Sunday, 27 November 2011

Eksklusif Maal Hijrah: Hijrah, Revolusi Mukmin Sejati

     Assalamualaikum..Alhamdulillah, bermulalah tahun baru buat semua umat Islam iaitu 1433 Hijrah. Bersyukur kita kerana sehingga saat ini kita masih diberikan kesempatan dan masih dipinjamkan nyawa oleh Allah S.W.T untuk berpeluang menjejak kaki melangkah ke tahun baru. Tahun Hijrah, kalendar kebanggaan Muslim, termaktub dengannya keagungan sejarah Islam.
     Di sebalik kemeriahanitu, terselit juga peringatan bahawa kian tahun bertambah, kian umur berkurangan, kian kematian menghampiri. Setelah setahun berlalu, apakah kita telah menggunakan kesempatan yang dikurnia untuk memajukan diri sebagai Mukmin sejati? Apakah setahun lepas menanda sebarang transformasi gemilang ataupun masih sama kita seperti tahun-tahun sebelumnya? Atau, kita semakin teruk?

     Menyingkap sejarahnya, peristiwa hijrah Rasulullah ternyata memahat revolusi signifikan segenap aspek hidup manusia. Politik, sahsiah, ekonomi, spiritual dan sosial, segenap elemen kehidupan terkesan dengan peristiwa sekali dalam sejarah ketamadunan manusia ini. Tiada lagi hijrah seumpama itu setelah kewafatan Baginda. Ternyata, hijrah Baginda dan para sahabat membawa pengertian hebat dalam kalangan mereka kerana bertambahnya kekuatan Islam dalam pelbagai segmen begitu terjelas. Negara Islam pertama kalinya tertegak. Politik  berpandukan syiar Islam. Sosialnya penuh keharmonian dan keindahan moral. Ekonominya maju dan makmur. Agamanya makin kukuh, makin menyeluruh.
     Tetapi, apakah tahun hijrah kali ini memberi pengertian seperti demikian untuk kita? Apakah tahun hijrah menjadi pemangkin revolusi kehidupan kita? Jika dilihat darsawarsa kini, sambutan tahun hijrah jelas dipandang lesu semua pihak. Usah ditunding hanya pada golongan belia, mereka yang berusia juga sama-sama lesu. Pihak berkuasa? Pihak swasta? Sama sahaja. Semua pihak begitu LESU menyambut tahun baru Islam. 

     Jika anak muda GHAIRAH keluar berpesta menyambut tahun baru masihi, kenapa para belia begitu DAYUS untuk menyambut pesta  ilmu tahun hijrah? Jika ayah dan ibu begitu TERUJA membawa keluarga bersorak tahun baru masihi, kenapa begitu TAKUT mengajak anak berdoa tahun baru? Jika pihak berkuasa dan swasta begitu SERONOK menganjur program sambutan tahun baru masihi, kenapa begitu SEGAN memeriahkan sambutah tahun baru hijrah?
     Renung sejenak perbandingan kita dengan para pendokong sebenar peristiwa hijrah 1433 tahun dahulu. Hijrah adalah penanda revolusi buat para Mukmin. Revolusi daripada MAKSIAT dan NAFSU. Revolusi daripada KELEMAHAN. Revolusi daripada KERESAHAN. Revolusi daripada KEFAKIRAN. Revolusi daripada KEJAHILAN. Revolusi daripada DOSA dan NODA.Revolusi hidup yang BARU.

     Ayuh, bersama kita hayati revolusi hijrah Rasulullah dan para sahabat untuk menterjemahkan revolusi dalam hidup kita. Kini, bukan sekadar transformasi, tetapi mencetus revolusi Mukmin sejati. Di kesempatan yang masih dipinjamkan oleh Maha Agung, gunakan sebaiknya untuk terus memperhebat jati diri Mukmin sejati.
     Insyaallah, hebatkan penghayatan hijrah hakiki, hebatkan pembentukan Mukmin sejati. Semoga Awal Muharam menjadi titik hijrah dan revolusi untuk kita semua. Salam Maal Hijrah daripada Warkahsiber, Laman Motivasi #1 Anda.

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

2 comments:

tunz said...

salam maal hijrah juga untuk WS

Warkahsiber said...

Salam Maal Hijrah Mama Tunz..=)..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More