Assalamualaikum..Kemorosotan gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia semakin ketara. Saban hari, penyakit berkaitan gaya hidup tidak sihat kian menjangkiti ramai orang. Sebagai contoh, statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan jumlah penghidap penyakit Diabetes, salah satu penyakit berkaitan gaya hidup tidak sihat, meningkat kepada 3 juta orang pada tahun ini berbanding 1.5 juta lima tahun lalu. (Sumber statistik)
Faktor pemakanan sering dikaitkan dengan gaya hidup tidak sihat. Memang tak dinafikan, kulinari Malaysia terkenal dengan penggunaan kolestrol, lemak, minyak dan manis berlebihan. Lihat sahaja masakan di kedai-kedai,bukan main banyak minyaknya. Tapi bagi orang Malaysia, itulah penyedapnya. Limpa, hati, tulang dan segala macam organ dalaman menjadi santapan masyarakat kita. Sup "gear box" sampai kering disedutnya, punyalah nikmat! Tanpa diketahui, yang dikatakan nikmat itulah sebenarnya masalah.
Untuk mempunyai gaya hidup yang sihat tidaklah susah. Kuncinya, kawal ABC anda, kesihatan anda lebih terkawal.
- A1: iaitu symbol untuk “blood sugar” atau kandungan gula dalam darah. Minuman manis sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Selain itu, penggunaan gula berlebihan juga didapati dalam masakan seperti kek dan biskut Kadar gula dalam darah hendaklah diperiksa 2-4 kali setahun. Paras A1 yang ideal ialah <6.5%.
- Blood Pressure: Tekanan darah dikaitkan dengan tahap pemakanan dan tekanan hidup. Tekanan darah yang tinggi atau rendah adalah kesan amalan gaya hidup tidak sihat. Paras BP hendaklah selalu diperiksa, dan paras BP yang ideal ialah <130/80mm Hg.
- Cholesterol: Kolestrol selalunya dikaitkan dengan pengambilan minyak dan lemak berlebihan dalam makanan. Pastikan kadar kolestrol anda sentiasa di tahap ideal iaitu kurang daripada paras 200. Pemeriksaan kesihatan, pengambilan makanan rendah kolestrol dan makanan kesihatan seperti Quaker membantu mengawal kolestrol anda.
Kehidupan yang HEBAT bermula dengan kesihatan yang HEBAT. Dengan tubuh yang sihat dan bebas penyakit, pelbagai kekangan dalam hidup dapat diminimakan. Ini sekaligus membantu memudahkan perjalanan mengecap KEHEBATAN dalam hidup. Kawal ABC anda, terkawal kesihatan anda. Semoga anda semakin SIHAT dan HEBAT!
Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,
4 comments:
assalamualaikum WS..mama ni ada darah tinggi tau..kalau mama terlalu fikirkan keje..i mean...taksub sgt dgn keje...mulalah sakit kepala..kalau nk tau darah naik ke tak...akan rasa sakit urat kat belakang leher...jaga2...pena kena pam tekanan darah selang dua hari..masa tu lau x silap 120/180..memang tinggi..masa tu drive pun dh pening.....so, mama minum Fadhilat Herbs...air dri melada pahit dan kemunting cina..punyalah pahit...so skrg ni mama akan relaks jerbila buat kerja....doakan mama sihat yer...
p/s 2012 mama dah 4o tau..tpi rasa mcm muda la pulak..hihih..may b sbb ngajar murid2 tahun 1 kot...
Wah, petua ni..hehe..Pernah jga dengar air tu..Semoga mama semakin SIHAT dan HEBAT!..=)..
singgah baca info.. tuk yg nak kawal tekanan darah dan kolestrol boleh amalkan buah jambu batu dan bawang putih.Kalau nak Alternatif lain bawang putih boleh ambil produk nutrisi Shaklee iaitu Garlic Complex atau Omega Guard yg lebih mudah diambil dan berkesan menyerap ke tubuh badan.untuk maklumat boleh ke blog saya di http://dzladyzwardrobe.blogspot.com atau sms 016-2011377 untuk tempahan. Tq
bagus petua ni...
Post a Comment