Monday 10 August 2009

Bersediakah kita?



Assalamualaikum, semoga kalina bearda dalam keadaan sihat sejahtera dan diberkati Illahi selalu insyaallah.

Tatkala ku memikirkan apakah cerita yang ingin dicoretkan di blogku ini, terlitas kenangna ketika memberi tazkirah semasa program training yang dianjurkan oleh sebuah kelab di UIA. Mungkin bagi sesetengah orang hal ini sudah diketahui namun sebagai peringatan buat kita semua, molek juga di kongsikan bersama. Mudah-mudahan kita beoleh barakah dan manfaah bersama insyaallah.

Dalam tazkirah itu, fokus utama adalah tentang da'wah dan persediaan kita melaksanakannya. Seperti kalian sedia maklum, kita pada dasarnya adalah Dai'. Setiap kita ditaklifkan untuk menyampaikan dan menyebarkan risalah islamiyah ke seantero alam. Namun, sejauh manakah kita ini memahami konsep da'wah itu sendiri? Ramai yang tahu menyebut perkataan da'wah namun berapa ramai yang betul-betul memahami konsepnya yang hakiki. Jangalah kita terlalu syok dan beria-ia melakukan sesuatu perkara tanpa mengambil tahu konsep asal sesuatu perkara itu. Ia ibarat kita syok sendiri.

Dalam satu warkah tulisan Al Imam Abu 'Ala Al Maududi yang ditujukan keoada gerakkan Ikhwanul Muslimin di Mesir, beliau menyatakan, da'wah ini merangkumi dua elemen yang penting iaitu tauhid dan akhlak. Dua elemen ini merupakan dasar kepada gerakan da'wah islamiyah. Tanpa dua perkara ini, tidak sempurnalah da'wah tersebut. Tauhid merupakan dasar penting kerana matlamat utama da'wah itu sendiri adalah untuk menyebarkan tauhid kepada Allah yang Esa. Manakala akhlak merupakan panduan dan petunjuk yang amat berkesan dalam usaha untuk menyampaikan da'wah. Hatta Baginda junjungan besar s.a.w. sendiri mempamerkan akhlak yang mulia dalam usaha da'wah baginda. Kerana kemuliaan akhlak baginda dan keluhuran budi, ramai mushrikin makkah tertawan dan tertarik dengan Islam. Justeru sebagai da'i akhlak mulia merupakan kriteria penting.

Tambahan beliau, dalam berda'wah kita tidak mengharapkan kepada balasan materialistik dan serta-merta. Ganjaran wang dan harta bukanlah dambaan utama, hanya keredhaan Illahi menjadi impian hakiki. Sesungguhnya jalan da'wah itu mempunyai seribu satu halangan, namun hanya yang tabah dan sabar akan berjaya menempuhnya dengan berjaya.

Sebagai seorang da'i amat penting untuk kita memiliki persediaan dari segi spiritual, mental dan fizikal. Tanpa persediaan yang jitu, amatlah sukar untuk seseorang itu menyampaikan da'wah dengan berkesan. Persediaan spiritual merangkumi persediaan diri dari segi iman dan taqwa, ilmu dan amal. Kita hendaklah memahami islam itu terlebih dahulu sebelum kita mengajarnya kepada orang lain. Persediaan fizikal termasuklah kesihatan tubuh dan stamina. Sebagai da'i kita hendaklah memiliki tubuh yang sihat dan stamina yang tinggi. Islam menganjur umatnya untuk sentiasa memiliki tubuh tubuh badan yang sihat. Dan akhir sekali, kita hendaklah memiliki kekuatan mental dalam menghadapi rintangan dan halangan yang mendatang. Dengan adanya persediaan ini, insyaallah kita akan menjadi seorang da'i yang terbaik.

Justeru, persoalan yang perlu kita fikirkan adalah bersediakah kita sepenuhnya untuk menyahut cabaran sebagai seorang da'i? Dan mampukah kita melaksanakanya dengan sepenuh hati dan ikhlas. Allah Ta'ala telah memberikan satu formula atau cara yang paling berkesan dalam berda'wah iaitu:

".......أدعوا إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة "

Sekian, wassalam

"Bersama mengorak langkah membangun ummah"

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More