Sunday 13 September 2009

Tazkirah ramadhan

Assalamualaikum, moga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera dan di berkati Illahi selalu insyaallah.

Jam menunjukkan pukul 10.56 malam. Aku baru lepas pulang dari surau berdekatan selepas selesai menunaikan solat 'isyak dan tarawih berjama'ah. Ketika di surau tadi, aku ada mendengar tazkirah yang di sampaikan oleh seorang ustaz jemputan khas. Antara inti pati tazkirah tersebut adalah:

1) Surah Al 'Asr
Dalam surah ini Allah Ta'ala telah bersumpah bahawa setiap manusia itu dalam kerugian. Kita
semua adalah dalam kerugian melainkan kita meng'amalkan empat perkara iaitu:
1. Beriman kepada Allah
2. Melakukan 'amal soleh
3. Berpesan dengan kebenaran
4. Berpesan dengan kesabaran
Sesungguhnya ada tiga golongan manusia di atas muka bumi ini iaitu, golongan yang untung,
golongan yang selamat, golongan yang rugi. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan
yang untung insyaallah.

2) Surah Al Kausar
Surah ini merupakan surah terpendek di dalam Al Quran. Kalimah Kausar, mengikut tafsiran
ulama' mempunyai dua makna iaitu telaga Rasullallah dan juga kebaiikan yang banyak.
Telaga Nabi ini merupakan telaga yang dijanjikan untuk setiap orang Islam yang mengikut
ajaran Rasullallah. Air dari telaga ini akan menghilangkan rasa dahaga selamanya. Diceritakan
di padang mahsyar nanti, akan ada beberapa golongan yang akan di halau oleh malaikat dari
mendekati telaga ini. Rasullallah bertanya, mengapakah mereka itu dahalau sedangkan
mereka itu adalah ummatku? Malaikat menjawab: mereka mengaku sebagai ummatmu
tetapi meninggalkan ajaranmu. Dalam satu hadith Nabi s.a.w. bersabda:
"syurga itu untuk seluruh ummatku melainkan mereka yang tidak mahu. Para sahabat
bertanya siapakah yang tidak mahu? Nabi menjawab: mereka yang mengingkari
ajaranku"

Moga kita tergolong di kalangan yang dijanjikan syurga Allah insyaallah.

Sekian, wassalam

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More