Wednesday, 23 May 2012

Persediaan Mental: 5 Langkah Gempur Exam Anda

     Assalamualaikum..Wah, sekarang dah masuk musim exam. Yang sekolah rendah pun tengah exam, yang sekolah menengah pun tengah exam, yang di universiti pun ada yang sedang menduduki exam. Bagi yang sedang bersekolah, sekarang ni exam pertengahan tahun. Yang di universiti pula, kebanyakannya sedang bertempur dengan peperiksaan akhir semester. Memandangkan musim exam sekarang ni, jadi, perkongsian WS kali ini berkaitan dengan exam juga.

     Apa jua peperiksaan yang dihadapi, yang paling penting adalah persiapan yang rapi. Exam pertengahan tahun ke akhir tahun ke percubaan ke sehinggalah ke sebesar-besar exam seperti UPSR, PMR, SPM, STPM dan lain-lain semuanya memerlukan persediaan. Tanpa persediaan yang rapi dan mencukupi, para pelajar pastinya bermasalah menjawabnya, dan keputusan yang akan diterima nanti, senang cakap HANCUR!! Untuk mengelakkan tragedi sedemikian, antara persiapan yang perlu diberi perhatian oleh para pelajar ialah persiapan mental. 

     Antara langkah-langkah mempersiap mental yang ampuh menghadapi exam adalah:

1. Kekalkan Prioriti
     Prioriti atau keutamaan anda pada masa ini adalah exam sahaja. Segala permasalahan lain ketepikan dahulu. Masalah dengan pakwe, masalah dengan kawan, masalah dengan roommate, masalah dengan family, LETAK TEPI! Sebab, jika anda mengubah prioriti, anda akan mengubah fokus seterusnya akan mengubah usaha anda ke arah menyelesaikan perkara-perkara tersebut. Buat masa sekarang, prioriti, fokus dan usaha anda hanya tertumpu kepada study dan exam anda sahaja.

2. Elakkan Stres
     Waktu kritikal sebeginilah emosi dan minda kita mudah terjentik. Oleh yang demikian, kesalahan dan kesilapan kecil mungkin boleh diketepikan seketika. Memikirkan perkara tersebut akan membebankan emosi anda sekaligus menggangu mood anda untuk study. Ingat, prioriti anda adalah exam. Elakkan perkara-perkara yang mampu menghadirkan stres dan menggangu emosi anda. Kawal mood dan emosi anda daripada sebarang permasalahan remeh.

3. Sentiasa Positif
     “Aku tak boleh”, “Boleh ke buat ni”, “Susahnya nak faham”, “Malasnya” dan pelbagai lagi ungkapan negatif menghujani persediaan kita untuk exam. Anda akan nampak diri anda sebagai “loser” jika anda menggunakan kaca mata negatif. Anda yang pilih untuk lihat diri anda bagaimana. Tukar kaca mata anda kepada kaca mata positif. “Aku Hebat!”, “Aku bole buat”, “Aku boleh skor”, Aku dapat A”. Pastinya anda dapat melihat diri anda yang baru, diri anda yang mampu melakukan yang terbaik dan mendapat keputusan yang terbaik. Ingat, yakin, katakan, Anda HEBAT!!

4. Relaks
     Kebanyakan pelajar menekan diri mereka untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Bukan tidak bagus, cuma kurang tepat. Bayangkan, jika sebiji belon yang ditiup, jika dipegang dengan biasa, akan pecahkah belon tersebut? Bagaimana jika kita menggenggam sekuatnya belon tersebut? Pommm!! Pecah jadinya. Begitu juga dengan manusia. Jika kita terlalu menekan badan dan minda kita, kita hanya akan bertambah risau, gelisah dan tertekan. Rancang pembelajaran dan dan gunakan strategi yang betul. Dan, pastikan anda sentiasa tenang dan relaks. Ingat, anda tertekan bila anda yang menekan.

5. “Panic Attack!”
     Tengah menjawab soalan, tiba-tiba “blur”. Lupa isi dan kata kunci, padahal baru je baca semalam. Apa lagi, menggelabah la, stres. Inilah yang dipanggil “Panic Attack” ketika exam. Persiapkan diri anda untuk menghadapi saat-saat sebegini. Antara cara mengawal serangan ini adalah mengawal pernafasan dengan menarik dan menghembus nafas sedalamnya, menconteng dahulu apa yang terlintas di fikiran, mencari kata kunci kerana otak lebih mengingat kata kunci berbanding ayat, meninggalkan dahulu soalan tersebut dan banyakkan berselawat. Yang penting jangan panik. Relaks dan “cool” je ek.

      Jadi, dengan tips-tips yang dikongsikan ini dapat menghebatkan lagi persediaan anda menghadapi exam anda. Bukan sekadar fizikal dan intelek, mental juga harus disiapkan menghadapi detik penting dalam dunia pembelajaran anda. Mental yang kuat dapat membantu pelajar menyerap dan mengendalikan sebarang masalah dan tekanan exam dengan berkesan. WS ucapkan All the best untuk exam korang!

Hustle up and Be GREAT!
Salam transforamsi daripada,

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More