Tuesday 9 June 2009

Kem Modal Insan (KEMUDI) 2009



Assalamualaikum, moga kalian semua berada dalam keadaan sihat dan diberkati Illahi selalu.

Alhamdullillah pada bulan Mei yang lalu, aku berpeluang untuk meyertai satu kem yang dianjurkan oleh Mantop Training and Consultancy sebagai fasiltator. Kem selama 3 hari ini diadakan di kem idaman nurani ulu langat. Kem ini dikelolakan oleh ustaz zamri (TV 9).
Ini merupakan pengalaman pertama aku terlibat dengan consultant luar dalam menganjurkan program. Banyak perkara yang aku pelajari dari aspek modul dan cara menyampaikan ceramah kepada peserta. Buat makluman semua, para peserta kem ini berumur dari 10 tahun hingga 19 tahun.

Pada mulanya agah sukar untuk mengawal adik-adik yang ketara perbezaan umur ini, namun melalui aktiviti kumpulan yang berterusan, alhamdullillah semuanya berjalan lancar. Kebanyakkan adik-adik berasa gembira sepanjang kem ini. Selain aku, ada 2 lagi pelajar UIA yang terlibat sebagai fasilitator iaitu Shah dan Zaim. Bagi yang muslimat, fasilitatornya adalah dari UPSI.

Sememangnya banyak pengalaman dan tips yang dapat aku pelajari melalui kem ini. Antara perkara penting yang di terapkan dalam kem tersebut adalah tentang tips kecermelangan melalui Al Quran dan smarts solat. Perkara yang yang tidak dapat dilupakan adalah pada sesi muhasabah. Aku sunggu mendengar terharu mendengar luahan hati adik-adik ini. Sungguh menyentuh hati.

Akhir kalam, sesungguhnya kejayaan itu dikecapi dengan usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh seterusnya berkat tawakal dan doa kedua ibu bapa. Nescaya kita akan mengecapi kejayaan hakiki insyaallah.

wassalam

p/s: Di sini aku sertakan video tentang kem tersebut. Enjoylah.

1 comments:

wady awagy said...

tahniah. setapak lagi kehadapan .. bawak sekali pengikut dibelakang

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More