Sunday 2 October 2011

Training Log: AKHI Gold Training at Nur Lembah Pangsun

     Assalamualaikum..Sudah lama sangat WS tidak mengemaskini blog. Ini disebabkan kekangan waktu serta hal-hal yang perlu diselesaikan. Jadi, ribuan maaf kepada yang setia menanti kemaskini WS. Dengan kemaskini terbaru, WS ingin berkongsi “training” yang telah dianjur oleh pihak AKHI Club UIAM pada 16-18 September 2011 bertempat di Nur Lembah Pangsun.

     Dengan anggaran peserta seramai 42 orang, “training” kali ini bertemakan “leadership”. Untuk itu, WS membawa modul LEAD! GREAT Habits of GREAT Leaders ke “training” kali ini. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Para peserta dan urusetia program “sporting” semuanya. Tak kekok diajak menyanyi, menari, bermain bersama. Antara isi utama yang ditampilkan dalam “training” kali ini tabiat hebat pemimpin-pemimpin hebat dunia, skil pengurusan, teknik kominikasi pemimpin hebat dan pelbagai lagi input-input berkaitan kepimpinan terhebat.
    Inilah antara “training” yang sempat WS kongsikan. Insyallah, jika ada lagi “training” lepas ini, akan dikemaskini dalam Labels Traning Log. Kepada barisan pemimpin AKHI Club, You guys are GREAT! Sekian..

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada, 

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More