Assalamualaikum..Melihatkan pelbagai konflik dalam segenap aspek kehidupan Muslim sama ada agama, politik, akhlak dan sosial ternyata melambangkan keruntuhan dunia Islam. Perlu diingat, pengertian dunia Islam bukan hanya berkisarkan negara-negara Arab, bahkan merangkumi sekalian ummah di segenap pelosok dunia, termasuk keruntuhan Muslim di Malaysia. Peperangan dan pertumpahan darah, perebutan dan pertelingkahan kuasa politik, ketamakkan kemewahan dunia, kebejatan moral dan keruntuhan akhlak, penyimpangan akidah, semuanya seakan-akan melambangkan betapa rapuhnya umat Islam di dunia ini. Apakah punca berlakunya keruntuhan Muslim kini?
Syeikh Hassan an Nadwi di dalam bukunya “Maza Khasiral A’lamu Binhinthaatil Muslim telah menyenaraikan 5 faktor utama yang menyebabkan keruntuhan Muslim. Beliau menggariskan faktor-faktor berikut:
- Kepimpinan Muslim yang tidak betanggungjawab. Apabila tanggungjawab dan intergriti pemimpin Muslim dibayangi oleh kepentingan diri dan kronisme, kekuatan Islam mulai menghilang. Fenomena negatif ini boleh dicontohkan semasa pentadbiran Bani Umayyad dan Abasiah kecuali ketika pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.
- Pembahagian antara politik dan agama. Ketika zaman Rasulullah dan era Khulafa ar-Rasyidin, politik dan agama tidak langsung dipisahkan kerana Islam adalah cara hidup yang komprehensif yang merangkumi segenap aspek termasuk politik. Tatkala politik tidak lagi disandingkan dengan agama, penyalahgunaan kuasa, penindasan dan ketidakadilan mula menyerlah. Akhirnya, hilanglah kestabilan dalam dunia Muslim.
- Tauladan buruk pemimpin Muslim. Apabila pemimpin-pemimpin Muslim mula bertemankan kemewahan dan kemungkaran, mereka mula meningglakan kewajipan mereka iaitu memakmurkan kebenaran dan mencegah kemungkaran. Kerosakan perangai dan gaya hidup mereka menghasilkan tanggapan negatif terhadap masyarakat Muslim.
- Kegagalan ilmuwan Islam mengembangkan ilmu. Pada kurun ke 17, kebanyakkan ilmuwan Islam terlalu terikut-ikut dengan falsafah Greek. Mereka juga terlebih teruja membincangkan isu-isu berkaitan roh, wihdatul wujud dan isu-isu minor berkenaan Islam. Mereka tidak memfokuskan kepada memngembangkan ilmu sains dan teknologi yang mana menjadi tumpuan utama ketika itu di dunia Barat. Akhirnya, Barat mengusai dunia Muslim sehingga kini dengan ilmu sains dan teknologi.
- Percambahan bidaah dan fahaman sesat. Kejatuhan ummah mula bertitik tolak apabila ajaran Islam mula dicemarkan dengan pandangan dan amalan bidaah yang sesat. Akhirnya, bidaah dan rekaan dalam agama yang menyimpang daripada Al quran dan Sunnah menjadi semakin popular. Kesannya,kesucian ajaran islam makin terjejas.
Maka, terjelaslah kepada kita akan punca-punca keruntuhan Muslim di dunia ini. Seharusnya kita menghindari dan mencegah faktor-faktor yang disenaraikan Syeikh Hassan an Nadwi. Jika berterusan menafikan kebenaran dan menjunjung kemungkaran, pasti makin runtuh dan tenggelam Muslim di dunia ini. Bersama kita pelihara dan tegakkan Islam di muka bumi ini.
Sumber: Buku “7 Formula Individu Cemerlang” tulisan Dr Danial Zainal Abidin
Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,
0 comments:
Post a Comment