Assalamualaikum..Sebut sahaja Walt Disney, pastinya kita terus teringatkan trio kartun yang sangat sinonim dengan kita iaitu si tikus Mickey Mouse, si itik Donald Duck dan si anjing Goofy. Hampir setiap kehidupan zaman kecil semua daripada kita diwarnai dengan telatah karektor diilhamkan Walt Disney ini. Bertahun-tahun selepas itu, Walt Disney muncul dengan variasi watak yang lain yang kebanyakannya menarik perhatian kita. Munculnya karektor Phineas, Ferb, Cinderalela, Alladin, Snow White, Lightning McQueen, Winnie The Pooh, Stich, Mulan, Peter Pan dan pelbagai lagi memperlihatkan seolah-olah tidak kering idea mereka ini. Selain itu,kehadiran mereka begitu dekat dengan jiwa kanak-kanak. Bagaimana mereka terus mencipta dan mendapat idea untuk menghasilkan idea-idea kreatif ini?
Walt Disney mempunyai metod dan kaedah mereka tersendiri untuk mencetus idea-idea kreatif. Sistem idea mereka begitu tersusun yang mempengaruhi kualiti setiap yang dihasilkan. Dalam mencari idea, mereka lazimnya dibahagikan kepada tiga kumpulan utama yang mempunyai peranan masing-masing untuk menghasilkan idea kreatif yang sangat berkualiti.
- Dreamer: Tugasnya adalah untuk melihat sesuatu perkara secara gambaran besar (big picture), berimaginasi dan berkreativiti tinggi. Tiada sempadan dan batasan harus diletakkan bagi peranan ini bagi mengilhamkan idea. Mereka lebih banyak bertindak menggunakan gerak hati, berfikiran bebas, tidak terbatas logik dan idealistik.
- Realist: Mereka ini bertindak sebagai penyusun kepada idea dan imaginasi Dreamer. Melihat dari kaca mata logik dan realiti,mereka akan memperinicikan setiap satu idea yang dilontarkan Dreamer agar tampak praktikal dan realistik. Mereka juga akan menyediakan perincian dan aturan untuk perlaksanaan idea terbabit.
- Critic: Mereka ini cuba memberi sudut pandangan berbeza kepada setiap idea yang diberikan terutamanya daripada sudut negatif. Mereka bertanggungjawab bertanya soalan-soalan dan membuat provokasi untuk memperkukuh idea yang telah diberi dan disusun oleh dua pihak terdahulu. Segala penilaian seharusnya berasaskan idea tersebut, dan bukannya faktor peribadi.
Inilah antara cara Walt Disney Berjaya mencipta fenomena kartun di seluruh dunia. Mereka mempunyai sistem percambahan idea dan kreativiti yang tersusun. Pengaliran idea berjalan dengan sangat sistematik akhirnya membuahkan hasil karya yang sangat hebat. Maka, haruslah dicuba teknik percambahan idea Walt Disney ini dalam organisasi dan kehidupan kita. Moga dengan cara ini,lebih banyak idea kreatif dapat dihasilkan untuk memuncakkan kehebatan dalam hidup kita. Selamat mencuba.
Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,
1 comments:
Hello ωould you mind lеtting mе κnow which hosting company you're using? I'νе loaded your blog in
3 differеnt internet browsers and I must say this blog
loaԁs a lοt faster then moѕt.
Can you suggest a gooԁ hosting providеr at a reaѕonablе price?
Cheеrs, I apprеciate it!
my site howtosavemoneyatdisneyworld.blogspot.com
Post a Comment