif seperti di atas.
     Alhamdulillah, saya sendiri menjalankan banyak perniagaan dan mempunyai beberapa Plan B dalam perniagaan. Bila satu perniagaan kurang permintaan, insyaalah ada perniagaan lain yang dapat membantu. Renung-renungkan ya! 


Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

2 comments:

iza said...

Assalam..
Teringin juga nak berniaga tapi tak tau nak mula dari mana..
Tahniah atas kejayaan anda..

Warkahsiber said...

GREAT iza..=)..Itu langkah pertama anda,mengetahui keinginan anda..Seterusnya? Follow your passion, but always be patient..All the best, my GREAT iza..=)..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More