Tuesday, 25 October 2011

Motivasi Belajar: Untuk Berjaya, Kena Ada TARGET

     Assalamualaikum..WS harap anda semua berada dalam keadaan yang terbaik dan berinspirasi selalu. Baru-baru ini WS mendapat cadangan daripada beberapa pengunjung Laman Motivasi Anda untuk menerbitkan “post” tentang motivasi untuk pelajar. Sebenarnya memang ada “post” tentang belajar seperti http://warkahsiber.blogspot.com/2011/08/study-skill-hebatkan-memori-anda_11.html. Di atas permintaan serta pengunjung Laman Motivasi Anda ada juga daripada kalangan pelajar baik sekolah rendah, menengah mahupun universiti, dan juga para guru, jadi “post” kali ini khas untuk anda.
     Untuk berjaya dalam pelajaran dan kehidupan, kita mestilah mempunyai TARGET. Apa itu TARGET? TARGET ialah perkara yang ingin dicapai oleh pelajar. Senang je kan? Persoalannya, apa yang hendak dicapai oleh pelajar? Markah tinggi? Mata ko-kurikulum tinggi? Cita-cita sendiri? Minat sendiri? Harapan ibubapa? Harapan sekolah? Banyaknya. Serabut haih! Kecelaruan menetapkan yang mana satu yang hendak dicapai menyebabkan kecelaruan dalam pelajaran, hilang minat dan tekanan. Akhirnya markah pun bercelarulah. Jadi, para pelajar haruslah mempunyai TARGET yang betul dan kemas, iaitu:
  • T: Tuhan. Apa yang Allah hendak anda jadi? Muslim yang berilmu dan berkhlak.
  • A: Ayah dan Ibu. Apa harapan ayah dan ibu terhadap anda?
  • R: Rakan-rakan. Apa yang anda hendak rakan-rakan anda lihat sebagai?
  • G: Guru. Apa harapan guru-guru anda terhadap anda?
  • E: Exam. Apa keputusan yang hendak anda perolehi dalam exam anda?
  • T: Tugas. Apa kerjaya yang anda inginkan apabila dewasa nanti?
     Senaraikan setiap satu TARGET anda. Ini dapat membantu anda lebih jelas mengenai perancangan pelajaran dan hidup anda. Selain itu, mengetahui apa TARGET anda juga dapat membantu anda menyelaraskan tenaga, masa dan tujuan anda belajar seefektif mungin. Menghabiskan masa berjam-jam belajar dan bertahun-tahun di sekolah tanpa mengetahui apa TARGET anda ternyata satu pembaziran. Pembaziran, tenaga, masa dan wang ringgit. Mulai hari ini, kemaskan kembali TARGET anda untuk memperkemas hala tuju anda. So guys, set your TARGET, achieve your GREATness! Wishing you all the best in your study.

*Bagi individu dan guru yang ingin menggunakan TARGET dalam program motivasi anda, dipersilakan. Ilmu untuk dikongsi. Huraikan TARGET dengan lebih kemas dan lanjut untuk pengisian yang lebih berkesan. Nanti “credit” la sikit Warkahsiber..Hehe..Apa-apa pun, all the best guys!

Hustle up and Be GREAT!
Salam transformasi daripada,

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More