Saturday 25 October 2008

Harga sebuah cinta.....


Assalamualaikum, ku doakan semoga kalian semua sentiasa di bawah rahmat dan maghfirah Illahi insyaallah...


Lahirnya insan di dunia ini merupakan satu anugerah dari Ilahi. Anugerah yang tidak terhitung nilainnya. Hidupnya insan berpaksikan agama yang sejati. Sebagai panduan melayari lautan kehidupan ini. Lahirnya insan sebagai khalifah Ilahi. Memakmurkan bumi menyebarkan agama hakiki menegakkan kalimah suci Illahi. Diciptakan hawa untuk mendampingi adam. Saling melengkapi sesama sendiri. Begitulah lumrah kehidupan ini. Namun disebalik penciptaan agung ini, terselit seribu satu makna yang tersembunyi.

Hadirnya hawa mengisi kekosongan jiwa adam. Begitulah uniknya ciptaan Illahi. Jiwa yang kosong mudah dipengaruhi dan di kaburi oleh nafsu sendiri. Hadirnya hawa memutikkan cinta sejati. Mewarnai alam dunia ini. Cinta indah cinta suci. Dengannya menguntum rahmat Illahi. Itulah tanda cinta hakiki. Cinta berlandaskan sunnha Illahi.

Dikala ini ramai yang alpa dan lupa diri. Tidak mengenal erti batas tututan agama suci. Hidupnya hanya pentingkan hiburan hingga lalai dan leka. Bergaul bebas tanpa mengira batas agama Illahi. Apakah itu cinta hakiki? Ramai bertanya bagaimanakah yang dikatakan cinta hakiki, cinta yang lahir berdasarkan cinta kepada Illahi, cinta yang terjalin berpandukan batas-batas syarak Islami, cinta yang matlamatnya untuk mendapat hidayah dan maghfirah Illahi.

Wahai teman, wahai sahabat, cubalah kita renung kembali, sejauh manakah kita dalam mencapai cinta hakiki. Sungguh pun jalanya banyak onak dan duri, akan tetapi itulah jalan yang sebenarnya ditujui. Dalam bercinta ramai yang terleka, dibuai dek mimpi manis indah berseri, tanpa mengenal hukum syare’. Bergaul bebas tanpa rasa terbatas, beramah mesra tanpa mengenal had sempadan, berbual bicara tanpa mengawal kata-kata, adakah ini gambaran sebuah cinta berlandaskan syarae’? Janganlah kerana cinta tergadai segala maruah harga diri, kelak merana di kemudian hari.

Wahai saudara, wahai saudari, kuseru kepada kalian semua, bersama kita menghisab diri, sejauh manakah cinta kita mendekatkan kita kepada Illahi. Dialah Maha Agung lagi Perkasa. Dialah cinta yang hakiki bagi setiap muslim di dunia ini. Biar seribu onak di rempuhi, biar berjuta halangan ditemuhi, andai cinta hakiki dambaan di hati, itu harga sebuah cinta hakiki.

Wassalam,

Mohd Ikhwan Mohd Jamil,

25 oktober 2008

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More