MISRATA 22 Okt. – Jenazah Muammar Gaddafi yang berlumuran darah selepas terbunuh dalam satu serangan kelmarin kini umpama ‘bahan pameran’ apabila diletakkan di dalam bilik sejuk beku di sebuah pusat membeli-belah di Misrata.
Tindakan yang tidak berperikemanusiaan itu berlaku ketika pihak berkuasa Libya terus berbalah mengenai apa yang perlu ‘dilakukan’ terhadap jenazah Gaddafi.
Pelbagai pihak menuntut jenazah Gaddafi termasuk tentera dari Misrata yang mendakwa ia adalah miliknya, sekali gus menangguhkan pengkebumian Gaddafi semalam.
Di Misrata, penduduk berbaris panjang untuk melihat jenazah Gaddafi yang dibaringkan dengan beralas tilam di dalam bilik sejuk beku di pusat membeli-belah itu.
Pada awalnya, pihak berkuasa merahsiakan lokasi jenazah Gaddafi ditempatkan namun selepas maklumat itu tersebar, orang ramai bertindak menyerbu pusat membeli-belah berkenaan.
Lelaki, wanita dan kanak-kanak dilihat berpusu-pusu untuk mengambil gambar bersama jenazah Gaddafi.
Kesan tembakan di dada, abdomen dan bahagian kiri kepalanya masih jelas kelihatan.
Sementara itu, dalam video terbaru yang muncul berkaitan Gaddafi, ia memaparkan imej bekas pemimpin Libya itu telah diseksa dan dipukul oleh tentera kerajaan ketika mereka mengheretnya keluar dari lokasi persembunyian.
Bagaimanapun, pembunuhan Gaddafi kelmarin masih diselubungi kekeliruan apabila banyak persoalan yang timbul berkaitan kematiannya.
Seorang lelaki, Sanad al-Sadek al-Ureibi muncul mendakwa menjadi individu yang menangkap serta menembak Gaddafi. Dakwaan itu bercanggah dengan laporan Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) sebelum ini.
Sementara itu, Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan Gaddafi mungkin ditembak mati selepas ditangkap hidup-hidup. – Agensi
*Dipetik daripada http://idhamlim.blogspot.com/2011/10/jenazah-gaddafi-terus-diaib.html
Begitulah kehidupan manusia. Permulaan dan pertengahan kehidupan bakal menentukan pengakhiran hayat kita. Jika baik hidupnya maka baiklah pengakhirannya. Jika lalai hidupnya, buruklah pengakhirannya. Itu janji Allah. Bukan harta, pangkat dan saudara yang akan menjamin bahagia di sana. Hanya iman, amal dan ilmu menjadi sebaik-baik bekalan. Apakah cukup bekalan kita? Tepuk dada, tanya iman, tanya amal. tanya ilmu.
"Ya Allah matikanlah kami dengan sebaik-baik penamat, dan jangan engkau matikan kami dengan seburuk-buruk penamat." Aminn..
Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,
6 comments:
orang islam aibkan sesama islam...sedih tgk perkara mcm ni berlaku....mungkin ada hikmah dan pengajaran untuk yang masih hidup...
So true, my GREAT harrazdani..=)..
saya tak suka Khadafi tpi sya juga sedih melihat khadafi diperlakukan bagai binatang..pembunuhan khadafi melanggar hak asasi manusia..wajah islam disamakan dengan pembunuh..
kesian plak tgok dia dibuat mcm tuh :(
kasihan kadafi. emang jarang Orang yang mengerti... bahwa banyaknya kebaikan seseorang, TaQ ada artinya apabila berbuat kesalahan sekeciL apapun.
sedih sgt2 bile tgk mayat arwah diperlakukan seperti begitu...:(terseksa roh arwah)
Post a Comment