Assalamualaikum..Baru-baru ini, Kerajaan telah membentangkan Bajet 2012 di Parlimen. Macam biasalah, bahagian bonus adalah yang paling ditunggu oleh pekerja sektor awam. Alhamdulillah, dapat juga bonus. Selain bonus, apa menarik perhatian umum ialah peningkatan umur persaraan kepada 60 tahun. Ha, apa lagi berdentum-dentumlah kedai kopi, blog, laman sembang dek isu ini. Ada yang menyokong, ada juga yang membantah. Masing-masing ada hujah tersendiri. Tapi yang menjadi topik kali ini bukan siapa yang betul tetapi laratkah anda di usia 60?
Hakikatnya, semakin umur anda meningkat, tenaga dan kudrat anda semakin menurun, tetapi permintaan tetap meningkat. Sedang anda di usia 56, masa kerja tetap sama seperti anda di usia 30. Beban kerja tetap sama seperti anda di usia 30. Apa yang kurang? Tenaga anda.
Jika sekarang anda menghabiskan 8 jam di tempat kerja kemudiannya menguruskan pula hal rumah tangga, bagaimana di usia 56? Masih punya tenaga lagikah setelah pulang dari ofis? Kini, WS ingin berkongsi tips hebat daripada Dr Jim Loehr dalam bukunya “The Power of Full Engagement”. Beliau mengatakan “the key to high performance is through managing the energy, not time.”
Sumber tenaga asasnya terbahagi kepada 4 sumber utama iaitu fizikal, mental, emosi dan spiritual. Sumber-sumber inilah harus dikuatkan sejak muda lagi bagi melestarikan tenaga dan kekuatan di usia emas. Tingkatkan tenaga fizikal anda dengan rutin senaman yang kerap serta pemakanan yang sihat. Persiapan mental merangkumi persediaan ilmu yang komprehensif berdasarkan ruang lingkup kerja anda. Emosi yang stabil juga memandu kekuatan. Seharusnya, selalulah berfikiran positif dan senyum. Akhir sekali, persiapan spiritual yang berkaitan hubungan kita dengan Allah amat penting untuk menjaga segala perbuatan kita agar berlandaskan syariah Islam sepanjang jangka masa kita bekerja.
Biarpun usia terus meningkat, namun kualiti tenaga kita juga tidak merosot teruk. Masih dapat mengekalkan momentum dan efisyen dalam kerja sebagaimana di usia muda. Hasilkan tenaga sekarang untuk kegunaan masa depan. Semoga KEHEBATAN sentiasa menjadi milik anda!
Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,
0 comments:
Post a Comment