Friday 11 September 2009

Berkesankah solat kita?



Assalamualaikum, ,moga kalian sentisa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berkati Illahi insyaallah.

Dalam satu hadith, Rasullallah s.a.w bersabda:
"sesungguhnya solat itu tiang agama, barangsiapa mendirikannya maka dia telah mendirikan agamanya, barang siapa meninggalkannya maka dia telah meruntuhkan agamanya"

Solat sehari semalam lima waktu merupakan kewajipan bagi setiap yang bergelar muslim. Ia merupakan suruhan dari Allah Ta'ala. Tambahan, suruhan solat telah di turunkun secara terus menerus dari Allah Ta'ala ketika peristiwa Isra' dan Mi'raj. Ini membuktikan bahawa suruhan solat itu merupakan kewajipan yang amat penting di sisi Allah Ta'ala. Hal ini berbeza dengan kewajipan yang lain yang diturunkan melalui perantaraan Malaikat Jibril 'Alai Hissalam.

Hakikat yang perlu kita sedari dewasa ini adalah, ramai di antara kita yang menunaikan solat fardhu dan ada juga yang menambah dengan solat sunat. Namun, sejauh manakah solat kita itu betul-betul berkesan dalam mendidik peribadi kita untuk menjadi seorang muslim yang hakiki. Allah Ta'ala menyebut di dalam Al Quran:
"sesungguhnya solat itu mencegah dari kerosakkan dan kemungkaran"
Malangnya, ramai diantara muslim dewasa kini masih melakukan kemaksiatan dan kemungkaran walhal mereka mendiri solat. Kemungkaran berleluasa maksiat berganda. Persoalannya, bagaimanakah hal ini terjadi?
Hal ini boleh dinilai dari beberapa aspek tertentu, antaranya, dari segi niat kita melaksanakannya, adakah kita menunaikan solat semata-mata kerana tanggungjawab, atau kerana kepentingan peribadi seperti menunjuk-nunjuk, atau sekadar mengikut orang lain. Nilai sesebuah solat itu diukur pada keikhlasan dalam melaksanakannya. Kita hendaklah melakukannya ikhlas kerana Allah dalam mencari keredhaannya. Secara tidak langsung, hal ini akan membawa kepada kekusyukkan dalam bermunajat kepada Illahi.

Bagaimanakah yang dikatakan solat kita itu berkesan? Andai solat yang dilakukan itu berkesan, ada beberapa indikasi tentang berkesannya solat seseorang itu. Antaranya adalah:

1. Disiplin diri
Solat mengajar kita erti disiplin diri. Disiplin dari segi penjagaan masa, teratur dalam
mendirikan sauf, dan sebagainya.

2. Kepimpinan
Melalui solat kita mampu membentuk nilai kepimpinan seseoran individu muslim tersebut.
Seorang iman mengetuai seluruh jama'ah.

3. Kerjasama dalam kumpulan
Ketika solat, semua ma'mum melakukan pergerakkan secara serentak sengikuti imam. Ini
membentuk semangat kerjasama atau team work di kalangan setiap individu muslim.

4. Peribadi mulia
Melalui solat, ia dapat mendidik seseorang muslim itu untuk memiliki peribadi yang mulia.
Antaranya seperti, merendah diri, bertata tertib, ikhlas, sabar dan sebagainya.

Sekiranya. perkara-perkara ini ada dalam diri kita, maka solat yang kita lakukan itu sememangnya berkesan dalam mendidik peribadi muslim. Akan tetapi, sekiranya tidak, bersama-samalah kita bermuhasabah kembali, semoga kita dibimbing di atas jalan yang haq insyaallah...

wassalam.

"solat menjana pembangunan ummah"


0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More