Thursday, 25 September 2008

Datangnya amat dinanti.....


Assalamualaikum,
kepada teman-teman semua kudoakan moga kalian sentiasa berada dibawah rahmat dan inayah Illahi dalam meneruskan perjuangan menempuh badai dan noda kehidupan.

Bersyukur kehadrat Illahi kita masih diberikan peluang dan masa untuk terus memakmurkan bumi Allah ini dengan limpah rahmat dan kurniaNya.
Ramadahan semakin menghampiri penghujungnya, bulan yang penuh rahmat dan keberkatan, bulan pengampunan dan pembebasan, bulan ibadat dan rahmat. Sesungguhnya bulan ini merupakan anurgerah daripada Allah kepada umat Muhammad s.a.w.

Seperkara yang perlu kita fikirkan adalah sejauh mana Ramadhan ini memdidik kita dan sejauh mana didikan Ramadahn ini berbekas di hati dan jiwa kita. Ramadhan merupakan bulan perubahan . Perubahan dalam erti kata perubahan yang positif.
Perubahan tersebut tidak semestinya perubahan yang drastik atau mendadak, seelok-eloknya perubahan itu berlaku secara berperingkat-peringkat. Sedangkan Rasullallah sediri menerima wahyu secara berperingkat-peringkat. Biarlah perubahan itu walau sekecil mana pun akan tetapi ia berterusan (istiqamah), itulah lebih baik. Seperti mana sabda Baginda Rasullallah:
"sesungguhnya amal yang disukai Allah adalah amal yang berterusan walaupun sedikt atau
kecil"

Justeru, saya menyeru kepada semua teman-teman, bersamalah kita hidupkan malam-malam Ramadhan dengan amal ibadat yang berterusan moga diri kita tergolong dalam golongn hambaNya ynag soleh Inyaallah....



Teruskan ibadat tingkatkan taqwa, Allahhuakbar!

sekian,
Mohd Ikhwan (25 sept 2009)

1 comments:

myadlan said...

amboi.. sejak bila hang ada blog ni.. xpenah habaq pn..

insyaAllah sama2 kita berusaha meningkatkan taqwa!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More