Friday, 12 August 2011

EQ: Bijak Emosi Ketika Berpuasa

     Assalamualaikum..Ramadhan sememangnya bulan yang penuh ujiannya serta tinggi dugaannya. Segenap aspek fizikal, mental, emosi dan paling utama spiritual diuji di dalam medan Ramadhan. Sudah tentulah kemantapan setiap aspek harus dititikberatkan bagi menjamin kecemerlangan prestasi kita di dalam Ramadhan.
     Aspek emosi tentunya antara yang paling mencabar buat kita. Mana taknya, dengan perut yang lapar, sudah tentu emosi mudah terjentik. Pantang diusik lebih, melenting jadinya. Dek kerana itu, segelintir daripada kita mudah hilang kawalan emosi dan menjadi marah-marah. Kan tak elok marah-marah ketika berpuasa. Takut-takut terkeluar yang tak sepatutnya, kurang nanti pahala puasa. Pentingnya menjaga kestabilan emosi ketika Ramadhan ini. Dengan kelaparan dan keletihan, macam mana?
     Yok, kita tengok tips kecemerlangan emosi daripada Rasullullah. Sangat praktikal dan berkesan! Tips ini dipetik daripada hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Rasullullah telah bersabda "Puasa itu perisai.Apabila seseorang kamu berpuasa maka janganlah berkata perkataan kotor atau sia-sia.Jika ada orang yang menyerang atau mencela maka katakanlah: "Aku berpuasa,aku berpuasa".

     
     Mudah bukan? Tatkala kita dihujani provokasi daripada sesuatu pihak, berkatalah “Aku berpuasa”. Macam mana tips ini berkesan? Dengan berkata “Aku berpuasa”, ini memberi semula fokus kepada diri kita bahawa kita sedang menjalani ibadah Allah, maka elakkanlah mencemarinya. Apabila kita menyedari fokus utama kita ialah menyempurnakan ibadah puasa sebaiknya, maka hal sebegini tidaklah perlu diberi perhatian sangat.
     Ini juga sebenarnya menenangkan diri kerana tatkala kita berkata demikian, seluruh anggota badan akan berkoordinasi membentuk kesabaran. Lantas, kita akan berasa tenang dan “cool” menghadapi situasi sedemikian. Tubuh anda sebenarnya mendengar setiap percakapan anda dan bertindak mengikutnya. Jika tak percaya, cuba anda ingat seketika, ketika anda dalam kecelaruan atau “stress”, anda pastinya akan berkata “tenang, tenang” kepada diri anda sendiri, dan mendapati anda semakin tenang, kan?
     Juga, menjadi peringantan kita kepada pihak yang “menyerang”. Peringatan agar mereka lebih bersopan ketika bebrbicara serta menghormati orang yang berpuasa. Ini sekaligus menyedarkan mereka akan kesilapan yang dilakukan dengan cara yang begitu berhikmah.
      
     Emosi ialah “driving force” yang cukup kuat untuk melonjak prestasi diri serta tugasan kita.Kegoyahan mengawal emosi bakal membuatkan hari-hari anda menjadi penuh ketegangan. Sebaliknya, emosi yang positif akan menceriakan lagi hari anda. Jadi, kuasai emosi anda, serlahkan kehebatan anda.

Hustle up and be GREAT!
Salam transformasi daripada,

4 comments:

Syu Amb said...

wauuu !! terbaik~ tengs for da tips ;)

Puteri Kayangan?@#$%???? said...

Seronok umi mendengar tips dan nasihat En.ikhwan :).

yusuf Laili said...

Salam;
menahan lapar dan dahaga dlm bln ramadhan hanyalah pelengkap puasa..tapi ada satu pekara yg Allah nak hamba pelajari iaitu emosi,fikiran dan rohani...

eita said...

Puasa mengajar kita macamana mengawal emosi...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More