Thursday, 29 December 2011

4P Berjaya Dalam Hidup Dan Kerjaya

     Assalamualaikum..Baru-baru ini WS telah memperkenalkan sistem terbaru buat para pengunjung Laman Motivasi #1 Anda iaitu K.R.E.A.T.I.F, sistem yang membantu anda untuk menjana limpahan idea-idea yang kreatif dan hebat. Anda dah cuba jadi K.R.E.A.T.I.F? Jika ya, tahniah kepada anda. Jika ada yang belum, selamat mencuba WS ucapkan. Kali ini, WS tampilkan lagi cetusan hebat iaitu 4P, panduan yang akan membantu akan lebih HEBAT dan BERJAYA dalam hidup dan kerjaya anda.
     4P terdiri daripada elemen yang sangat penting untuk membawa anda melangkah lebih hebat dalam hidup mahupun karier anda, iaitu Perasaan, Perancangan, Pengetahuan dan Pengalaman.Jom kita lihat satu persatu.
  1. Perasaan – Mempunyai perasaan yang mendalam terhadap sesuatu yang anda lakukan menjadi antara motivasi terhebat yang anda punyai. Lazimnya, kita tidak akan begitu bersungguh-sungguh jika tidak mempunyai kecintaan dan keterujaan dalam karier mahupun hidup kita. Kita lakukan sedaya mungkin untuk mencapai segala yang dihajati disebabkan cintanya kita kepada kerjaya kita. Kita juga sanggup melabur apa sahaja demi menjadikan kehidupan kita yang diwarnai oleh keluarga tersayang mendapat KEJAYAAN.
  2. Perancangan – Anda mungkin minat berniaga, tetapi belum tentu menjamin perniagagaan anda akan BERJAYA tanpa perancangan yang betul. Semua individu dan organisasi HEBAT di dunia ini melandaskan segala perkara yang ingin dibuat dengan perancangan rapi. Ini membolehkan kita meneliti segala kekuatan, kelemahan,peluang dan ancaman untuk merealisasikan apa yang diimpi dengan berkesan. Dengan itu, dapat kta memaksimakan KEJAYAAN dan meminimumkan KEGAGALAN dalam hidup dan kerjaya.
  3. Pengetahuan – Asas pengetahuan tentang ruang lingkup kerjaya dan kehidupan anda membuatkan anda lebih berkemahiran. Kemahiran yang tinggi semamangnya penting untuk menyelesaikan segala tugasan dan permasalahan yang dihadapi. Tanpa pengetahuan mendalam tentang bidang kerjaya anda, anda mungkin meletakkan jawatan anda di paras bahaya. Dan, tanpa penegtahuan tentang kehidupan, anda meletakkan diri anda sebagai seorang yang lemah dan mudah ditindas.
  4. Pengalaman – Ramai mengatakan pengalaman adalah guru yang terbaik. Ramai juga yang menyanggahnya. Bagi WS, pengalaman adalah antara guru yang terbaik. Ini bermaksud guru dalam kehidupan bukan sekadar pengalaman, bahkan aspek lain juga sama penting. Jika pengalaman adalah guru terbaik, kenapa ramai yang ditangkap menipu dalam kerja masih mengulangi perkara yang sama? Kenapa ada yang ditangkap mencuri berulang kali dalam hidupnya? Pengalaman memberi pengajaran, yang penting, belajarlah daripadanya.
     Jadi,mempunyai 4P ternyata memberi KEHEBATAN dan KEJAYAAN dalam hidup dan juga kerjaya anda. Mengetahui hakikat ini, ayuh kita bersama tingkatkan kualiti 4P. Ingat, KEHEBATAN dan KEJAYAAN dalam hidup dan kerjaya bukanlah untuk orang lain, tetapi untuk kenikmatan kita sendiri juga. Bersama terus melestarikan KEHEBATAN dan KEJAYAAN. Semoga kita lebih HEBAT dan BERJAYA!

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More