Wednesday 20 May 2009

Petang nan indah..............

Jam di dinding menunjukkan pukul 5 petang. Aku lekas menyiapkan diri untuk solat asar. Selesai menunaikan kewajipan, aku kembali menoleh ke arah jam. Sudah 5.15 petang. Aku bingkas bangun lalu menukar pakaian ke pakaian sukan. Selesai menukar pakaian, aku menjengah ke luar jendela, kelihatan awan mendung berarak menyelubungi langit biru. Sesekali kedengaran dentuman kecil guruh bergema di angkasa raya.

“Alamak, macam nak hujan ni” bicara hatiku. Namun, aku tetap nekad untuk turun juga walau hujan menimpa. Setelah selesai semua persediaan, aku melangkah turun dari bilik. Penuh semangat dan bergaya.

Setibanya di bawah, aku menaip pesanan ringkas kepada temanku. Kita gerak sekali, lalu aku menekan butang send. Selang beberapa minit mobilku berdetik. Oriet, balasnya ringkas. Setelah 6 minit berlalu, kelihatan di kejauhan kelibat sahabatku ini sambil menunggang motosikalnya. Aku lalu membonceng motosikal itu dan kami terus menuju ke tempat yang di janjikan. Setibanya disana, kami menanti kelibat teman-teman yang lain. “Ni macam kita dua ja ni” ujar Fahimi.Setelah sekian lama menanti, kelihatan Zahid menerjah masuk dengan motosikalnya. Selang beberapa minit muncul Jali dengan kasut barunya.

“Nampaknya kita berempat sahajalah ni” Balasku.

Tanpa membuang masa, kami meneruskan upacara pada petang itu. Bola di letakkan di tengah, sebaik sahaja sepak mula, berlakulah pertembungan antara dua pasukan (clash of the titan). Masing-masing menunjukkan skill terhebat yang diwarisi dari menonton video klip skil bola. Jali menunjukkan skillnya yang terhebat. Walaupun asakan yang bertubi-tubi di terima, namun tentangan yang di berikan tetap ampuh. Selepas 30 minit berentap di pentas futsal, kami berhenti sambil beristirehat. Sambil berbual-bual dan bertukar-tukar idea dan pandangna ynag bernas, aku menyedari satu perkara penting, untuk menjamin kejayaan sesuatu gerakan atau harakah, perkara yang paling penting adalah team work. Team work membentuk satu kekuatan yang jitu dan ampuh. Dengan adanya team work barulah kemenangan dapat di realisasikan. Setiap ahli kumpulan dapat menunjukkan kemahiran masing-masing dan jika digabungkan akan menjadi satu kekuatan yang ampuh. Islam menganjurkan umatnya bersatu, dan tidak berpecah, andai berpecah nescaya binasanlah. Seperkara lagi yang perlu diingatlkan adalah dalam berjamaah, jangan sesekali kita mementingkan diri sendiri. Kepentinga jamaah di dahulukan sebelum kepentingan peribadi. Barulah harakah tersebut dapat bergerak maju.

2 comments:

نذر الأفندي بن عبد الغني said...

Kantoi Solat sorang2. He 3x.

Izzi said...

ape cite ni ikhwan?..ape clash of the titan ni?..ingat titanic ke?ni bola le..tiber..hehe

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More