Saturday 28 February 2009

Fitrah to fitnah?

Assalamualaikum, moga kalian semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati Allah selalu insyaallah.

"Fitrah to fitnah" itulah satu ungkapan yang membuatkn setiap insan tertanya-tanya, kepinginkan jawapan mahukan penerangan. Sesungguhnya adalah fitrah manusia mahukan kasih sayang dan dikasihi. Seorang suami dambakan kasih seorang isteri, seorang anak kepinginkan sayang seorang ibu, seorang murid mahukan kasih seorang guru. Itulah adalah fitrah semulajadi manusia. Tidak ada sesiapa yang boleh menafikannya. Sesungguhnya ciptaan Allah itu unik dan penuh dengang seribu satu hikmah. Subhanallallah!

Apabila berbicara soal fitrah, kebiasaannya pemikiran kita akan menjurus kepada perhubungan seorang lelaki dan wanita. Tak dinafikan itu juga merupakan fitrah ciptaan Illahi. Justeru, dalam berbicara soal ini, beberapa perkara perlulah diambil kira. Perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah menjaga batas syara'. Islam telah mengariskan paduan dalam perhubungan seorang lelaki dan wanita yang bukan muhrim. Patuhilah pantang larang tersebut bagi mengelakkan terjadinya fitnah. Bergaulah berlandaskan tuntutan agama.

Antara perkara lain yang perlu diambil kira adalah mengawal emosi diri. Setiap insan mempunyai emosi. Justeru anda harus berusaha untuk mengawal emosi kerana emosi yang membara itu hanyalah desakan dari kelojak nafsu yang di tiup oleh syaitan. Kawallah diri anda. Islam telah menggariskan beberapa panduan dalam usaha untuk mengawal diri, antaranya adalah melalui berpuasa sunat. Sesungguhnya puasa itu mampu menundukkan nafsu yang membara membuak jiwa. Selain dapat menambah pahala di sisi Allah Ta'ala. Justeru amatlah penting untuk seseorang itu untuk mengawal dirinya bagi mengelak dari terjebak dengan fitnah.

Andai kesepakatan telah termetri, jangan bertangguh lagi. Terusnkan usaha menuju jambatan kasih hakiki dibawah lembayung rahmat Illahi insyaallah . Tetapi andai masing-masing masih berjauh hati, janganlah dipaksa terburu-buru, kelak menyesal dikemudian hari. Bekenalanlah sesama sendiri dalam masa yang sama menjaga batas syar'i. Nabi pernah berpesan:
"andai seorang lelaki berdua-dua dengan wanita yang bukan muhrimnya, maka syaitanlah orang yang ketiga".
Bertindaklah mengikut waras akal berpandukan cahaya iman dan taqwa di hati jangan terburu-buru.

Pesananku kepada teman-teman sekalian, fikirkanlah dengan sedalam-dalamnya sebelum membuat sebarang keputusan. Dalam masa yang sama jagalah batas perhubungan seperti mana yang dituntut agama Islam. Jangan biarkan naluri fitrah itu menjadi fitnah ke atas diri kita.
Jangan terburu-buru, jangan bertangguh-tangguh-bak kata ustaz Hasrizal.

Sekian, wassalam.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More