Thursday, 11 August 2011

Geletek Motivasi: Sambutan Hari Guru


 
     Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.

Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.
Murid: Tapi cikgu, hadiah yang macam mana?
Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh..
Murid-murid: Ohh…. begitu..
Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah… macam-macam ada. Tersenyum lebar cikgu….
Cikgu: Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!
Mamat: Usung hadiah cikgu… tu ada kat luar kelas.
Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????
Mamat: Ha….aaa (dengan bangga)
Cikgu: Ayah kamu kerja apa?
Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu.
Cikgu: Patutlah.Huuu..
*dipetik daripada
http://gelihati.blogspot.com/
     Kan manis senyum tu.hehe.Kemanisan senyuman menawar segala kesusahan.Mulakan hari anda dengan senyuman kerana sekuntum senyuman anda bakal menceriakan hidup anda serta beribu-ribu yang lain di sekeliling anda. Senyuman juga memangkin semangat untuk memulakan hari anda dengan hebat. Jadi, sentiasalah ceria bagi mengundang kebahagiaan dan kehebatan hidup and. Senyum sikit.=).
 
Hustle up and be GREAT!
Salam transformasi daripada,

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More