Assalamualaikum..”Datanglah, datanglah, idea yang mencurah-mencurah.” Itulah yang kita sering inginkan ketika kebuntuan jalan dan ikhtiar untuk menyelesaikan sesuatu kerja. Namun, makin kita memikirkannya, makin kabur jadinya. Idea ibarat tersekat, tak mahu keluar. Aaaahh, mula la nak bengang. Di saat idea yang diinginkan, “tension” pula yang datang mengundang.
Dalam menjalani segala tugasan anda, kepelbagaian idea dan cetusan minda menjadikan anda lebih efektif dan efisyen. Ia membantu anda mempercepat proses perbincangan dan membuat keputusan. Siapa kata anda tak kreatif? Dengan sistem K.R.E.A.T.I.F, semua orang boleh menjadi kreatif. Inilah sistem penghasilan idea yang boleh anda pelajari. Yok kita jadi K.R.E.A.T.I.F!
- Keterbukaan – Terima apa jua idea yang terlintas di fikiran biarpun ada yang agak mustahil dilakukan. Prinsip pertama dalam menjana kreativiti ialah tidak menghalang segala idea yang datang. Jika anda kerap menutup pintu idea, sukar bagi anda untuk menjana idea-idea berikutnya. Senaraikan semuanya dahulu, kemudian barulah diteliti satu demi satu, yang mana yang terbaik.
- Rujuk pakar – Dengan ilmu dan pengalaman mereka, anda boleh mempelbagai perspektif anda melihat sesuatu perkara. Mereka juga boleh memberi idea dan panduan tambahan yang berguna untuk anda. Selain itu, anda juga boleh mempelajari perkara baru lantas memberi pemahaman yang lebih dinamik.
- Emosi stabil – Di sebalik ketegangan ketika kebuntuan, emosi harus dipastikan stabil dan dalam kawalan. Emosi kurang stabil seperti marah, geram, tertekan, bakal menyempitkan kreativiti dan hilangnya pertimbangan. Bila tak tenang, idea takkan datang.
- Apa bukan siapa – Usah banyak bertanya siapa,tetapi tanyalah apa yang perlu dibuat. Menyenaraikan apa terlebih dahulu dapat meluaskan sempadan pandangan dan idea anda. Ini kerana jika anda bermula dengan bertanya siapa, ruang pemikiran anda akan terbatas dengan fungsi orang-orang di sekeliling anda sahaja, maka idea anda hanya tertumpu tentang keupayaan mereka sahaja.
- Tambah ilmu – Menambah pengetahuan dan skil dapat menjadikan anda seorang yang “resourceful”. Anda sarat dengan ilmu dan sumber untuk dilandaskan ketika anda ingin mencambah idea. Apabila banyaknya sumber anda, banyaklah idea dapat dihasilkan.
- Ilahi – Sering kali berdoa kepada Allah untuk melapangkan hati dan dan fikiran agar anda lebih kreatif. Sesungguhnya Allah itu dekat dan mendengar segala doa dan permohonan hambaNya. Mintalah agar dipermudahkan segala urusan anda dan diterangkan hati dan fikiran.
- Fikir positif – Anda akan jumpa apa yang anda cari. Jika anda mencari positif, maka anda akan mendapat idea-idea yang positif. Jika anda menumpukan pada yang negatif, setiap perkara anda akan nampak negatif. Jadi, hendaklah anda sentiasa berfikiran positif untuk menjana lebih banyak idea-idea positif.
Apabila anda kebuntuan, serlahkan K.R.E.A.T.I.F anda, pasti idea anda mencurah-curah. Kreativiti ialah seni pemikiran, maka belajarlah teknik-teknik berfikir secara kreatif. Ini kerana kreativiti bakal membantu anda mendepani segala masalah dengan lebih HEBAT. Selain itu, anda juga mungkin melahirkan idea HEBAT yang belum pernah terlintas di benak orang lain. Ingat, kreativiti ialah satu seni, dan ia boleh dipelajari. All the best guys!
Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,
2 comments:
dalam kalangan rakan sekerja mama sering menjadi tmpat bertanya jika mereka inginkan idea2 baru baik dri segi pengajaran dlm kelas atau pun kerja2 yg lain..mama boleh beri idea dan pendapat..harap ianya memberi kebaikan kpd semua....
mama suka mencontohi individu2 yg berjaya..mama kagum dgn semangat mereka...tapi kdg2 pena terfikir...kenapalah aku tak boleh jadi seperti mereka....adakan ini dikatakan meratapi nasib or merendah diri...kurang keyakinan diri kot...tq sbb sudi membaca komen ini sehingga habis..
Tahniah mama sebab jadi sumber kreatif raka-rakan mama..HEBAT tu!=).."kenapalah aku tak boleh jadi seperti mereka" bukanlah meratap atau mengeluh tetapi sebenarnya mama telah mencabar diri mama untuk lebih maju ke hadapan dengan meletakkan standard yang lebih tinggi daripada orang biasa, maka usahalah..Memang HEBAT!=)..
Post a Comment