Monday 22 June 2009

H1N1! Musibah atau Muhasabah

Assalamualaikum, kudoakan moga kalian semua berada dalam kedaan sihat sejahtera dan dirahmati Illahi selalu insyaallah.

Dewasa ini kita dikejutkan dengan satu isu glodal, isu penularan virus Influenza A H1N1 yang diwartakan oleh WHO sebagai pendemik beberapa bulan lalu. Penularan virus ini semakin hari semakin berleluasa dan mengikut statistik terbaru lebih kurang 180 ribu orang telah dijangkiti virus ini malah puluhan ribu lagi telah meninggal dunia. Malaysia khususnya telah mencatatkan kes sejumlah 50 orang dan terbaru kita digemparkan dengan isu 2 orang pelajar sekolah jenis kebangsaan cina di jangkiti virus berbahaya ini. Hal ini menyebabkan sekolah berkenaan terpaksa ditutup dan para pelajar dikuarantin.

Seperkara yang perlu kita renungkan adalah, sebagai hamba Allah kita tidak terlepas dari dugaan Illahi. Dugaan yang datang dalam pelbagai bentuk dan cara, pelbagai keadaan dan suasana, tidak siapa dapat menentukannya melainkan Dia yang Maha Esa. Isu yang melandan dunia dewasa ini merupakan satu ujian kepada umat manusia yang sekian lama alpa dan leka dek pengaruh dan hasutan duniawi. Hidup diwarnai dengan perkara yang laqha dan maksiat. Hiburan dan budaya hedonisme berleluasa, maksiat dan kemungkaran bertebaran di muka bumi. Suruhan Illahi dipandang enteng, pantang larang agama diambil mudah, urusan Islam dipermudah-mudah. Ramai umat manusia yang Islam hanya pada nama, namun akhlaknya mengalahkan orang yang tidak punya agama.

Islam menganjurkan umatnya untuk bersungguh-sungguh dalam urusan dunia dan dalam masa yang sama ikhlas dan istiqamah dalam urusan agama. Kebelakangan ini, ramai umat Islam yang terlalu leka tidak menghiraukan urusan agama. Justeru, ujian Illahi ini datang supaya manusia kembali pada pangkuan agama dan taat pada suruhan Illahi. Sebagai seorang muslim haruslah kita muhasabah kembali sejauh mana kita telah melaksanakan tanggung jawab sebagai seorang muslim yang hakiki. Taat dan patuh pada tuntutan Illahi. Ujian ini datang sebagai teguran dari Illahi buat umat manusia yang alpa dan leka untuk kembali kepada jalan hakiki.

Akhir kalam, bersamalah kita berdoa moga kita dilimpahkan dengan rahmat dan inayah dari Illahi dan tergolong di kalangan hambanya yang soleh insyaallah. Moga hidayah Illahi menjadi panduan buat kita semua dalam melayari lautan duniawi ini.

Sekian, wassalam

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More