Assalamualaikum..24 jam satu hari. 7 hari seminggu. 30 hari sebulan. 365 hari setahun. Bermakna dalam setahun kita mempunyai 8760 jam. Betulkan WS kira tu? Hehe. 8760 jam, wah banyak masa tu untuk kita. Banyak ke? Kalau banyak, kenapa ramai yang merungut tak cukup masa. Bila lewat hantar “assignment” sebabnya tak cukup masa. Bila lewat siapkan “filing” sebabnya tak cukup masa. Bila lambat siapkan tugas sebabnya tak cukup masa. “Rasa tak cukup 24 jam sehari.” Betul ke tak cukup? Jika tak cukup, jom “top up” masa anda.
Ingat kembali, dalam sehari berapa banyak masa kita digunakan untuk menunggu orang? Tunggu kawan, tunggu bos, tunggu anak keluar sekolah, tunggu bas, tunggu makanan sampai, tunggu "family" bersiap. Banyaknya kita menunggu dalam sehari. Apabila kita menunggu, berlakulah pembaziran masa. Jika setiap kali menunggu adalah 5 minit, sudah berapa banyak masa tu? Sebenarnya, masa yang dibazirkan inilah sepatutnya menjadi masa “top up” anda. Anda boleh melakukan tugas-tugas anda sewaktu menunggu ini.
Boleh ke siap semua tugas anda dengan waktu yang pendek ini? Boleh! Jika dilihat kembali pada senarai tugasan anda, sebenarnya banyak tugasan anda boleh dibahagikan pada bahagian-bahagian kecil. Dan, bahagian-bahagian kecil inilah yang boleh dibuat ketika waktu menunggu. Biarpun sedikit, sekurang-kurangnya tugasan semakin ringan. Antara contohnya ialah:
- Semak penulisan (Proofreading)
- Tanda kertas peperiksaan
- Panggilan telefon
- Kemas meja
- “Quick study”
- Baca surat, surat khabar
- Bersihkan inbox hand phone, email
- Kemas kini baki akaun
- Semak “to do list”
- Makan
- Lipat baju
- Rehat, dan banyak lagi perkara-perkara yang boleh anda lakukan.
Jika diteliti, perkara-perkara di atas adalah antara perkara yang tak sempat kita lakukan dek kekangan tugas dan kesuntukkan masa. Jadi, gunakanlah masa anda dengan bijak. Anda bukan sahaja mempercepat tugas anda bahkan “menambah” masa anda dalam sehari. Gunakan masa menunggu untuk “top up” masa anda. All the best, guys!
Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,
0 comments:
Post a Comment