Saturday 29 August 2009

Pengalaman mengajar erti kehidupan



Assalamualaikum,

Pada tanggal 21 Ogos yang lalu, aku berkesempatan menyetai program masuk kampung orang asli anjuran COMRADE Club. Sememangnya sedah lama aku kepingin untuk masuk ke kampung orang asli dan merasai sendiri kehidupan masyarakat disana. Ternyata ia merupakan satu pengalaman yang cukup menakjubkan. Aku bersyukur kerana diberikan peluang sedemikian.

Program yang dianjurkan selama tiga hari itu memfokuskan pada bimbingan fardhu 'ain. Mereka diajar tentang bacaan Al-Fatihah yang betul, dan beberapa perkara fardhu 'ain yang lain. Sepanjang program tersebut berlansung, aku sempat mencuri peluang untuk mengamati suasana kampun orang asli di sekitar kawasan tersebut. Ternyata suasananya berbeza sekali dengan kampung melayu biasa. Masyarakatnya agak pemalu sedikit tetapi sangat peramah dan suka tolong menolong.

Suasana kampung menjadi hidup tatkala siang menjelang, dan pabila malam menjelma, keadaan kampung itu seolah-olah mati. Suasana gelap gelita menyelubungi seluruh kampung. Gelap tanpa secebis pun sinar lampu neon. Aku dan beberapa ahli jawatan kuasa program hanya tidur bertemankan ceracak batang lilin yang menghiasi dinding surau. Kesejukkan menusuk hingga ke tulang. Yang paling mengasyikkan apabila subuh menjelma, kami bersolat berjama'ah di atas padang rumput berlantaikan kanvas dan ditemani cahaya lilin menerangi suasana hening. Keheningan subuh membuatkan diriku seolah-olah berada disatu tempat yang tenang dan aman sambil menunaikan solat. Sungguh mengsyahdukan.

Pengalaman yang paling menarik sekalai adalah aku sempat berpuasa bersama-sama masyarakat kampung tersebut. Semua orang bangun seawal 4.30 pagi untuk menyediakan makanan sahur. Semua bersahur bersama-sama termasuk penduduk kampung sekali. Makan dalam satu talam beralaskan kanvas diterangi cahaya lilin sahaja. Sungguh syahdu rasanya hati ini melihat suasana sedemikian rupa. Malahan tatkala menjelang berbuka, semua orang termasuk penduduk kampung bergotong-royong masak bersama-sama. Sungguh meriah suasana ketika itu. Masing-masing menunjukkan kepakaran memasak masing-masing.

Sememangnya banyak pengajaran dan pengalaman yang dapar aku kutip buat panduan dan pedoman untuk masa hadapan. Seperkara yang perlu kita sedari, kita dikurniakan dengan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah dari langit dan bumi. Justeru, wajiblah untuk kita bersyukur diatas kurniaan ini dan berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan kehadrat Illahi. Namun, berapa ramaikah di antara kita betul-betul bersyukur di atas rahmat kurniaan Illahi ini. Sedangkan Rasullallah seorang Nabi sentiasa bersyukur kepada Allah, apatah lagi kita ini hanya seorang hamba yang sering kali melakukan kesilapan dan kesalahan.

Sekian, wassalam

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More