Wednesday, 29 February 2012

Perfectionist: Bahagian 1

     Assalamualaikum..Adakah di kalangan rakan-rakan anda seorang “perfectionist? Adakah anda digelar oleh rakan-rakan sebagai seorang yang “perfectionist”? Atau, anda sendiri merasakan anda adalah seorang “perfectionist”? Tambah menarik, adakah anda sendiri langsung tidak mengetahui bahawa anda adalah seorang “perfectionist”? Kali ini, WS akan membincangkan perihal “perfectionist” bermula dengan takrifan seorang “perfectionist”.
     Sekilas pandang perkataan pun sudah kita tahu maknanya, bukan? Seseorang yang mementingkan kesempurnaan dalam setiap pekerjaannya. Namun, tahukah anda, sebenarnya “perfectionist” terbahagi kepada 2? “Perfectionist” yang positif dan “perfectionist” yang negatif. Dr Tal Ben Shahar di dalam bukunya “The Pursuit of Perfect” menyenaraikan 2 jenis “perfectionist” iaitu “adaptive” dan maladaptive”.

    Jenis “perfectionist” yang pertama iaitu “adaptive perfectionist” adalah golongan mereka yang berusaha membangunkan diri sendiri dan orang lain. Mereka ini selalunya meninggikan “standard” atau piawaian kerja mereka. Ini bertujuan untuk sentiasa menampakkan peningkatan prestasi mereka. Mereka sangat optimistik dan berkeinginan untuk sentiasa membangun. Mereka inilah yang dikategorikan sebagai “adaptive” perfectionist ini dikira sebagai “perfectionist” yang sihat. Semangat kompetitif mereka terhadap diri sendiri banyak menyumbang kepada peningkatan mutu dan prestasi.
    “Adaptive perfectionist” bermatlamatkan pembangunan diri. Jadi, mereka tidak akan sesekali membuat sesuatu perkara sehingga menyusahkan dan memakan diri sendiri. Cukup jika “standard” yang mereka tetapkan itu menampakkan peningkatan dalam diri mereka. Mereka gemarkan kesempurnaan yang pada yang masa yang sama memberikan keseronokan kepada diri mereka, bukannya tekanan. Mudahnya, mereka sangat “critical” tetapi tidak menyusahkan diri sendiri dan orang lain.

     Jenis yang kedua pula ialah “maladaptive perfectionist”. Inilah golongan yang selalu dikaitkan dengan sifat-sifat negatif.  Menyusahkan, membebankan, menjelikkan. Ini kerana golongan ini bukannya bermatlamatkan membangunkan diri sendiri atau orang lain, tetapi mencari hanya kepuasan maksima. Ada sahaja yang tidak kena di mata mereka, itu salah, ini salah. Jika sesuatu perkara dilakukan tidak sempurna, mulalah nak stres dan marah-marah.
     Mereka seringkali tidak pernah puas hati dengan apa yang mereka kecapi. Disebabkan itu, mereka seringkali mudah diserang tekanan dan emosi tidak stabil. Mereka melihat kesalahan sebagai sesuatu yang negatif, bukannya peluang dan ruang untuk membangunkan diri. Segala kritikan diterima hanya dibingkaikan dengan persepsi akan menjejaskan kedudukan mereka di mata orang lain. Pendek kata, mereka sangat “critical” dan menyusahkan diri sendiri serta orang lain

     Jadi, faham pengertian “perfectionist”? Jika anda faham, agak-agak anda jenis “perfectionist” yang mana? "Maladaptive perfectionist"? Tak mengapa, mengetahui diri anda tergolong dalam “maladaptive” adalah ruang dan peluang untuk anda terus meningkatkan kualiti diri. Jadi, janganlah negatif, just feel GREAT knowing it! Masa untuk berubah! Sekadar itu untuk isu “Perfectionist” bahagian pertama. Kita akan bertemu pula di bahagian yang kedua yang bakal membincangkan lebih jelas ciri-ciri seorang “perfectionist”. Nantikan!

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,
 

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More