Assalamualaikum..Kali ini, WS berbesar hati untuk menyiarkan satu respon hebat yang diemailkan oleh seorang penulis tamu kepada WS. Respon beliau berkenaan persoalan "Macam mana nak dorong anak lelaki umur 12 tahun untuk fokus pada pelajaran..Dia lebih minat memancing dan basikal..." yang dikemukakan oleh seorang pengunjung di Tanya@Warkahsiber. Jom kita baca pendapat beliau.
"Bismillahhirrahmanirrahim..Pertamanya saya mengucapkan tahniah kepada puan kerana begitu prihatin dengan pembelajaran anak- anak. Sudah pasti tiada ibu bapa yang rela melihat kemunduran dan kegagalan anak mereka. Izinkan saya berkongsi idea dan pandangan terhadap persoalan puan.
Umumnya murid- murid seusia ini masih berada pada zon bermain di mana mereka lebih gemar untuk bermain daripada melakukan ulangkaji. Ada juga di antara murid- murid yang mengimpikan hiburan dalam belajar dalam erti kata lain, mereka mahukan pembelajaran yang menyeronokkan melalui permainan dan sebagainya. Montessori, seorang tokoh pendidikan menekankan bahawa ketika anak bermain, ia akan mempelajari dan menyerap segala sesuatu yang terjadi dalam lingkungan persekitarannya. Oleh itu, permainan juga merupakan suatu pembelajaran bagi kanak- kanak.
Pertamanya, saya mencadangkan agar puan mendalami minat anak puan dan menerapkan unsur pembelajaran ketika anak puan melakukan aktiviti- aktiviti tersebut. Bak kata Milo, “Play More, Learn More”. Saya menyarankan agar puan melakukan aktiviti tersebut bersama- sama dengan anak puan sebagai langkah pertama menyemai minat belajar beliau. Apabila melakukan aktiviti tersebut bersama- sama, saya cadangkan untuk puan mengaitkan aktiviti tersebut dengan pelajaran yang dipejarinya. Secara tidak langsung, aktiviti tersebut menjadi sesuatu yang bermanfaat dan memberikan pengetahuan dan aplikasi secara tidak langsung.
Saya beri satu contoh melalui aktiviti memancing. Melalui aktiviti sebegini, puan boleh mengaitkan aktiviti tersebut dengan pelajaran sains sebagai contoh hidupan akuatik. Puan boleh mengemukan soalan dalam bentuk perbualan tanpa disedari oleh si anak bahawa dia sedang mengulangkaji pelajaran. Sebagai contoh, Bagaimana ikan bernafas? Apabila si anak menjawab “insang”, maka secara tidak sedar, puan telah membantunya mengulangkaji pelajaran sains. Begitu juga dengan matapelajaran yang lain.
Selain itu, wujudkan suasana dan mood yang ideal terlebih dahulu. Jangan jadikan aktiviti tersebut sebagai aktiviti yang formal sehingga menyebabkan si anak menjadi tertekan dan mood untuk menjalankan aktiviti yang digemarinya akan hilang. Dengan ini pemikiran anak akan dilaraskan kepada faktor positif yang sekaligus akan menimbulkan dasar yang menyenangkan. Apabila kanak- kanak mula positif dengan pembelajaran, maka kanak- kanak tersebut akan mengalirkan rasa gembira terhadap pembelajaran.
Semoga perkongsian ini mampu memberikan puan idea bagi mengatasi masalah yang dihadapi.
-Trainer Maya-"
Ha, macam mana? Buat pengunjung-pengunjung Laman Motivasi Anda, jika anda mempunyai persoalan, kunjungi Tanya@Warkahsiber. Insyaallah, WS akan menjawabnya.
Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,
Ha, macam mana? Buat pengunjung-pengunjung Laman Motivasi Anda, jika anda mempunyai persoalan, kunjungi Tanya@Warkahsiber. Insyaallah, WS akan menjawabnya.
Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,
1 comments:
good tip here
Post a Comment