Tuesday 27 March 2012

Kisah: Doa Pemimpin Terfitnah

     Assalamualaikum.. Relevannya, di tengah-tengah kehangatan ura-ura dekatnya pilihanraya, perkara fitnah terhadap seseorang pemimpin seharusnya dipandang serius. Kali ini, WS ingin membawakan sebuah kisah mengenai pemimpin yang terfitnah. Faktor ideologi, parti politik, ketinggian peribadi dan ilmu menjadi magnet karisma dan kepimpinanan seorang pemimpin. Namun faktor-faktor ini juga menjadi peluru untuk menjatuhkan seseorang pemimpin. Dek kerana iri hati, fitnah dijadikan senjata melampiaskan cemburu dan marah terhadap seseorang pemimpin.
     Sa’ad bin Abi Waqas ialah seorang sahabat yang didoakan oleh Rasulullah S.A.W untuk dikabulkan doanya. Setiap kali dia berdoa, Allah S.W.T selalu mengabulka doanya. Kisah ini dipetik tatkala Sa’ad bin Abi Waqas menjadi gabenor di negeri Iraq. Sa’ad bin Abi Waqas telah difitnah oleh seseorang dengan mengatakan bahawa dia tidak pandai dalam sembahyang, dia tidak berlaku adil dalam melaksanakan hukum.
     Terkesan dengan fitnah tersebut,maka dia pun mendoakan orang tersebut dengan doanya: “Ya Allah, panjangkanlah umurnya, panjangkanlah kemiskinannya dan hadapkanlah ia ke dalam pelbagai fitnah.” Doa Sa’ad bin Abi Waqas dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Akhirnya, beberapa tahun kemudia, orang itu berdiri di jalan-jalan kota Kufah, dia meminta-minta kepada orang ramai dan menyentuh budak-budak perempuan dan mengekori mereka sambil berkata: “Aku orang tua yang mendapat musibah kerana doa Sa’ad.”
     Membaca kisah di atas, seharusnya kita berhati-hati dalam setiap kalam dan tutur kata agar tidak terjebak dengan fitnah terhadap pemimpin kita. Doa orang yang dizalimi dikatakan sangat diterima, maka ditakutkan kerana fitnah yang kita lemparkan, mereka mendoakan keburukan untuk kita. Sejauh mana pun kita tidak menyukai seseorang pemimpin, elakkanlah menjadikan fitnah sebagai senjata kita menjatuhkan kepimpinan mereka. Moga kisah di atas menjadi pedoman dan panduan untuk kita sejagat.

*Dipetik daripada: Buku “Hadith-Hadith Peringatan Buat Umur Insan”

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More