Tuesday, 25 October 2011

Motivasi Kerja: Umar Belajar Daripada Gembala Kambing

     Assalamualaikum..Selama kita berkerja, pastinya terdetik di hati kita untuk sentiasa memberikan yang terbaik dalam menyelesaikan segala tugasan diberi. Hasilnya, wah, gaji serta bonus yang lumayan. Eloklah kiranya kita berterusan dengan motivasi yang tinggi bagi menghasilkan kualiti kerja yang “tip top”. Untuk itu, jom kita lihat tips yang diambil daripada Saidina Umar untuk memangkin motivasi kita dalam berkerja.
     Pada suatu hari, Abdullah ibn Dinar telah berjalan bersama Khalifah Umar al Khattab di kota Makkah. Mereka tiba-tiba terserempak dengan seorang hamba yang sedang mengembala kambing di sebuah kawan lapang. Lalu, Saidina Umar lantas berkata, “Juallah kambing itu kepada saya.” Mendengar kenyataan Saidina Umar, hamba tersebut menjawab, “Kambing ini bukan kambing saya, ia kepunyaan tuan saya.”
     Saidina Umar cuba untuk memujuk lelaki berkenaan dengan berkata, “Bukankah nanti kamu boleh mengatakan kepada tuan kamu bahawa seekor daripada kambing-kambing itu telah dimakan oleh serigala. Nanti pasti tuan kamu tidak akan mengetahui yang kambing itu telah dijual.”

     “Tidak, saya tidak mahu,” jawab hamba tersebut dan menyambung lagi “Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” Saidina Umar terkejut mendengar kata-kata hamba tersebut, lantas menangislah beliau. Beliau meminta pengiringnya memanggil tuan kepada hamba tersebut. Beliau membeli dan membebaskannya dengan berkata, “Mulai hari ini kamu bebas merdeka di dunia dan kamu akan lapang di akhirat.”
     Wah, begitu amanah pemuda tersebut. Bagaimana pula dengan kita? Pernahkah kita menyalahguna kemdahan pejabat yang diperuntukkan untuk kegunaan kerja tetapi digunakan untuk kepentingan peribadi? Kenderaan pejabat guna untuk balik kampung ataupun bercuti? Internet untuk download lagu? Mesin fotostat pejabat untuk fotostat pamphlet bisnes sampingan kita? Cuti habis, gunakan MC untuk bercuti? Belanja RM 100, claim pejabat RM 150? Surat khabar pejabat pun bawak balik rumah.

     Renung kembali sejauh mana intergriti kita dalam pekerjaan kita. Bukan sekadar gaji dan bonus lumayan yang dikejar, keberkatan dan redha Allah juga tak harus dipinggir. Moga kekayaan dan kesenangan kita adalah rezeki yang diberkati. Live GREAT, guys!

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More