Wednesday 30 September 2009

Laman sosial:ancaman atau peluang?


“Assalamualaikum, ustaz” Razlan memberi salam menegur dari belakang. Ustaz Amran lalu menoleh. “Wa’alaikum salam” balas Ustaz Amran bersahaja. Mereka berjabat tangan tanda saling menghormati antara satu sama lain. Bak kata orang tua-tua orang muda disayangi dan orang tua dihormati.

“Ustaz pernah dengar facebook?” soal Razlan. “Pernah, selalu juga ustaz dengar anak-anak muda sini berbual pasal benda tu. Kenapa kamu tanya?” soal Ustaz Amran. “ Begini ustaz, saya nak mintak pandangan ustaz lah, bagi saya, saya rasa penggunaan internet ni terutamanya laman-laman sosial ni sebenarnya berbahaya dan tidak elok. Ini kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan. Kalau ustaz perhatikan, antara bahayanya pengunaan laman sosial seperti maklumat peribadi kita boleh diceroboh dan boleh di salahgunakan oleh orang lain. Tambahan pula ia menggalakkan berlakunya kemaksiatan melalui gambar-gambar yang dikongsi dalam laman sosial tersebut. Kebanyakkan gambar adalah gambar yang tidak senonoh. Malah ini akan turut mempengaruhi minda anak-anak kecil yang tidak tahu menahu buruk baik perkara tersebut.” “Saya juga ada mendengar sesetengah ulama’ menfatwakan laman sisial seperti ini adalah haram. Tambahan lagi, laman sosial ini dipegang oleh orang yahudi.” Tambahnya lagi.


Sambil mendengar penjelasan Razlan, Ustaz Amran hanya menguntum senyuman. “ Begini, pada pandangan saya sendiri, setiap perkara itu mempunyai baik dan buruknya tersendiri. Kita dikurniakan aqal dan fikiran, maka gunakanlah ia dengan sebaik mungkin berpandukan nas dari Shariah. Dalam menilai sesuatu perkara janganlah kita melihat dari satu sudut sahaja, kita perlu meneroka dari pelbagai aspek dan segi. Barulah penilaian kita itu bernas. Berkenaan facebook, pada saya tak dinafikan ia berpotensi untuk disalahgunakan oleh pihak lain, namun cuba kita lihat dari sudut positifnya, melalui adanya laman seperti ini, kita bukan sahaja boleh berkongsi idea dan pengalaman, tetapi sebenarnya kita boleh jadikan ia sebagai medan da’wah. Kita boleh menyampai mesej Islam kepada pelbagai umat manusia di seluruh dunia. Namun, sekiranya jelas ia mendorong kearah kemaksiatan sememangnya hukumnya adalah haram dan wajib kita menjauhinya. Akan tetapi, ada kalanya sesuatu perkara itu menjadi haram disebabkan sikap manusia yang terlalu leka melayan laman sosial seperti ini sehingga melalaikan hukum agama. Terlalu asyik berchatting hingga lupa sudah masuk waktu solat. Ini yang membuatkan benda itu haram. Saya sendiri kurang pasti tentang fatwa yang kamu sebutkan tu, mungkin kamu boleh rujuk kembali kitab atau artikel yang kamu baca tu.


Tentang ia dipegang oleh orang yahudi, tu sebenarnya bukanlah satu masalah yang besar. Orang yahudi menguasai banyak perkara dari sei ekonomi hinggalah ke hal laman sosial sendiri. Kiat boleh mengelak atau mengatasinya dengan tidak mendedahkan maklumat sulit atau peribadi dalam laman sosial ini seperti alamat email, nombor telefon dan sebagainya. Ini bagi mengelakkan pelbagai musibah dimasa akan datang. Kita janganlah terlalu jumut pemikiran. Jangan melihat sesuatu ancaman itu semata-mata ancaman. Dengan pemikiran yang positif, kita boleh menukar ancaman kepada peluang yang akan memanfaatkan kita di masa hadapan.”

p/s: ini hanyalah pendapat peribadi semata-mata. Sebarang cadangan atau komen amat dialu-alukan.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More