Thursday, 11 August 2011

Study Skill: Hebatkan Memori Anda

     Pernahkah ketika anda ingin mengingati isi-isi yang anda hafal, anda cuba mengingat dan membayang kembali situasi anda ketika membaca bahagian tersebut? Nota anda, keadaan meja anda, bilik anda dan apa sahaja yang ada di sekililing untuk membantu anda “menceritakan” kembali keaadan tersebut. Dan, apabila mendapat gambaran terbabit terus anda dapat mengingati semua yang anda pelajari. Ada bukan?
     Bagaimana ini terjadi? Secara amnya anda, minda anda terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu “Concious Mind” dan “Subconcious Mind”. “Concious Mind” anda akan memproses segala malumat dan info yang anda tumpukan perhatian ketika itu, contohnya bab yang anda sedang baca.  Manakala, “Subconcious Mind” pula berperanan menyerap semua maklumat yang ada di sekeliling anda. Keadaan meja anda, susunan buku dan nota anda, warna bilik, suhu bilik, keadaan katil anda, keadaan kaki anda ketika belajar  (cuba tengok macam mana gaya kaki anda sekarang!) dan apa sahaja yang berada dalam ruang lingkung visual anda yang anda tidak beri perhatian sepenuhnya.
     Secara kasarnya, tentulah “Concious Mind” lebih penting kerana memproses maklumat yang anda sedar. Ironinya, “Concious Mind” anda hanya memproses 7 bit maklumat sesaat, manakala “Subconcious Mind” anda memproses 2 juta bit sesaat maklumat! Jadi, keadaan sekeliling anda amat penting.

     Bagi membantu memori, manipulasikan keadaan sekeliling anda untuk menjadikan “Subconcious Mind” anda lebih peka. Anda pastinya lebih teruja dan teliti ketika melihat sekeliling pasar raya yang baru dibuka berbanding pasar raya yang sudah biasa anda pergi, kan? Begitu juga dengan “Subconcious Mind” anda, ia lebih peka apabila menemui keadaan sekeliling yang baru. Antara cara yang boleh digunakan untuk memanipulasikan keadaan sekeliling anda ialah:
  1. Tukar tempat belajar anda untuk setiap subjek yang berbeza. Contohnya, jika anda belajar Matematik di dalam bilik anda, untuk belajar Sains cuba ke tempat lain seperti ruang tamu atau bilik yang lain.
  2. Jika anda jenis yang selesa belajar di tempat yang tertentu sahaja seperti dalam bilik anda atau perpustakaan sahaja, anda boleh:
  • Menukar posisi belajar, contohnya jika belajar Bahasa Melayu anda menghalakan meja studi anda ke arah tingkap, untuk belajar Bahasa Inggeris ubah posisi meja anda ke arah yang lain pula. Bagi yang gemar ke perpustakaan, tukar tempat duduk anda setiap kali ke sana, atau
  • Tukar keadaan meja anda. Jika anda belajar Fizik, keadaan meja anda adalah seperti biasa, untuk membaca Sejarah, alihkan semua barang-barang dari meja dan letakkan satu benda yang paling menangkap visual anda sebagai contoh “teddy bear” adik perempuan anda menggantikan barang-barang tersebut.
     Apa yang berlaku ialah anda akan lebih mudah “menceritakan” semula keadaan anda belajar. Syaratnya, mestilah perubahan yang ketara! Perubahan ketara inilah yang akan membantu perincian anda. “Subconcious Mind” akan lebih pantas menyerap maklumat-maklumat baru yang akan menjadi “significant que” atau petanda yang sangat penting kepada “penceritaan” semula anda untuk menjadi lebih terperinci. Lebih terperinci anda ingat keadaan sekeliling anda, lebih mudah anda dapat mengingat semula maklumat yang anda hafal.
     Bayangkan anda belajar 5 subjek yang berbeza tetapi di tempat yang sama dengan keadaan yang sama? Anda pasti terkeliru untuk “menceritakan” semula keadaan setiap satu situasi anda belajar kerana “que” yang sama untuk 5 subjek yang berbeza. Mulalah teringatkan formula Geografi ketika ingin mengingat kembali formula Sains.
     Inilah antara modul “Neuro Learning Strategies” yang menarik di dalam produk BESTARI!.  BESTARI! membawa anda mengenal dan menggunakan segenap tubuh anda untuk merencana dan memaksimumkan skil belajar tersendiri. Kunjungi BESTARI! untuk maklumat lebih lanjut dan jika anda berminat, anjurkan program ini untuk perkongsian yang lebih menarik dan mendalam. Kuasai diri, kuasai kejayaan anda. Jadilah pelajar terhebat!

Hutsle up and be GREAT!
Salam Transformasi daripada,

4 comments:

Luqeem™ said...

terima kasih atas perkongsian..:)

Warkahsiber said...

Sama2..Wishing you all the best Luqeem..=)..

PutraRocker said...

thisisbestbero

Pierre Mercer said...

Hi niice reading your post

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More